Anugerah



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum semua

Alhamdulillah..Allah masih lagi memberi kesempatan kepada diri ini untuk taip segala macam kat dalam belog ni.hehe. Sebenarnya berita ni dah lama, berbulan-bulan dah. Tapi, sekarang rasanya baru datang mood nak taip kat belog. Keadaan badan pun dah mengizinkan di tambah mood nak menaip..jadi, kita update la belog kali ni ye :)



Berita gembira buat saya dan suami 

^____________________^




Waktu ni test masa seminggu raya..pagi tu terus ke klinik, macam tak percaya. Tapi percaya la kan, bila-bila Allah boleh beri kita rezeki. :)
Actually, test dalam dua kali la jugak.hehe.





Buku ni memang dah awal-awal beli, guna baucer buku..free je kan.hehe. Rupanya boleh terus guna tahun ni. Rezeki Allah tak siapa pun tahu. 



Mohon doa dari semua semoga kami sekeluarga selamat hendaknya. Amin. 






 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Hidup baru


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum


Esok..1 Ramadhan ! Ramadhan datang lagi. Semoga kita sampai kepada bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah..hari demi hari, hidup semakin baik dan berubah sedikit demi sedikit. 




Dulu..seorang anak, kini bertambah menjadi seorang isteri.
Dulu..duduk dengan mak ayah, kini dengan suami.

Akan datang? Mungkin jadi seorang ibu pula. Hidup ibarat roda. Sentiasa berputar. Masa pula bukan berjalan laju meninggalkan kita. Tapi, masa "berlari" meninggalkan kita.

Dah hampir 9 hari habis praktikal di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. Lepas nikah dua minggu dengan encik suami..terpaksa duduk berjauhan disebabkan jarak yang jauh. Kini, usia perkahwinan mencecah 5 bulan, barulah kami dapat duduk sama di mahligai impian kami.

Terima kasih encik suami..

Masih belum siap sepenuhnya..barang-barang pun beli sikit-sikit ^_^ tapi, bersyukur sebab dah ada rumah sendiri

Ramadhan pertama sebagai seorang isteri
Ramadhan pertama di rumah sendiri
Ramadhan pertama bersama dengan suami


Paling seronok, memasak sama-sama dengan encik suami. Nikmatnya hidup berumahtangga. Setiap apa yang kita lakukan, ada teman. Teman suka dan duka.



Setakat ni, masih belum ada rezeki lagi bergelar ibu. InsyaAllah, akan datang. Bila tiba masa dan ketikanya. 

Salam Ramadhan kareem buat semua !





 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula