Mahram...


بسم الله الرحمن الرحيم


Perempuan, Wanita, Mahram, Feqah, I Luv Islam, Testi I Luv Islam, Wanita Solehah, Wanita Bertudung, Wanita Islam, Saidina Ali


Mahram bererti yang diharamkan. Yang dimaksudkan dengan yang dihramkan disini ialah wanita yang diharamkan berkahwin dengan seorang lelaki. Perkataan ini berbeza dengan "muhrim" yang bererti orang yang berihram dalam ibadah haji.

Lelaki yang diharamkan berkahwin dengan wanita terbahagi kepada 2 iaitu haram muabbad (kekal) dan haram muaqqat (sementara). Haram muabbad terdiri daripada pertalian darah,susuan dan mushaharah.

Antara contoh haram muabbad bagi pertalian darah ialah ibu,anak,adik beradik,ibu saudara sebelah bapa,ibu saudara sebelah ibu,anak saudara yang lelaki dan anak saudara yang perempuan.
Antara contoh haram muabbad bagi susuan ialah ibu dan ayah susuan,saudara-saudara perempuan susuan (golongan seperti ini sama dengan golongan yang pertama iaitu secara nasab).
Antara contoh haram muabbad bagi mushaharah pula ialah ibu mentua,isteri bapa kamu(ibu tiri),menantu,anak perempuan isteri dari suami lain (rabaib).
Haram Muaqqat pula tertakluk kepada satu tempoh masa dan keadaan-keadaan tertentu.

Apabila keadaan berubah,hukum juga turut berubah. Mereka ialah adik ipar atau kakak ipar serta isteri bapa saudara.
Hukum berkaitan dengan haram muabbad ialah boleh bermusafir bersama mahramnya,boleh bersentuhan seperti berjabat tangan,auratnya ialah antara pusat hingga lutut bagi lelaki manakala wanita ialah sesuatu yang zahir seperti rambut,leher dan sebagainya. Diharamkan berkahwin sesama mahram.

Namun,bagi mahram muaqqat pula ialah hukum mereka sama seperti ajnabi,iaitu tidak boleh melihat aurat,tidak boleh bersentuhan dan tidak boleh bermusafir bersama. Cuma tidak boleh berkahwin selagi ikatan perkahwinan yang ada masih wujud........


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Refleksi SPSS


بسم الله الرحمن الرحيم







Mula-mula..klik pada "ssps" jika perisian itu terdapat di hadapan skrin.

Refleksi SPSS, Microsoft, Komputer, Teknologi


Masukkan pemboleh ubah-pemboleh ubah mengikut urutan.

Pada "type" tukarkan semuanya kepada "numeric". "Width" tukarkan kepada "8" dan "Decimals" tukarkan kepada "0".

Refleksi SPSS, Microsoft, Komputer, Teknologi
Bagi tahun dan semester,pada "values" biarkan "none". Bagi program pula,masukkan program-program pendidikan yang terlibat mengikut urutan dengan klik pada 3 titik berturutan disebelahnya. Pada "value" taip nombor dan pada "value label" taip program. Begitu juga seterusnya..

Refleksi SPSS, Microsoft, Komputer, Teknologi

Pada bahagian "missing", tukarkan kepada "0" . "Column" pula "8" dan "align" tukar kepada "center".

Refleksi SPSS, Microsoft, Komputer, Teknologi
Bagi pemboleh ubah tahun dan semester,pada bahagian "measure" klik "scale". Bagi program dan jantina klik "nominal". Bagi soalan-soalan pula,klik "ordinal".

Refleksi SPSS, Microsoft, Komputer, Teknologi

Setelah selesai taip variable view dan klik pada data view.


Refleksi SPSS, Microsoft, Komputer, Teknologi
Masukkan maklumat-maklumat hasil soal selidik ke dalam kotak-kotak yang sesuai.




Selepas itu,klik pada "analyse" kemudian "descriptive statistics". Seterusnya klik pada "frequencies".



Masukkan satu persatu pemboleh ubah dari kiri ke kanan dengan klik pada anah panah yang terdapat di situ.


Klik pada "statistic" dan set frequencies statistics mengikut citarasa anda kemudian klik "continue". Begitu juga, klik pada "charts" dan "format"untuk menetapkan maklumat. Setelah selesai semuanya,klik "ok".

Refleksi SPSS, Microsoft, Komputer, Teknologi
Secara automatik,akan keluar "output" hasil daripada "data view". Di dalam output terdapat "frequency","frequency table" dan "pie chart".

Refleksi SPSS, Microsoft, Komputer, Teknologi
Refleksi SPSS, Microsoft, Komputer, Teknologi
Semoga Berjaya!!







والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula