Arnab, Kambing & Harimau




بسم الله الرحمن الرحيم


Jangan Hasad Dengki, Hasad Dengki, Dengki Diharuskan, Dengki Perosak Amalan

Arnab dan Kambing bersahabat baik. Mereka makan di padang rumput yang sama dan minum di sungai yang sama juga. Satu hari, mereka bergaduh. Hal yang terlalu kecil, tetapi akhirnya bertukar menjadi besar apabila mereka saling mencaci antara satu sama lain. "Aku akan hancurkan kambing. Apa dia ingat aku takut dengan tanduknya?" getus arnab seorang diri. Dia ligat memikirkan bagaimanakah caranya hendak memusnahkan kambing. Tiba-tiba dia mendapat idea yang baik. "Ya, aku akan berjumpa harimau dan memberitahunya tempat kambing selalu berehat," kata arnab di dalam hati. Dia yakin harimau akan bersetuju. Siapa yang hendak menolak rezeki?

Arnab pun menemui harimau dan memberitahu di mana kambing bersembunyi. Harimau dengan pantas bersetuju dan mengajak arnab pergi bersama-samanya ke tempat yang dimaksudkan. Bila tiba sahaja di situ, harimau terus menerkam kambing dan membunuhnya. Dan sebaik saja kambing mati, harimau terus menerkam arnab dan membunuhnya sekali. Dua bekas sahabat baik itu menjadi mangsa harimau yang menjadi musuh mereka sekian lama..

Pengajaran : Kebencian acap kali menghilangkan kerasionalan dalam berfikir. Berdepan dengan 2 mudharat serentak, kita gagal menilai mana satu mudharat yang lebih besar impaknya pada kita.


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Ilmu lebih baik daripada Harta


بسم الله الرحمن الرحيم

Beza Ilmu dan Harta, Ilmu lebih baik daripada Harta, Ilmu Islam, Harta Kekayaan, Hadith, Ayat Al-Quran, Kebaikan Ilmu, Keburukan Hata Benda

Beza antara ilmu dan harta ialah :

1. Ilmu diwariskan oleh para Nabi dan harta diwariskan oleh Firaun dan Qarun.

2. Ilmu akan bertambah apabila digunakan manakala harta akan berkurang apabila dibelanjakan, kecuali harta yang dimanfaatkan pada jalan Allah s.w.t.

3. Ilmu akan melindungi pemiliknya manakala harta memerlukan perlindungan daripada pemiliknya.

4. Ilmu dan harta dimiliki oleh orang yang beriman dan tidak beriman, manakala ilmu yang membawa kepada kenal dan takut Allah s.w.t hanya dimiliki oleh orang yang beriman sahaja.

5. Ilmu dan amal akan membantu pemiliknya meniti sirat.

6. Manusia sentiasa memerlukan alim ulama' yang boleh menunjukkan jalan yang lurus,manakala orang yang kaya tidak selalu dipergunakan oleh masyarakat.

7. Ilmu yang dimanfaatkan (amal jariah) dapat menemani hingga ke liang lahad, harta pula akan segera berpisah daripada si empunya setelah roh terpisah dari badan.

Berikut merupakan perbandingan orang yang berilmu dan yang berharta. Kedua-duanya sama penting, tetapi terdapat beberapa perbezaan yang jelas. Orang yang berilmu diangkat darjatnya beberapa darjat berbanding daripada orang yang beriman.

Kesimpulannya, jangan berputus asa untuk menimba ilmu kerana tidak ada kerugian melainkan yang ada ialah manfaat dan keuntungan. Yang penting, ilmu yang dituntut hendaklah ilmu yang diredhai oleh Allah. Akhir kata,kita berhak untuk menetukan jalan hidup kita sendiri. Fikir-fikirkan..


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula