Maher Zain Live In Concert




بسم الله الرحمن الرحيم



Maher Zain, Album Maher Zain, Maher Zain Konsert, Maher Zain Concert



Assalamualaikum...

Selamat petang semua..baru saya teringat, malam ni pukul 8.30 ada konsert Maher Zain di Stadium Melawati, Shah Alam. Sape yang pergi ye?? Ada x? Dua hari kan konsert tu...dengar-dengar macam tiket tu cepat je habis dan laris. Awal-awal lagi orang dah "booking" dah. Kuat sangat ye aura Maher Zain ni.hehe.Bagus la..lagu-lagu yang dia sampaikan pun bermanfaat, kira macam santapan jiwa jugak la. Berbanding daripada lagu-lagu yang lagha tu..lebih baik dengar lagu nasyid kan. Ada mesej berguna yang tersirat dalam bait-bait lirik tu..


Maher Zain, Album Maher Zain, Maher Zain Konsert, Maher Zain Concert


Apa-apa pun...semoga Maher Zain dan artis-artis dakwah yang lain dapat menyampaikan dakwah melalui cara merka sendiri. Yang penting, Islam itu disebarkan..Sesiapa yang pergi konsert tu, tolong lah sampaikan salam saya (Assalamualaikum) dekat Maher Zain ye!! hehe~


Majulah ISLAM untuk semua


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Perkara Asas Bagi Seseorang Yang Bergelar Muslim


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum..

Saya sebenarnya suka sangat tengok gambar-gambar ni, cute sangat. Di samping gambar yang comel, ada juga pengajaran yang dapat kita ambil daripada gambar-gambar ni. Apa perkara asas bagi seseorang muslim? Jawapannya mestilah Rukun Islam. Rukun Islam ada 5 perkara, jika kita mengaku kita orang Islam..kita mesti laksanakan kelima-lima ni mengikut ketetapan yang telah digariskan oleh Islam itu sendiri.



Kartun Comel, Oh So Muslim, Perkara Asas Muslim, Kartun Muslimah, Kartun Muslim


Mengucap 2 kalimah syahadah..
أشهد أن لا إله إلا ألله وأشهد أن محمد رسول ألله
Menyebut dan memahami makna tersebut



Kartun Comel, Oh So Muslim, Perkara Asas Muslim, Kartun Muslimah, Kartun Muslim


Solat 5 waktu sehari semalam
قال ألله تعالى : إنّ الصلاة تنهى عن الفخشاء والمنكر
Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar.



Kartun Comel, Oh So Muslim, Perkara Asas Muslim, Kartun Muslimah, Kartun Muslim


Beri zakat kepada orang yang memerlukan..8 asnaf zakat. 
قال ألله تعالى : أقيموا الصلاة وأتوا الزكاة
Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat



Kartun Comel, Oh So Muslim, Perkara Asas Muslim, Kartun Muslimah, Kartun Muslim


Berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan


Kartun Comel, Oh So Muslim, Perkara Asas Muslim, Kartun Muslimah, Kartun Muslim


Menunaikan Haji di Mekah bagi yang berkemampuan



Jadi, kalau nak jadi seorang Islam..mesti cukup kelima-lima syarat ni. Baru lah layak diri anda digelarkan Muslim!!



والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula