Berguru dengan Pokok Semalu


بسم الله الرحمن الرحيم 

Pokok Semalu, Semalu, Daun Semalu, Malu, Wanita, Pokok Semalu dan Wanita, Wanita Islam, Muslimah, Wanita Solehah

Assalamualaikum

Alangkah cantik dan uniknya pokok semalu ni kan. Daunnya akan mengembang, menguncup, serta terkulai apabila disentuh dan akan kembang semula selepas beberapa minit. Pokok semalu akan tertutup bila kita pegang adalah disebabkan untuk melindungi dirinya daripada dirosakkan. 

Kita sebagai wanita, kita perlu berguru dengan pokok semalu. Pokok semalu akan menguncup bila disentuh kerana ada sifat malu. Sama juga kepada para wanita yang pakai tudung kerana mereka memiliki sifat malu, dan disamping itu mereka tidak membenarkan dirinya disentuh dan dirosakkan oleh orang yang tidak baik. Itulah sifat yang perlu dipelajari dan diteladani oleh kaum wanita.

Selain itu, apabila menjelang senja pokok semalu akan menguncup sebagai isyarat kepada kaum wanita agar menjaga kehormatan diri tatkala mentari tenggelam. Balik ke rumah dan pelihara aurat diri. 

Menutup aurat bagi kaum wanita itu adalah wajib. Setiap suruhan yang datang daripada Allah pasti ada sebab musababnya. Jadi, ambillah ibrah atau pengajaran daripada Pokok Semalu. Jika masih ada lagi yang mengganggu walaupun kita sudah cuba melindungi diri, pasti orang yang tersebut akan menerima hukuman dan azab yang pedih dari Allah s.w.t.

Apa yang penting, kita jalankan suruhan Allah dengan bersungguh-sungguh iaitu pelihara aurat dan maruah diri. InsyaAllah selamat dunia akhirat. Amin


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Hukum Tengok Wayang


بسم الله الرحمن الرحيم 

Wayang, Wayang Gambar, Hukum Tengok Wayang, Pawagam, Wayang dalam Islam

Assalamualaikum semua

Kebanyakan masyarakat kita pada hari ini memang ramai sangat yang suka pergi  ke panggung wayang kan. Bila ada filem baru je, semua serbu panggung wayang yang berdekatan dengan rumah. Sekarang ni pun, dah mula ramai pengarah dan penerbit filem yang menerbitkan kisah-kisah yang berunsurkan keagamaan. (hmmm..saya pun tak pasti..susah nak jelaskan) mungkin sebagai contoh filem Nur Kasih the Movie. 

Tapi, apa hukum tengok wayang eh?? 

Jom kita baca artikel ni sekejap 

Saya nak tahu, apakah hukum menonton wayang? Ada orang kata ia HARAM kerana ia merupakan tempat yang bercampur dengan maksiat. Contoh pergi menonton wayang bersama isteri filem Cicak Man. Bagaimana pula jika membeli DVD Cetak Rompak, dengan alasan bahawa menonton wayang adalah HARAM. Boleh sahabat al-ahkam huraikan.

Jawapan:
Wa’alaikumussalam
Kami akan menjawab soalan zaliasma dengan kadar yang termampu, Insyaallah.
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :
“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”
Syarat-syaratnya :-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.
3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.
Sekian, wassalam.

Tapi, persoalannya sejauhmana filem yang ditayangkan itu menepati syarat-syarat tersebut? Adakah wujudnya panggung wayang yang mengasingkan lelaki dan wanita di dalam kawasan yang gelap (cinema)? (dengar2 ada di Kelantan) habis tu kat tempat lain macam mana pulak ye? Tepuk dada, tanya lah iman masing-masing. Kawan-kawan sendiri boleh menilai hukumnya :)


P/s : Alhamdulillah, selama 22 tahun saya hidup di dunia ni tak pernah lagi saya menjejakkan kaki ke dalam panggung wayang~

والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula