Salam 'Idul Fitri


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

InsyaAllah kalau mengikut kalendar..Selasa minggu depan kita semua umat Islam akan menyambut Hari Raya 'Idul Fitri atau Hari Raya Puasa kan..sebelum tu, saya nak ucapkan awal-awal la ye. Di kesempatan ni..saya Atika Aula ingin memohon maaf sekiranya ada di dalam penulisan saya yang mengguris hati dan perasaan sesiapa yang membaca..niat saya hanya ingin menyampaikan apa yang betul sahaja..walaupun saya sendiri kurang sempurna..InsyaAllah kita sama-sama menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Mudah-mudahan..

Selamat Hari Raya 'Idul Fitri Maaf Zahir dan Batin..

Akhir kata, saya nak beri kad raya ni kepada semua yang datang ke blog saya. Sudi-sudi lah ambil ye. Pilih je yang mana satu..

Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam Aidulfitri, Syawal, Kad Raya

Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam Aidulfitri, Syawal, Kad Raya
Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam Aidulfitri, Syawal, Kad Raya

Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam Aidulfitri, Syawal, Kad Raya


Kalau nak ambil, klik je pada gambar ni. Lepas tu boleh ubah saiz gambar untuk sesuaikan di blog masing-masing. Tengok kat sini >TEKAN<

Dah ambil nanti, tinggalkan la komen ye :)


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Pengukur Kejayaan Sesebuah Blog


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Agak-agak apa tanda aras atau pengukur kejayaan sesebuah blog ye?

  • Adakah blog yang cantik dan kemas dikatakan sebagai blog yang berjaya? 
  • Adakah blog yang paling ramai followers merupakan blog yang berjaya?
  • Adakah blog yang memiliki entri yang paling banyak "like" merupakan blog yang berjaya?
  • Adakah blog yang menduduki ranking Alexa yang teratas merupakan blog yang berjaya?
  • Atau..ada lagi pilihan jawapan yang lain??

Kebanyakannya ramai yang melihat blog yang memiliki paling ramai followers merupakan blog yang paling berjaya kan..terutamanya blogger-blogger baru, sebab tu masing-masing mengejar followers sebab tu wujudnya istilah "I follow u, u follow me back..". Bagi saya, ia nya tak salah jika masing-masing ikhlas dan tidak rasa terpaksa. Sebenarnya kejayaan sesebuah blog bergantung kepada blog yang menduduki ranking Alexa yang teratas..itu pendapat saya. Ramai juga blogger yang masih tak tahu apa tu Alexa kan?

Alexa tu merupakan satu sistem yang dapat memberikan kita maklumat tentang sesuatu laman web/website/blog contohnya seperti website yang paling popular, jumlah traffik sesuatu website, SEO (Search Engine Optimization) dan lain-lain. bagi sesiapa yang masih tak tahu lagi apa maksud istilah-istilah ni. Boleh cari di Google ye..

Alexa, Ranking Alexa, Ranking Alexa di Malaysia, Maksud Alexa, Gambar Alexa

Bila sesebuah blog tu terletak diranking Alexa yang teratas..itu maksudnya blog atau website tersebut paling mudah untuk dijumpai di mana-mana search engine seperti Google, Yahoo, Bing dan seumpamanya contohnya macam Facebook. Kalau tengok ranking Alexa di Malaysia, Facebook menduduki tempat pertama..menunjukkan rakyat Malaysia ni hampir keseluruhannya ada Facebook. 

Follow, Button Follow, Follow Button, Button Follow Blogspot, Followers

Dulu waktu saya mula-mula aktif berblogging..persepsi saya ialah kalau blog tu paling ramai followers, blog tu la yang paling berjaya..tapi sekarang semua tu dah berubah. Buktinya ialah..banyak je blog yang memiliki beribu-ribu followers tapi jauh kebelakang dalam ranking Alexa berbanding mereka yang jumlah followers tak samapi seribu pun, tapi ranking kat Malaysia cuma beberapa ratus je..jadi, jangan ukur mereka yang banyak followers, blog mereka yang paling hebat..


Tapi saya tak nafikan juga..ada juga mereka yang banyak followers dan terletak dalam ranking tertinggi Alexa..cuma saya nak beritahu, jangan terlalu mengejar followers..apa yang kita perlu kejar ialah pembaca setia. Pernah bayangkan tak..berapa ramai yang gunakan search engine setiap hari? Berjuta-juta orang kan..jadi, pembaca blog kita bukan sahaja terdiri daripada blogger bahkan setiap orang termasuk bukan blogger pun dapat menjadi pembaca setia blog kita. Kalau blog/website mudah dijumpai di search engine, maksudnya pembaca blog kita akan lebih ramai berbanding mereka yang memiliki belasan atau puluhan ribu followers..


Sekarang ni saya pun baru berjinak-jinak nak bermain dengan SEO..tu pun masih lagi di dalam percubaan. Tengok je la blog saya masih lagi dalam ranking yang bawah..sebab dulu yang saya tau, blogwalking je dan tak cuba aplikasikan teknik SEO. Jom la kita sama-sama cari pembaca setia dan bukan hanya follow sahaja..kan bagus kalau ada 3 ribu followers dan 3 ribu tu jugak jadi pembaca setia blog kita..betul tak? Sebab tu saya cakap tadi..tak perlu rasanya nak memaksa orang lain untuk follow blog kita..sebab nanti kita akan hanya dapat follower dan bukan pembaca setia kecuali dia ikhlas dan betul-betul tertarik dengan penulisan atau maklumat yang ada di blog kita..


Jadi..fikir-fikirkan la ye...

P/s : Kalau ada maklumat yang salah..sila betulkan ye, maklumlah saya budak baru belajar. Baru nak ambil tahu pasal benda-benda ni..:)


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula