Home » » Jihad tetapi Masuk Neraka

Jihad tetapi Masuk Neraka


بسم الله الرحمن الرحيم





Rasulullah s.a.w memberitahu sahabat dalam salah satu peperangan tentang seorang lelaki yang akan dimasukkan ke dalam neraka, padahal lelaki tersebut turut sama berperang bersama muslimin yang lain.
Para sahabat yang terkejut dengan khabar tersebut, lantas mendekati lelaki tersebut untuk mengetahui perihalnya. Mereka mendapati dia berjuang dan berjihad dengan bersungguh-sungguh , namun dia turut mencederakan dirinya.

Salah seorang sahabat menegurnya: "Celaka kamu! Apakah kamu mencederakan diri padahal kamu berjihad dengan bersungguh-sungguh". Lelaki itu menjawab: "Sesungguhnya aku berperang kerana izzah diri, dan supaya orang melihat keberanianku".

Kemudian lelaki tersebut meninggal dunia. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w. Orang itu hanya mengharap dipandang mulia oleh manusia, bukan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w juga bersabda: "Barang siapa yang ingin menjadi terkenal, maka Allah akan menjadikannya terkenal. Dan barang siapa yang ingin riyak, maka Allah akan memberikannya juga"

( Hadith Riwayat Bukhari)

والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

2 luahan hati:

husni said...

jalannya sudah betul....tetapi caranya pulak yang salah..akhirnya masuk neraka...
thankz...mmg dpt pengajran...
harap kita terhindar daripada perkara2 begitu...

Atika Aula said...

hmmm..betul 2. perbetul kan lah niat kita selalu. (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula