Cukup ke setakat ni je ?


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Akhirnya update jugak blog ni..dalam masa tak update tu, banyak sangat perkara yang berlaku. Semua tu jadi pengajaran dan tambah pengalaman dalam hidup..pengalaman yang tak dapat dijual beli dengan duit. Rasanya setiap detik dan saat yang berlalu sangat-sangat berharga. Semoga setiap ilmu yang saya belajar, saya dapat aplikasikan dalam kehidupan kelak. 

Kadang-kadang terfikir juga..selama 22 tahun hidup dekat dunia ni, apa yang saya dah buat untuk Islam? Dari kecik sampai la sekarang..saya belajar je, tapi apa yang saya dah lakukan untuk Islam? nama je penganut agama Islam..tapi apa pengorbanan saya untuk agama yang suci ni? Lepas habis belajar..insyaAllah dapat kerja jadi guru. Masuk pukul 7 balik pukul 2, lebih kurang la kan..lepas tu, duduk-duduk dekat rumah, pergi jalan-jalan dan berterusan sampai akhir hayat.


Agak-agak dengan apa yang kita buat tu..mampu ke kita dapat syurga Allah kat akhirat nanti? Para sahabat nabi sanggup berkorban apa saja untuk Islam..harta, masa mahu pun nyawa untuk tegakkan Islam. Nabi kita sendiri pun masih lagi solat malam hingga bengkak kaki untuk menunjukkan tanda syukur kepada Allah walaupun baginda telah dijamin syurga. Kita pula, apa yang kita buat? Solat 5 waktu, puasa 30 hari, zakat, haji dekat Mekah tiap-tiap tahun (dah jadi trend sekarang ni), sedekah anak yatim. Agak-agak dengan apa yang kita buat tu dapat MENJAMIN kita masuk ke syurga Allah ke?



Mungkin juga amalan kita dicemari dengan sikap riyak, 'ujub, takabbur, dan lain-lain. Ntah-ntah amalan kita langsung tak bernilai di sisi Allah..kita tak tau. Barangkali di pandang tinggi di sisi manusia, tapi di sisi Allah..tak ada nilai langsung di sebabkan sifat mazmumah yang kita ada waktu buat kebajikan. Pernah tak terfikir pasal ni? Kalau jadi guru..jangan la jadi guru 7 hingga 2 je. Skop dakwah kita sangat luas, kita perlu bermasyarakat..perlu bergaul dengan manusia lain. 

Bila nak buat kebaikan..jangan pernah rasa cukup dan puas sebab amalan kebaikan tersebut kita takut-takut dicemari dengan perkara yang tak baik dan kemungkinan juga tidak diterima. Apa yang perlu kita buat ialah sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan..tanpa mengharapkan balasan melainkan daripada Allah s.w.t..


P/s : Dengan rahmat dan kasih sayang Nya jualah kita dapat menikmati syurga Allah..kita hamba yang hina ~


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Kenapa saya tak update belog?


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum


Dah lama kan saya tak update? rindu la dekat blog ni..rindu sangat,http://www.emocutez.com kesian pulak terbengkalai je. Nape saya tak update eh? Lame pulak tu lebih kurang 6 atau 7 hari kan. Ni die sebab-sebab saya tak update blog ~

Tanda soal, tanda tanya, question mark, soalan, question
Nape tak update???

  • Sibuk dengan tugasan sebagai seorang pelajar
Semester ni memang banyak sangat tugasan, bukan setakat assigment je kena buat, tapi banyak jugak projek yang kena dilaksanakan. Jadi, memang tak berkesempatan nak duduk depan laptop dan update blog kesayangan ni.hehe. Tapi, saya akan cuba update juga setakat mana yang boleh sebab hobi saya berblogging. Hari-hari ada niat nak update, tapi tak berkesempatan. Ada tugasan lain yang lebih penting perlu saya buat dulu. Utamakan perkara yang utama la kan..tak gitu ke? 

  • Tak ada idea
Ni lagi satu sebab kenapa tak update, kadang-kadang ada masa sikit tapi idea pulak takde. Nak wat macam mana kan..kalau boleh nak jugak menulis perkara yang boleh mendatangkan manfaat dengan orang lain. Jadi, kena jugak fikir perkara-perkara yang elok-elok untuk tulis. Eh..entri ni bermanfaat ke? hehe.http://www.emocutez.com


Maksudnya saya sekarang bukan lagi blogger tegar..sebab kalau blogger tegar, kena update hari-hari kan? takpe la, yang penting..saya sayang belog saya. Saya nak share semua ilmu atau maklumat yang saya ada kalau boleh. Tak rugi kan berkongsi ilmu. 


Blog, Blogging, Love Blog, Love Blogging, Suka Blog, Suka Blogging



P/s : Dalam usaha untuk menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positif dalam setiap masa dan keadaanhttp://www.emocutez.com


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula