Aku Bersyukur PadaMu


بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Pagi semua..alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t. Hari ini 7 Dec bersamaan 1 Muharram merupakan hari lahir saya. Alhamdulillah kerana masih lagi dapat hidup sehingga ke hari ini. Start daripada malam tadi, kawan dan keluarga saya hantar mesej di hp n fb ucapkan selamat hari lahir kepada sy. Terima kasih sebab ingat hari lahir saya ye..


Umur semakin bertambah, hari demi hari. Tapi persoalannya, adakah amalan saya bertambah?? Sy perlu sentiasa bermuhasabah diri sempena hari lahir saya dan sempena awal tahun hijrah. Cuba menjadi yang terbaik dan sempurna walaupun hakikatnya tiada apa yang sempurna melainkan Allah s.w.t.

Semoga kita sama2 berada di dalam rahmat dan kasih sayangNya.
Amin..


Selamat Hari Lahir, Happy Birthday, Selamat Hari Jadi, I Luv Islam, Testi I Luv Islam
Ya Allah..
Aku bersyukur kepadaMu
Atas segala nikmat kurniaan
Yang telah Engkau berikan padaku
Sejak aku bernafas dimuka bumi Mu ini..
Aku mohon keampunan dariMu atas segala kealpaan
dan khilaf diriku sebagai hamba Mu yang
kerdil dan hina..
Aku mohon rahmat dan kasih sayang Mu
Aku mohon petunjuk dan hidayahMu
Aku dambakan syurga Mu
Kau bimbinglah aku menuju jalan Mu
Semoga hari-hari yang aku lalui
Di penuhi dengan kepatuhan dan ketaatan
sebagai seorang hamba kepada Tuhannya..
Aku mohon
Kau ampunilah aku Ya Allah..
Semoga hati ini dipenuhi dan dihiasi dengan manisnya iman

..Amin..


Jom kita hayati lagu erti syukur daripada kumpulan UNIC ni
(sekarang UNIQUE)





Sekian sahaja daripada saya..semoga terhibur ;)







Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Salam Ma'al Hijrah 1432



بسم الله الرحمن الرحيم


Mengikut perkiraan Islam, maghrib hari ini bersamaan 6 December (29 Zulhijjah 1431) telah masuk tahun baru hijriah iaitu 1 Muharram 1432. Jadi, kita sebagai umat Islam disarankan untuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun hijriah.


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Maal Hijrah, Tahun Baru Hijrah, Salam Maal Hijrah, Doa Tahun Baru Hijrah, Doa Akhir Tahun Hijrah, Doa Awal dan Akhir Tahun Baru Hijrah



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.


Maal Hijrah, Tahun Baru Hijrah, Salam Maal Hijrah, Doa Tahun Baru Hijrah, Doa Akhir Tahun Hijrah, Doa Awal dan Akhir Tahun Baru Hijrah




Bersama-samalah kita berdoa semoga dosa-dosa kita pada tahun ini akan diampunkan oleh Allah s.w.t dan semoga pada tahun hadapan akan membuka satu lembaran baru dan memberi sinar yang baru di dalam hidup kita semua. Amin..
..Salam Ma'al Hijrah 1432..


Maal Hijrah, Tahun Baru Hijrah, Salam Maal Hijrah, Doa Tahun Baru Hijrah, Doa Akhir Tahun Hijrah, Doa Awal dan Akhir Tahun Baru Hijrah


والسلام

Maklumat Lanjut : Klik sini



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula