Kenapa tak letak gambar?


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum



Kenapa tak nak letak gambar langsung? 

Setiap orang ada alasan tersendiri kenapa tak nak letak gambar sama ada di facebook atau belog walaupun dia boleh letak..bukan sebab muka tak cantik atau tak hensem. Masing-masing punyai alasan tersendiri. Dulu saya tak berapa kisah dan ambil berat tentang ni, saya sendiri pun letak gambar di fb or belog tapi kecik-kecik je. Gambar tu pun bukanlah posing mana, biasa je. Tapi, tak lama lepas tu saya dah tak letak langsung.
Kenapa?

Antara sebabnya ialah :

- Dinasihati oleh seorang rakan tentang bahaya letak gambar di internet. Mula- mula dulu memang la tak nak terima, tapi bila dah baca macam-macam kes, ada yang disihir, ada yang dibogelkan dan macam-macam lagi..saya memang dah tak nak letak gambar. Orang dalam dunia ni, macam-macam perangai..kita sendiri tak dapat nak menjangkakan apa yang akan berlaku. 

- Saya seorang wanita. Wanita mudah menimbulkan fitnah disebabkan dirinya sendiri, jadi kena jaga diri baik-baik. Kita tak tahu apa perasaan orang yang melihat gambar kita terutamanya lelaki. Mungkin bagi kita biasa, tetapi bagi dia mungkin gambar tu boleh menaikkan syahwatnya atau yang lain-lain. Jadi, jaga diri.


- Nasihat ustaz. Tengok video pendapat ustaz tentang hukum letak gambar di fb, kebanyakan ustaz kurang bersetuju perempuan sebarkan gambar-gambar privacy di laman sosial terutamanya gambar yang posing-posing. 

- Memang dah bernekad tak nak letak gambar. Biarlah orang lain kenal saya melalui penulisan saya je, bukan disebabkan rupa paras. Walaupun tak secantik wanita lain, saya bersyukur kerana diciptakan sebagai seorang yang sempurna. Yang mana dah kenal saya, tak pe la. Yang masih tak kenal, saya mahu dikenali kerana hasil penulisan saya di belog je.

Bila dah ramai sangat yang tengok, maka akan pudarlah kecantikan itu ~
- Sifat malu yang perlu ada dalam diri setiap wanita. Malu nak sebarkan gambar posing-posing maut dan tunjuk kepada semua orang. 

Wanita @ perempuan memang suka dipuji sebab tu kebanyakannya akan share gambar-gambar yang comel-comel di  belog or facebook. Kalau tak comel pun, edit dulu baru share. Apa faedah yang kita dapat? 



Antara soalan yang ditanya kepada Ustaz Azhar Idrus dalam video ni :

1. Apa hukum seorang wanita yang menutup aurat memasukkan gambarnya dalam fb, twitter dan sebagainya?
2. Apa hukum wanita tak tutup aurat masukkan gambar ke dalam fb atau seumpamanya?
3. Hukum orang yang ambil gambar orang lain yang tidak menutup aurat..

Contoh gambar yang dimanipulasi..jumpa di fb pada 7/2/2012


P/s : Kalau saya tak jaga diri saya , siapa lagi yang nak jaga ??

 والسلام






Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Cinta Rasul


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Salam Maulidur Rasul..

Kita ingat Rasulullah s.a.w hanya pada hari-hari tertentu je ke ataupun kita sering mengingati baginda setiap masa..

Kita sayang dan cinta Nabi sekadar di mulut sahaja ke atau pun kita sanggup berkorban nyawa untuk meneruskan tugas baginda..

Kita mengaku sebagai umatnya, adakah kita berkelakuan seperti apa yang di ajarkan kepada kita..

Kadang-kadang apa yang kita cakap tak sama seperti apa yang kita lakukan.



Apa maksud cinta rasul..adakah hanya melafazkannya tanpa menunjukkan bukti? 

Tanda kita cinta Rasulullah ialah kita sering mengingati baginda dengan cara berselawat kepadanya. Tanda yang lain pula ialah kita cinta pada hadith, ilmu hadith, ambil berat tentang setiap apa yang baginda ajar. Begitu juga, kita sebagai penyambung tugas baginda iaitu menyampaikan Islam dan berkongsi Islam dengan semua manusia. Yang paling penting, tanda cinta kepada Rasulullah ialah kita ikut sunnahnya dalam setiap perbuatan dan tingkah laku seharian dalam hidup kita. 

Firman Allah s.w.t dalam Surah Ali Imran Surah ke 3 ayat 31 :


Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ada satu rancangan di Tv Al-Hijrah yang sangat bagus untuk kita tonton..tajuknya فاتبعوني (Fattabiouni). Rancangan ni adalah bertujuan untuk menghidupkan sunnah Nabi dalam perbuatan kita seharian. Dari sekecil-kecil perkara sampai sebesar-besarnya. Kawan-kawan boleh download video di u tube >TEKAN<. Apa maksud fattabiouni? Cuba cari maksudnya berdasarkan ayat diatas..




Andai Rasulullah bersama kita. Apa yang kita nak cakap kepada baginda?


Ramai yang akan menjawab supaya Rasulullah memulihkan kembali keadaan umat yang sudah semakin teruk, berpecah belah seolah-olah kembali kepada zaman Jahiliyah. Namun, jawapannya ada pada hadith di bawah.


Rasulullah s.a.w bersabda :

" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulNya."



Spread the solawat ;)




P/s : Maksud fattabiouni ialah "maka ikutilah aku". Mudah-mudahan kita dapat mengikuti sunnah Nabi dan mendapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak. Ameen. Andai kata saya dapat bertemu dengan Rasulullah..saya akan berasa teramat malu kerana saya menginginkan syafaat daripadanya dan mengaku sebagai umatnya sedangkan diri ini masih lagi tidak mengikuti sunnahnya :'(


Boleh juga baca entri ni >TEKAN<

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula