Home » » Jom buat baik!!

Jom buat baik!!


بسم الله الرحمن الرحيم 


Dosa Pahala, Syurga Neraka, Hisab, I Luv Islam, Testi I Luv Islam

Assalamualaikum..

Kali ni saya nak share dengan kawan-kawan tentang gandaan amalan kebajikan dalam Islam. Sebelum ni kawan-kawan pernah dengar n pernah tau tak yang kalau kita buat baik, amalan kita akan digandakan..ok, jom baca hadith Qudsi ni dan fahamkan..


Daripada Ibn Abbas r.a daripada Rasulullah s.a.w dengan apa yang diriwayatkan daripada Tuhannya yang berfirman : Sesungguhnya Allah mencatat segala kebaikan dan kejahatan kemudian menjelaskannya. : Sesiapa yang berhasrat (berniat dan bertujuan) untuk mengerjakan kebaikan, namun ia tidak melaksanakannya, Allah akan mencatatkan di sisiNya dengan satu kebajikan yang sempurna. Namun apabila seseorang berniat (bertujuan) yang demikian itu dan ia melaksanakannya, Allah mencatatkan di sisiNya dengan sepuluh kebajikan sampai tujuh ratus kali ganda dan hingga berganda-ganda banyaknya. Manakala seseorang yang berhasrat (berniat dan bertujuan) melakukan kemungkaran, ia tidak menunaikannya, Allah mencatat di sisiNya satu kebajikan yang sempurna, namun jika ia berniat dan bertujuan yang demikian, dan ia melaksanakannya, di catatkan di sisi Allah dengan satu kejahatan sahaja.


Berdasarkan firman Allah dalam hadith Qudsi tersebut, menjelaskan kepada kita bahawa betapa luasnya rahmat dan kasih sayang Allah terhadap semua hambaNya. Antara lain juga dalam hadith tersebut menjelaskan bahawa betapa tinggi dan besarnya perhatian Allah serta betapa sempurnanya kemurahan Allah terhadap hamba-hambaNya. 

  1. Di mana seseorang yang berniat untuk melaksanakan amal kebajikan, sudah dicatatkan untuknya dengan satu kebajikan yang sempurna. 
  2. Apabila ia melaksanakannya sebagai mana yang dicita-citakannya itu akan di catat untuknya dengan 10 gandaan kebajikan, bahkan Allah memberi gandaan serta kurnia yang lebih daripada itu iaitu 700 kali ganda, malahan lebih daripada itu lagi dengan rahmat dan kemurahanNya.

Hati, Heart, Qalbu, Hati Rosak, Hati Hitam, Dark Heart, I Luv Islam, Testi I Luv Islam

  1. Seseorang yang bermaksud atau berhasrat dan berniat untuk melakukan kejahatan atau kemungkaran kepada Allah, namun ia tidak melakukannya atau tidak jadi melakukannya kerana takut kepada Allah, Allah akan menukarkan perkara mungkar serta niat kejahatan itu dengan satu kebajikan atau satu kebaikan yang sempurna disisiNya.
  2. Apabila seseorang yang berhasrat atau berniat untuk melakukan kejahatan dan ia melaksanakannya, Allah hanya mencatat untuknya dalam buku catatan kejahatan dengan satu kejahatan sahaja tanpa diganda serta tidak digunakan dengan perkataan catatan yang sempurna. 

Hal ini jelas menunjukkan betapa luasnya rahmat Allah dan kasih sayangNya kepada hambaNya. Setelah memahami serta mengenangkan betapa luas rahmat Allah tersebut, layaklah bagi Allah sahaja segala puji-pujian dan daripada Allah sahajalah segala pertolongan itu tiba...

Allah itu Maha Pemurah..siapa lah kita pula untuk menjadi seorang yang bakhil? Sedangkan harta dan semua benda itu milik Allah.

Upin Ipin, Upin, Ipin, Gambar Upin Ipin Raya
Jom buat baik!!

P/s :Pepatah melayu ada mengatakan, buat baik berpada-pada.
Buat jahat jangan sekali..(bukan bermaksud kena berkali-kali) 
maksudnya jangan sekali-kali kita buat..(",)


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

3 luahan hati:

Natasya K said...

Takde alasan nak kata kena tunggu seru baru nak buat baik sebab kat mana-mana tempat dan bila-bila masa boleh buat baik. :)

Syukran jazilan untuk peringatan ni.

Trx said...

bukti betapa sayangnya Allah pada kita kan.. :)

Anonymous said...

thanks for peringatan :)

havea nice day :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula