Home » » Rasa seperti orang baru

Rasa seperti orang baru


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Saya rasa dah hampir seminggu saya tak update blog ni kan, macam yang saya dah tulis di status fb page saya. Daripada 23-26 Julai hari tu saya mengikuti kursus di Hotel Impian Morib di Banting. 


Alhamdulillah, semua kemudahan kat sana selesa. Makanan sedap, bilik pun selesa dan kami yang terpilih untuk join ni tak perlu bayar satu sen pun. Terima kasih kepada pihak MAIS kerana menganjurkan kursus yang sangat baik, kursus ni lanjutan daripada kursus asas. Saya terpilih sebab dulu saya pernah mengikuti Kursus Perkaderan IPTA/S. Waktu kursus hari tu, terdiri daripada golongan muallaf, pekerja sektor awam dan daripada IPTA/S. 


Lepas balik daripada kursus ni, saya rasa banyak persepsi saya tentang non muslim dan kitab-kitab agama lain berubah, saya rasa saya seperti lebih berfikiran terbuka dengan semua ni. Antara perkara utama yang saya dapat sepanjang kursus ni ialah :
  • Cara untuk menjawab persoalan-persoalan yang datang daripada non muslim tentang Islam
  • Isi kandungan yang terdapat dalam kitab agama-agama lain.
  • Keaslian Al-Quran itu sendiri

Ada banyak lagi perkara lain yang menarik perhatian saya dan bila saya belajar tentang kitab agama lain, keyakinan saya kepada kitab Al-Quran semakin bertambah dan bukan sebaliknya. Semakin saya mengkaji dan belajar tentang agama lain, saya dapati Islam lah agama yang benar tanpa keraguan. Saya rasa agak kurang baik untuk saya ceritakan di sin, sebab saya rasa perkara tu merupakan satu perkara yang agak sensitif. Mungkin akan dipertimbangkan sebab ilmu yang saya dapat saya rasa tak patut saya simpan. Penceramah yang terlibat ialah Brother Shah Kirit Kakulai Govindji dan Brother Engku Ahmad Fauzi.

Brother Shah Kirit ( dua dari kiri ) dan Brother Engku Ahmad Fauzi (paling kanan)
Bagi pendapat saya, aspek perbandingan agama sangat penting untuk kita sebagai orang Islam pelajari supaya kita dapat berhujah dengan mereka secara baik tentang perbezaan dan persamaan agama yang wujud dan kami sebagai kader dakwah, kami diberi secara percuma oleh pihak MAIS sebuah kitab Bible. Memang dari dulu saya takut nak baca dan buka kitab agama lain, tapi lepas kursus ni..fikiran saya dah berubah. Bagi saya mengkaji dan mempelajari kitab agama lain tu adalah keperluan yang penting ada bimbingan. 



Secara jujurnya, saya pun masih lagi banyak perkara yang saya perlu belajar. Makin banyak kita belajar, rupanya banyak lagi perkara yang kita tak tahu. Kadang-kadang rasa diri ni begitu rendah, macam tu la perbandingan ilmu kita dengan ilmu Allah. Imu Allah itu luas, banyak tapi ilmu manusia tu sikit sangat. Mungkin kalau ada peluang dan rezeki, ada lagi diantara kami yang terpilih untuk mengikuti Kursus Perkaderan tahap Profesional dalam bulan 10 nanti, InsyaAllah~

Untuk maklumat lanjut, saya rasa elok kawan-kawan klik laman web Brother Shah Kirit dan like fan page beliau. 

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

6 luahan hati:

fieha said...

bagusnye de kursus mcm ni..topik pon menarik..bukan senang nak jawab persoalan non muslim ni kalo x cukup ilmu kan..

adiba ramli said...

brother shah kirit pernah datang matrik saya and bagi ceramah tentang kitab2 lain. tapi, saya sangat teruja semasa mendengar cara macam mana beliau masuk islam dan faced mcm2 tentangan drpd ibunya hingga nak membunuh diri.paling seronok sekali beliau said beliau masuk islam kerana terpikat kpd seorang gadis Islam setempat keje..

tapi, beliau memang hebat dan seronok mendengar ceramahnya...

nice entry btw :D

karimi said...

semoga ilmu yg kita dapat disana, sama2 kita dapat amalkan... insyaALLAH...

amir aizat said...

best nye!

qudwa said...

untung nyer dpt pegi prog camni...nak jugak...

farhah aqil said...

Moga bahagia bersama org tersayang..
Barakallahulakum. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula