Ramadhan bakal tiba


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum

Lagi beberapa hari je kita bakal menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan..bulan yang sepatutnya di tunggu-tunggu oleh umat Islam. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur..kita akan bertemu juga dengan bulan Ramadhan pada tahun ni yang bakal menjelma tak lama lagi. Macam mana persiapan kita nak menyambut penghulu segala bulan ni? Mudah-mudahan kita semua dapat menjadikan Ramadhan kali ni lebih baik dari yang sebelumnya kan.

Bagi saya, yang paling seronok ialah waktu bulan puasa dan nak menunggu raya. Bila dah raya, saya rasa dah kurang seronoknya..sebab dah takde apa yang nak di tunggu kan. Tapi seronok jugak, sebab dapat menziarahi saudara mara..tapi yang paling nikmat ialah waktu bulan Ramadhan. 

InsyaAllah tahun ni, saya dapat berpuasa penuh sebulan di rumah..kalau tahun-tahun yang lepas, puasa di kolej. Rasanya kurang seronok sebab bila berpuasa di kolej dan ada kuliah macam biasa, tak rasa sangat bulan Ramadhan, tahun ni sebab cuti sampai pertengahan bulan 9..jadi dapat lah berpuasa sebulan di rumah. Memang dah lama tak dapat puasa sebulan kat rumah, dulu pun rasanya waktu kecik-kecik je. Bila dah sekolah, kadang -kadang bulan puasa jatuh hari bersekolah..tapi tu ok lagi, sebab dapat berbuka kat rumah. Bila masuk u, kena puasa dan berbuka kat sana je. Kadang -kadang je balik..memang kurang seronok la rasanya kan.hehe.

Perkara yang paling rasa seronok bila bulan puasa ialah bazar ramadhan, semua orang suka pergi kan.


Lepas tu, solat tarawih..waktu bulan Ramadhan je la dapat buat solat tarawikh kan, pahala jugak di gandakan bila kita buat amal kebajikan, yang penting niat ikhlas kerana Allah.


Kemudian, shopping beli baju n barang-barang untuk raya nanti. 


Berbuka puasa dengan family pun seronok jugak kan...tapi, kita juga disunatkan untuk mulakan berbuka puasa dengan kurma.


Lagi satu, buat kuih raya, ketupat, dodol dan lain-lain..yang mana nak buat la, yang mana tak buat..cari kat kedai je. 


Sebab tu saya cakap yang paling seronok ialah bulan Ramadhan..perkara ni boleh buat waktu bulan Ramadhan je, bulan-bulan yang lain jarang dan mungkin kurang seronok kalau kita buat pun. Tapi, kita kena ingat juga..kalau nak shopping dan bersuka-suka boleh, tapi berpada-pada kan. Nikmat-nikmat ni Allah beri kepada mereka yang berpuasa je..tak rugi pun kalau kita berpuasa. :)


"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, 
agar dapat ku lalui dengan sempurna..."


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Pelik Tapi Benar.


بسم الله الرحمن الرحيم

Tanda Soal, Soalan, Pelik, Question Mark, Question
Agak-agak kita sekarang berada di jalan yang mana?

Assalamualaikum

Kadang-kadang saya pelik..pelik dengan manusia, dengan ragam manusia yang pelbagai. Macam-macam. Ada yang seperti lembu dicucuk hidung, ada yang suka mengampu dan lain-lain. Mungkin mereka memikirkan kehidupan di dunia ni segala-galanya sampai tak ingat tujuan asal kita diciptakan. 

Ada yang kata..kita sekarang dalam keadaan yang aman. Tapi saya terfikir, kalau benar aman..kenapa jenayah makin meningkat dan kita semakin rasa tak selamat eh bila keluar rumah. Duduk dalam rumah pun rasa kurang selamat jugak. Apa yang dimaksudkan AMAN tu agaknya eh? Saya pun kurang pasti..bagi saya, kita akan benar-benar aman bila kita rasa selamat walaupun kita berada di mana-mana je. 

Cuba waktu sekarang ni, contohnya seorang anak dara keluar malam sorang-sorang..agak-agak dia boleh balik rumah dengan keadaan yang baik tak? Kedai emas yang dibiarkan tanpa perlu dikunci..agak-agak ada orang curi tak? Hmm..nak cakap lebih-lebih pun agak susah, saya harap orang yang membaca ni dapat memahami. Kadang-kadang kita gagal untuk berfikir menggunakan mata hati..sebab tu tak nampak.

Bila hukum Allah tak lagi digunakan dan diketepikan..bila manusia sombong dengan Tuhan, bala yang akan datang menimpa kita. Bukan sahaja di ketepikan, bahkan dipermainkan dan dijadikan bahan gurauan mungkin. Bagi yang tak tahu, boleh baca tentang isu Karikatur yang menghina Islam. Kadang-kadang saya terfikir, saya rasa hairan..kenapa manusia masih lagi sombong dan angkuh dengan Allah? Kenapa masih lagi tidak ada kesedaran dalam diri? Saya sendiri rasa takut..saya selalu terfikir kenapa dan kenapa?

Mungkin juga di akhir zaman, orang yang benar selalu ditindas..orang yang zalim diagung-agungkan. Para ulama' tak lagi diminta untuk memberikan nasihat tentang agama dan mulalah orang yang tidak layak dan jahil akan membicarakan dan mengelurkan hukum agama, ternyata mereka itu lah orang yang sesat lagi menyesatkan. 

Bila ditegur, tiada respons..mungkin boleh diterima lagi. Ditegur dan masih tiada respons, mungkin masih lagi boleh diterima. Akhirnya, mungkin cara kekerasan juga perlu digunakan untuk menegur. Barangkali mungkin...sama juga seperti menyuruh anak sembahyang, pada umur 7 tahun..mereka disuruh dahulu untuk melakukan solat dan masih diberi masa hingga 10 tahun, jika masih lagi tidak solat..dibenarkan untuk memukul mereka..memukul bukan untuk mendera, bahkan untuk mendidik, untuk kebaikan dan manfaat bersama kelak. Saya rasa tentu kawan boleh faham apa yang saya ingin sampaikan..

Setiap orang ada pandangan masing-masing kan..terpulang lah untuk menilai. Yang penting, berfikir dengan menggunakan mata hati dan bukan nafsu. 


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula