Kerana Agama, Aku Jatuh Cinta


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum


"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu..hilanglah cintaku padamu
(Imam Nawawi)


Rasulullah SAW bersabda :

Dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara: Pertama, kerana hartanya. Kedua, kerana keturunannya. Ketiga, kerana kecantikannya. Keempat, kerana agamanya. Maka yang lebih utama adalah perempuan yang beragama, pasti engkau akan beruntung.
(HR. Bukhari Muslim)




Kerana agama, aku memilih dikau. Kerana agama, bukan rupa, bukan harta..tetapi agama.

Saya pernah terbaca, hadith tersebut bukan sahaja kita gunakan sebagai kriteria pemilihan isteri bahkan juga seorang suami. Meskipun tak dinafikan harta itu penting, paras rupa itu penting, keturunan itu penting..tetapi, syarat paling utama ialah ketaatan nya dalam menjalankan perintah Allah s.w.t. 

Jika itu menjadi dasar yang paling penting, insyaAllah semuanya akan menjadi mudah seperti dimurahkan rezeki sama ada dari sudut harta mahupun anak bahkan menjadi penyejuk mata serta sedap memandang begi pasangan hidup masing-masing. Bukankah itu lebih baik?

Saya pernah menonton satu slot di tv al hijrah iaitu Madrasah Syariah tentang kriteria pemilihan pasangan hidup. Ustaz tu kata, kalau nak diikutkan statistik..mereka yang bernikah disebabkan agama..penceraian yang berlaku adalah lebih kecil berbanding mereka yang bernikah atas dasar nafsu semata-mata. Bahkan daripada penceraian tersebut pula adalah disebabkan kehadiran orang ketiga dan bukan atas dasar pasangan itu sendiri contohnya masuk campur ahli keluarga dan lain-lain.

Memang dalam Islam, penceraian itu adalah halal dan bercerai juga adalah salah satu jalan terbaik sekiranya sudah tiada persefahaman dalam hidup. Namun, ia adalah jalan terakhir. Setiap orang yang bernikah pasti ada impian untuk bersama-sama sampai bila-bila dan yang paling penting, cinta sampai ke syurga. Betul kan?

Sumai perlu menjadi imam..bukan sahaja di dalam solat, bahkan di luar solat. Imam juga bermaksud ketua, suami jadi tempat rujuk dan dia juga perlu pastikan isteri dan keluarganya tetap pada jalan Allah. Jika tiada ilmu agama, mana mungkin keluarga sakinah ini akan wujud? Isteri juga begitu, menjadi makmum. Perlu mengikut apa yang disuruh oleh suami selagi mana tidak bercanggah dengan agama. Jika tiada agama, mana mungkin ia akan berlaku? 

Jika lelaki seorang yang kuat, dia boleh memilih wanita yang kurang agamanya untuk dijadikan isteri. Namun, janji Allah itu pasti. Jika inginkan pasangan beriman, kita mesti jadi orang yang beriman.


Surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud :

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 




Dalam kriteria pemilihan pasangan hidup, pastikan agama adalah yang paling penting malah melebihi syarat-syarat yang lain. InsyaAllah akan selamat hidup kita 




"Kerana agama, aku jatuh cinta"
(Atika Aula)


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tentang Aku


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum
Korang kenal saya ke?!

Tentang aku..dalam penulisan saya di blog ni, saya tak pernah gunakan kata ganti diri "aku" kan. Mana yang sedar dan selalu baca belog saya je la gaknye yang sedar.hehe. Saya lebih selesa cakap "saya" bila nak cakap dengan orang ramai. Kata ganti diri "aku" masih lagi guna, tapi dengan orang tertentu je. 

Bukan tu yang saya nak cerita sebenarnya..aku ke saya ke I ke ana ke. Ikut selesa masing-masing la kan.hehe. Saya cuma nak tau, korang kenal saya ke? Kalau kat fb, selalu orang tanya serba sedikit tentang diri saya. Saya jawab ikut mana yang berpatutan je la. Yang patut-patut je, nak letak gambar? Buat masa ni memang tak kan letak. Kenapa? Ada la sebab tertentu. Mana yang dah kenal, tau la muka saya macam mana. Saya biasa je, tak secantik wanita lain ;)

Kalau menulis, mesti tulis skema-skema pastu taip penuh-penuh. Nape ye? Saya suka macam ni, memang la nampak macam skema je kan, tapi kalau tulis full semua orang akan faham apa yang kita nak sampaikan. Saya menulis nak berkongsi dengan orang lain, kalau orang lain tak faham dan tak dapat nak baca, syok sendiri la tu namanye. Kan? 

Kalau status kat fb plak suke sangat tulis berfalsafah-falsafah. Orang falsafah ke pe ni? Haha..lawak le, saya memang suka berfalsafah walaupun bukan orang falsafah. Saya suka reka sendiri ayat-ayat ikut perasaan saya waktu tu atau pun ikut pengalaman atau ikut pembacaan. Kebanyakan ayat status tu rekaan sendiri. Nak copy? Copy la..bukan best sangat pun.hehe. 

Panjang berjela pula ye cakap pasal tu, kalau nak tau serba sedikit tentang diri saya, Boleh klik diriku dekat atas blog saya. (eh, konon artis la tu).huhu. Bukan pe, banyak yang tanya. Tengok situ je la ye. Saya student UKM dalam bidang pendidikan. Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. InsyaAllah bakal habis tahun 2013. Sekarang tahun 3, jadi blogger part time je. Bila free, saya suka menulis, menulis something yang terlintas kat fikiran dan something yang saya rasa, saya perlu tulis walaupun tau tak ramai yang baca.hehe.


Rukun Islam ada berapa? kata Danbo kepada anak muridnya..hehe

Dari kecik memang minat nak jadi cikgu sebab suka tengok cikgu menulis kat papan hitam guna kapur. Macam best je (boleh plak camtu?).hehe. Alhamdulillah lagi sikit je cita-cita nak tercapai. Sebenarnya dah pernah mengajar kejap hampir setengah tahun dekat bekas sekolah rendah sendiri. Sekolah Rendah Agama Kampung Jawa (SRAKJ). Waktu jadi ustazah kat situ, ustazah yang mengajar saya pun ada lagi dan masih mengajar lagi waktu tu. Cepat betul masa berjalan, dulu selalu kena ajar. Sekarang dah asyik nak mengajar orang je.hehe. 

Alhamdulillah Allah sentiasa memudahkan perjalanan hidup saya, Dia sentiasa melorongkan saya pada jalan yang betul. Dia sentiasa beri saya orang sekeliling yang dapat membantu dan menegur saya kalau saya silap. Mungkin ini rezeki saya, banyak perkara berlaku tanpa saya jangka. Bila fikir balik, banyak jugak keajaiban yang berlaku dalam hidup ni. Saya tak rancang, tapi jadi. Saya rancang lain, jadi lain. Kadang-kadang hikmah tu nampak sekejap je. 

Memang betul-betul bersyukur sangat-sangat. Saya tau Allah sentiasa berikan yang terbaik buat saya. Saya tak pernah putus doa mengharapkan Dia berikan yang terbaik buat saya dan keluarga. Pergantungan penuh saya terhadap Dia membuatkan saya rasa lebih selamat, terjamin dan saya redha setiap apa yang berlaku walaupun apa yang saya rancang tak menjadi. Bahkan Dia selalu beri yang lebih baik daripada apa yang saya rancang. Malu kepada Allah sebab Dia terlalu "baik" kepada diri saya yang hina ni. :(


Thank you Allah, thank you Allah, thank you Allah. 




Jangan pernah berhenti ucapkan syukur pada Allah. Banyak nikmat yang Dia beri kepada kita.

Doakan semua yang saya hajati tercapai ye..saya nak berjaya dunia akhirat. Saya tau semua orang nak macam tu. Semoga setiap tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Amanah utama : beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah Allah di muka bumi. InsyaAllah :)


P/s : Sekarang  isu guru degree susah nak posting, tapi dalam hati saya..saya sikit pun tak risau tentang tu. Saya sendiri tak pasti kenapa. Maybe sebab saya dah ada plan lain yang lebih baik untuk diri saya. Orang kata kalau plan A tak jadi, kita buat plan B pulak la kan. Sebenarnya selain mengajar, saya suka bisnes. Saya merancang, kalau tak jadi..saya tau Allah sediakan rancangan yang terbaik buat saya. Berbaik sangka pada Allah ~


.. Sekian ..

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Bukti sains dan sejarah kerasulan Muhammad


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum

Bukti sains dan sejarah Kerasulan Muhammad..satu buku yang memang menarik, saya anjurkan kawan-kawan beli buku ni. Masih lagi berkisar tentang perbandingan agama dan sesuai juga untuk non Muslim baca. Menarik..sama macam buku Tuhan untuk Semua. 



Tajuk buku : Bukti sains dan sejarah Kerasulan Muhammad

Sinopsis : Ramai paderi Kristian dan Yahudi memeluk Islam sesudah membaca Quran dan sejarah hidup Muhammad secara objektif dan rasional. Semuanya menjadi jelas apabila mereka membandingkan kedua-duanya dengan isi kandungan kitab-kitab suci mereka sendiri. 

Antara isi kandungan buku ni

  • Pendirian pada kesucian kitab Bible
  • Nabi Muhammad di dalam kitab Bible
  • Nabi Muhammad di dalam kitab Hindu
  • Nabi Muhammad di dalam kitab Buddha
  • Pandangan tokoh bukan Islam tentang Muhammad

Nak kongsi sikit : 

1. Dalam Bible, Nabi Muhammad dikenali sebagai Paracletos
2. Dalam Vedas dan Purana, Nabi Muhammad dikenali sebagai Narahangsa, Antim Rishi, Kalki Avatar, Ahamidi.
3. Dalam kitab Budddha pula baginda dikenali sebagai Maitreya

Kajian yang dilakukan kebanyakannya oleh tokoh bukan Islam dan pendapat serta jawapan mereka terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

Harga : RM 15



Imbas kembali apa yang saya belajar di kursus dulu..brother Shah Kirit dan brother Engku Fauzi ajar. Sama je macam apa yang ada dalam buku ni, pergi kursus tu kami dapat Bible. Seronok belajar..makin kuat keyakinan saya terhadap Islam dan al-Quran bila belajar tentang isi kandungan Bible. 


P/s : Rugi tak beli..sila beli sekarang.hehe



 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Kualiti vs Kuantiti


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Apa yang kita faham dengan kuantiti dan kualiti?

Biasanya kuantiti tu ialah bilangan sesuatu dan kualiti tu ialah nilai sesuatu. Tak kira la benda ke perkara ke..semua boleh guna, yang penting sesuai.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, Kan Danbo? ;p

Kenapa pula dengan kuantiti dan kualiti ni?

Kalau nak di ikutkan, kedua-dua sama penting..lagi elok kalau jalan seiring. Tapi, kadang kala kita sebagai manusia ni tak mampu nak dapatkan yang sempurna. Kita boleh buat ikut kadar kemampuan dan pilih mana terbaik buat diri sendiri. Banyak perkara yang kita boleh kaitkan dengan dua perkara ni..saling kait mengait antara satu sama lain.Contohnya : ibadah yang kita lakukan, ilmu yang kita belajar, harta yang kita miliki dan lain-lain. 

Bagi saya, kualiti tu lebih penting berbanding kuantiti. Walaupun kita buat hanya sedikit, tapi bermakna. Daripada buat banyak tapi tak memberi kesan apa-apa. Kan?

Contoh situasi :

1 #
Bersedekah walau seringgit tapi ikhlas berbanding sedekah sejuta tapi niat menunjuk-nunjuk.

2 #
Ilmu yang dipelajari walaupun sedikit, diamalkan dalam hidup berbanding banyak ilmu tapi langsung tak amalkan.

3 #
Berubah dan tetap istiqamah walaupun hanya sedikit berbanding mereka yang langsung tak nak berubah sebab memperlekehkan orang yang berubah tapi masih lagi tak betul.

4 #
Kongsi ilmu yang ada dengan orang lain walaupun baru belajar sikit..bukan nak tunggu ilmu banyak baru nak kongsi. Hakikatnya memang tak kan banyak.

5 #
Anak yang sedikit tapi berguna berbanding anak ramai tapi tak mampu beri manfaat kepada masyarakat bahkan beri mudharat.


Saya kongsikan sikit apa yang saya baca dalam buku Aku Terima Nikahnya, ustaz tu kata memang anak ramai itu sunnah Nabi. Nabi suka umatnya ramai bahkan salah satu dasar pemilihan seorang isteri ialah perempuan yang subur dan dapat melahirkan ramai anak. Tapi, kalau ramai dan tak hidup dengan cara hidup Islam serta ikut cara Nabi pun tak guna jugak kan. Bahkan bukan tu je, beri mudarat kepada orang lain pulak. Contohnya pencuri ke. Ikut olahan ayat saya sendiri ni, tapi isi lebih kurang sama.


Biar anak sikit, tapi berguna (^^,)

Biar sikit tapi berkualiti berbanding ramai tapi merosakkan. Anak tu amanah Allah kan, anak ramai pun satu rezeki. Jadi, di akhirat nanti akan dipersoalkan oleh Allah. Ramai dan berkualiti itu lebih baik, kan?

Yang paling penting, biar sikit dan istiqamah (berterusan) buat. Bukan banyak tapi kejap buat kejap tidak..kesimpulannya? Fikir la sendiri.hehe

P/s : Nak berubah pun macam tu jugak..sedikit demi sedikit. Biar hati kita betul-betul tetap. Yang penting ada usaha dan ada perubahan, biar la sikit. Lama-lama nanti banyak la kan?


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Maksiat yang halal?


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Korang nak tau tak..ada maksiat yang halal. Dulu saya pernah tulis satu entri, tajuknya maksiat yang di 'halal' kan?! Yang mana belum baca, boleh klik link. Kali ni saya nak kongsi kan tentang maksiat yang halal pulak. Eh, ade ye? Atika ni nak ajar ajaran sesat ke pe? Haha..baca la dulu. ;)


Ha? Ape?! Biar betol !!


Ade..tapi kena buat 5 perkara ni dulu :


  • Jangan makan rezeki yang Allah beri.
  • Jangan tinggal di bumi Nya
  • Cari tempat yang kita boleh bersembunyi daripada dilihat oleh Nya
  • Minta tangguh daripada malaikat maut sekiranya dia datang untuk mencabut nyawa
  • Jika malaikat Zabaniyah datang mengajak ke neraka pada hari kiamat nanti, jangan mengikutinya.


Hakikatnya, semua perkara ni adalah mustahil buat kita. Segala yang ada adalah milik Allah termasuk lah diri kita sendiri. Jom muhasabah diri.


Eh kucing, takde maksiat yang halal tau. Tajuk tu buat gempak je..lagipun kan dah ade tanda soal. So, bagi jawapan sendiri la..hehe.



 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Bertudung tapi seksi?


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum

Saya nak share lagi video..untuk peringatan kepada diri sendiri dan muslimah di luar sana. Saya tak dapat nak taip sebab terlalu banyak yang dibincangkan dan dengar video ni lagi seronok rasanya ;)


Selamat menonton









"Setiap pakaian dalam Islam, ia adalah fesyen..tapi bukan semua fesyen dibenarkan dalam Islam"


Saya rasa paling mudah cakap macam ni je..bukan masalah tentang tudung, tapi masalah aurat. Orang yang bertudung tapi seksi ialah mereka yang hanya tutup rambut bukan tutup aurat. KISS (Keep it simple and short) mudah je kan..rasanya tak perlu panjang lebar cakap fesyen tudung, pakai kain batik atas kepala dan tutup secara sempurna pun dah dikira tutup aurat sekiranya semua bahagian yang perlu di tutup dah di tutup berbanding dengan pakai tudung labuh tapi baju ketat. Boleh fikir kan??


Entri berkaitan :
Jangan pakai tudung tapi tutup aurat
Bertudung besar

Boleh juga klik sini link ni : Semua tentang muslimah.


P/s : Saya sendiri berusaha untup memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..terima kasih kepada yang sudi menegur kekurangan diri. Walaupun tak mampu menjadi seorang yang sempurna, tapi mampu jadi yang terbaik daripada kalangan semua. Saya harap juga pengacara dalam video tu pun mula berfikir dengan bijak dan rasional. Eh, bukan selalu kalau bab-bab ni, yang ambil alih pengacara bertudung jugak ke? Mungkin ada hikmah di sebaliknya buat mereka. Kan? >___<

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Nilai hati wanita dan pakaian


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum


"Don't judge book by it's cover"
Sejauh mana kita boleh gunakan pepatah ni..nilai sendiri.



Antara isi yang terdapat dalam video ni :


Adakah pakaian itu dapat mencerminkan hati seseorang. Baik atau tidak baik?

Kebaikan dan keburukan sesuatu boleh dilihat dari pelbagai perspektif. Pertama, dari perspektif kita sebagai manusia. Kedua, Allah dan Rasul Nya. 

Ikut kepada perspektif Allah dan Rasul, rujuk pada Al-Quran. Terdapat banyak ayat yang berkaitan. 

Syaitan akan menggoda seseorang untuk membuka pakaiannya. Kalau terbuka pakaian kita (berpakaian seksi) , maksudnya ada masalah pemakaian tersebut dari perspektif Allah. 


Pakaian seksi tapi hati baik dan pakaian menutup aurat tapi sebaliknya. Apa pandangan ustaz?


Contoh : Luar negara..negara yang rakyatnya tidak beriman tetapi berjaya mengekang rasuah daripada berlaku berbanding negara Islam itu sendiri.

Kebaikan itu disukai oleh semua, walaupun dia mampu sempurna dari segi pemakaiannya atau tak mampu sempurna dari sudut pemakaiannya. Kedua-duanya mempunyai ruang untuk berlaku baik.

Pakaian ini menunjukkan dia sudah menepati salah satu daripada arahan-arahan Allah yang lain. Contoh : Tutup aurat tapi tak solat. Buat 1 pahala buat 1 dosa. Solat tapi tak tutup aurat. Buat 1 pahala buat 1 dosa.

Dari sudut Islam, luaran itu boleh menggambarkan dalaman. 


"Dalam hati anak Adam ada seketul daging, bila baik daging itu, maka baik lah seluruhnya. Jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruhnya. Daging itu ialah hati.."


Hadith ini menunjukkan ada kaitan dalaman dengan luaran. Pakaian boleh mencerminkan dalaman, tetapi bukan 100%.


Bagaimana nak tau diri benar-benar ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara?

Ikhlas perkara yang sangat rumit. Tapi mesti dimulakan, kena buat dulu walaupun rasa ia kerana seseorang, kena buat juga sebab syaitan punya kunci untuk menghalang kita ialah "kamu buat tak ikhlas, lebih baik kamu tak payah buat". Sebenarnya, itu lagi teruk.

Dari sudut nak jaga keikhlasan ikut pepatah melayu "Alah bisa, tegal biasa". Contoh : Dah biasa solat 5 waktu. Solat-solat sunat yang lain, tutup aurat. Kita akan rasa biasa sahaja.

Tak tutup aurat tapi hati baik, kita rasa "simpati" kepada mereka kerana selagi tak tutup aurat, selagi mana lelaki akan lihat aurat mereka dan terkagum dengan aurat wanita itu. Mereka akan turut mendapat dosa. Lagi-lagi apabila ada orang yang mengikuti mereka, orang yang mengikuti berdosa..orang yang menjadi ikutan pun turut berdosa.


Belum sampai seru?

Bila orang lain nasihat, ambil positif. Wujud istilah "kubur lain-lain".Hakikatnya bila kita meninggal, kita masih perlukan orang lain untuk uruskan jenzah kita. Nasihat orang lain kepada kita adalah tanda sayang nya kepada diri kita.  "Belum sampai seru" hanya satu bisikan syaitan kepada kita supaya tidak berubah.

Jaga diri sendiri..ditakuti akan lahir dalam diri "aku lebih baik dari kamu".  Ada kemungkinan yang besar mereka yang tidak menutup aurat melakukan sesuatu perkara lebih baik daripada mereka yang menutup aurat. Namun, jangan memperlekehkan mereka yang menutup aurat kerana ia adalah satu kunci untuk mendapat hidayah yang seterusnya.

Ini adalah tuntutuan amal soleh, lagi banyak perkara baik yang kita lakukan..lagi tinggi peluang untuk kita mati dalam keadaan husnul khatimah (kesudahan yang baik). Sentiasa muhasabah diri dan memohon kepada Allah supaya istiqamah (berterusan dalam hidayahNya).


Cara nak menegur kawan untuk menutup aurat.


Ajak seseorang dengan cara yang lembut. Berkawan dengannya. Bila dah rapat, mudah untuk terima nasihat.


Suami yang merelakan isteri tidak menutup aurat. 

Bila isteri tidak menutup aurat, suami wajib mendidik isteri dengan cara yang terbaik. Lelaki yang membiarkan isterinya tidak tutup aurat ialah lelaki yang dayus. Salah satu golongan yang disebut dalam hadith nabi, lelaki dayus tidak akan masuk syurga.


Wanita yang bertudung tetapi berselindung di sebalik tudung serta melakukan lebih lagi kejahatan..


Mereka juga manusia dan berpeluang untuk bertaubat. Sama seperti mereka yang tidak menutup aurat, ada peluang untuk bertaubat. Jangan menyalahkan mereka kerana sekurang-kurangnya mereka dah buat satu tuntutan yang kita tak mampu buat (bagi yang tidak menutup aurat). Mungkin pada masa itu, mereka tidak mampu menahan nafsu tetapi kita mampu mengawalnya.

Meremehkan kebaikan orang lain juga satu kejahatan.


Kesimpulan 

"Di momokkan dengan dunia fesyen yang menekankan tentang kecantikan fizikal secara tak langsung mengabaikan kecantikan dalaman "




P/s : Saya taip semula dan ada olahan mengikut kefahaman saya sendiri. Nak lagi best, tengok video. Bagi yang line lambat, boleh baca apa yang saya tulis ataupun download video tu. Selamat menonton dan mengambil pengajaran daripadanya. Masih "don't judge book by it's cover" ke? :)

 والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Pengakuan Seorang Wanita


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum

Terjumpa sekeping gambar ni di satu page fb..



Wanita ni memang suka dipuji..lagi-lagi dapat pujian dan perhatian dari kaum lelaki. Sebab tu bila keluar ke khalayak ramai, kaum wanita ni berkelakuan seolah-olah macam ada pertandingan "jual badan". Masing-masing nak tunjuk badan dan kulit siapa paling cantik..sedangkan mereka tak sedar, diri dijadikan "alat pemuas nafsu".
Wahai wanita, sedarlah..jaga diri  kita baik-baik.


P/s : Apa pandangan korang??


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tuhan untuk Semua


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Semalam sebelum balik, shopping buku kejap dekat Marwillis bookstore Shah Alam. Guna baucer buku yang saya dapat tu. Habis la jugak dalam RM150. Tinggal sekeping je tak guna. Beli kan buku untuk anak-anak buah + mama tersayang + diri sendiri. Bila dah nak bayar, tiba-tiba nampak satu buku ni..belek-belek kejap dan terus amek. Tengok tajuk je dah tau best. Ni buku nye..


Tajuk buku : Tuhan untuk Semua 

Sinopsis : Berkaitan dengan menjawab persoalan dan dakwaan Non Muslim kepada Islam dan menjawab soalan mengikut neraca Islam, sains dan logik akal. Turut membincangkan sifat-sifat Tuhan, kewujudan Tuhan, kesahihan Al-Quran, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, wanita dalam Islam dan Jesus menurut Islam. Sesuai dibaca oleh semua Muslim yang sentiasa berhadapan dengan persoalan yang biasanya ditimbulkan oleh  non Muslim dan Muslim yang mempunyai tahap penguasaan agama yang asas. Juga sesuai untuk non Muslim dan awal Islam yang menghadapi pelbagai persoalan yang tidak dapat dijawab oleh Muslim secara mudah dan konkrit. 

Harga : RM 11 je..

Penulis buku : Faisal Abdurrahman

Topik :  

1. Benarkah Al-Quran daripada Allah? 

2. Mengapa Islam tidak mengiktiraf Bible?

3. Islam dan Kristian itu sama?

4. Apa pandangan Islam tentang Jesus?

5. Adakah umat Islam menyembah Kaabah?

6. Wanita dalam Islam

dan banyak lagi..rugi sangat kalau tak beli.

Saya dah start baca..mengingatkan kembali point-point yang saya dapat waktu join Kursus Perkaderan dulu. Dah sampai bilik, baru saya perasan, saya kenal penulis buku ni. Dia fasilitator saya waktu saya join kursus tadi. Dia memang pakar bab-bab ni. 

P/s : Jesus ialah Nabi Isa a.s. Jesus juga seorang Muslim dan sebagai Muslim, kita juga perlu beriman kepada Jesus dan rasul-rasul yang lain. Cuma orang Kristian sahaja yang menganggap Jesus itu Tuhan, dalam Bible tiada satu pun kenyataan mengatakan bahawa Jesus mengaku sebagai Tuhan atau mengatakan Jesus itu Tuhan. "Jesus" ditukar nama oleh orang Barat. Macam juga Moses (Nabi Musa), Jacob (Nabi Ya'acob) dan lain-lain..



http://www.emocutez.com

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Ragam manusia


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum

Pepatah melayu : Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Masih relevan lagi ke pepatah ni? Kalau nak tengok zaman sekarang, rambut pun dah lain-lain warna..hati apatah lagi la. Memang tak dapat nak dijangka. "Dont judge book by it's cover" katanya..penampilan luaran tak mencerminkan dalaman. Mungkin perkara ni boleh bincang lain kali..

Bila dah bergaul dan berjumpa dengan ramai orang, baru tersedar perkara ni. Macam-macam karenah dan bermacam ragam manusia yang ada. Termasuk lah saya salah satunya. Bukankah ragam yang pelbagai itu menyebabkan hidup ni terasa berwarna-warni. Colourful gitu..kan.

Islam juga meraikan kepelbagaian manusia, dalam Al-Quran Surah Hujurat ayat 13. Memang Allah ciptakan kita ni berbeza-beza. Namun, tujuan dan matlamat hidup kita tetap sama. Jalan Allah dah beri, tinggal kita nak pilih je.


Kalau kat dunia luar, nampak macam-macam perangai manusia, kalau kat internet pun sama. Lagi-lagi kat facebook, cuba kita bagi 1 isu. Kita baca komen setiap seorang. Ada yang bersikap matang, ada bersikap panas baran, ada bersikap budak-budak, ada yang buat-buat pandai, ada yang tak tahu langsung. Macam-macam..semua ni di bentuk oleh pelbagai faktor.

Keluarga, pendidikan, persekitaran yang menyebabkan kepelbagaian ragam manusia. Yang mana baik, bagus la. Yang mana tak baik, berhenti la. Tak ada siapa yang suka, buang masa je berperangai macam tu kan. 


"Buang yang keruh..ambil yang jernih.."

P/s : Walaupun kita berbeza, namun kita tetap sama. Hamba kepada yang Maha Esa, matlamat kita juga sama..mendambakan syurgaNya. Jangan gaduh-gaduh ye :')

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tips Lembutkan Hati


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum



Sebelum asar tadi, tengok rancangan خواطر شاب di Tv Al Hijrah dan kali ni tentang cara nak melembutkan hati. Orang yang tidak pernah menangis ialah orang yang jauh dari Allah kerana hatinya keras. Mungkin tips ini tak sesuai dengan semua orang dan mungkin juga hanya beberapa cara sahaja yang sesuai. Antara tips untuk melembutkan hati ialah :


  • Dengar ayat suci Al-Quran
Cuba cari ayat Al-Quran yang dibaca oleh Qari yang kita minati atau yang bersuara merdu dan kita dengarnya pada waktu malam secara berseorangan. Hayati bacaannya. InsyaAllah hati kita akan lembut. Orang yang beriman, bila disebut nama Allah..maka akan bergetarlah hatinya. Semoga kita termasuk dalam golongan tersebut.

  • Baca riwayat hidup Rasulullah s.a.w
Di samping dapat menambahkan kecintaan kita kepada baginda, kita juga dapat merasakan keperitan, kesusahan dan ketabahan baginda dalam menyebarkan Islam. Bagaimana baginda diseksa, dihina. Sebagai seorang manusia, pasti kita akan berasa sedih kan? 

  • Ingat mati
Selalu ingat akan mati, ingat kepada mati juga akan menghilangkan rasa nikmat kepada dunia. Orang yang paling bijak ialah orang yang selalu ingat kepada kematian sebabnya mereka sentiasa bersedia dan timbul rasa insaf dalam diri. Salah satu cara ialah menziarahi kubur. Kita semua suatu hari nanti pasti akan ke sana.

  • Menziarahi orang sakit
Melawat orang sakit juga salah satu cara untuk melembutkan hati supaya kita sentiasa tidak lupa nikmat sihat yang kita dapat. Kita masih mampu melakukan perkara yang kita nak dan tak terbatas seperti mereka yang sakit. 

  • Cerita tauladan
Mungkin juga ada sesetengah orang yang mudah insaf bila menonton kisah atau pun cerita yang terkandung tauladan serta pengajaran dalam cerita tu. Boleh tonton filem macam ni. Contohnya macam cerita "The Message" iaitu filem berkaitan sirah dakwah Rasulullah sewaktu permulaan Islam. Kita dapat lihat bagaimana umat Islam diseksa dan sebagainya.

  • Lihat kesengsaraan orang lain
Tengok je dalam berita, saudara kita di Palestine..di Syria dan di tempat lain. Sengsara dan terseksa. Selain daripada dapat tahu isu semasa, kalau kita lihat semua ni..akan melahirkan rasa syukur dalam diri kerana kita tidak begitu dan akan rasa sedih bila melihat mereka sengsara. Manusia yang normal pasti akan berasa begitu..



"Air mata yang jatuh kerana takutkan Allah adalah lebih baik daripada sedekah 1000 dinar"




P/s : Jom cuba 

 والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Bertudung besar


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Perubahan diri..itu yang perlu. Satu penghijrahan dalam diri.
Saya dapat rasa diri saya berubah..
Nak berubah bukan suatu perkara mudah, tapi perlukan 1001 kekuatan. Betul kan? Orang yang berubah ialah orang yang hebat. Mereka dah tau pasti akan ada 1001 halangan dan dugaan yang menanti mereka di hadapan. Namun, apa yang menguatkan kita? Hanya lah berfikir bahawa Allah sentiasa ada bersama (^^,)


Kenangan lalu

Dulu, penampilan saya memang berbeza daripada sekarang. Saya bukan lah seorang yang pakai tudung besar, masih pakai tudung yang jarang, pendek. Bila keluar, tak pakai sarung kaki. Kesimpulannya : Hanya pakai tudung, tapi tak tutup aurat dengan sempurna. Mungkin waktu tu saya tak sedar, walaupun belajar di sekolah agama, mungkin kesedaran tu masih tak wujud dalam diri. (Semua tu kenangan lalu, saje nak share =.= ) 

Ada seorang kawan yang muncul dalam hidup saya, dia yang telah mengubah penampilan dan diri saya. Pada mulanya, saya susah nak terima. Lama-kelamaan..saya sedar dan makin sedar. Akhirnya saya berubah. Berubah bukan kerana dia tetapi saya ikhlaskan diri dan saya percaya bahawa semua ini adalah atas perintah Allah. 

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Semoga Allah memberkati hidupmu sentiasa :')



Hari ini

Ni bukan saya..ambil dari google je :)

Bukan nak mengaku diri lebih baik daripada orang lain dengan berpenampilan sedemikian rupa. Tapi, saya bersyukur kerana saya mampu berubah. Biarlah perubahan itu hanya sedikit, yang penting kita berubah dan biarlah kita mampu mempertahankan apa yang kita perjuangkan itu. Bukankah lebih baik kita berubah walaupun sedikit berbanding daripada tetap berada di takuk yang lama sahaja? Pastikan dalam hidup kita, setiap hari kita berubah menjadi yang lebih baik, jangan pernah berhenti kerana kita sentiasa perlu berubah!! Kuantiti bukan menjadi ukuran, apa yang penting ialah kualiti. Biar sikit, asalkan istiqamah. 

Kenapa mesti bertudung besar?!

Tudung kecil atau besar, bukan lah satu nilaian utama kepada diri seseorang. Tapi, kadang kala ia juga menjadi satu penilaian orang lain kepada diri kita (jangan pening baca ayat ni.hehe). Bukan tudung yang dinilai, tapi sejauh mana aurat itu ditutup. Mungkin ada sesetengah wanita, hanya dengan memakai tudung besar, auratnya akan tertutup dengan sempurna dan mungkin ada sesetengah yang hanya pakai tudung biasa je, aurat dah sempurna ditutup.

Analogi 

Saya pernah terbaca..pakai tudung besar dianalogikan dengan memakai seat-belt (tali pinggang keledar).


Kenapa kita kena pakai seat belt?
Peraturan jalan raya, kalau tak..kena denda.

Tak rimas ke?
Untuk keselamatan, kena la pakai.

Boleh kan kalau tak pakai? Sebab tak berdosa pun..
Boleh je..tapi untuk keselamatan, pakai la. Kalau tak pakai, tak dapat dosa.

Tak payah pakai, kita bawak kereta berhati-hati. Konfirm tak kan eksiden..
Boleh jamin ke, kita dah berhati-hati..tapi takut orang lain pula yang langgar kita. Kita sendiri tak dapat nak jangka, lain orang..lain ragamnya. 

Kalau pakai pun, eksiden mungkin boleh terjadi jugak kan? 
Memang la..tapi, sekurang-kurangnya tidak lah secedera kalau tak pakai.


Ayat rekaan sendiri, tapi isi nak disampaikan tu mungkin sama :) Mungkin ada yang dah dapat tangkap, mungkin ada yang belum. Ok, saya cuba jelaskan..



Kenapa kena pakai tudung besar? 
Salah satu saranan Allah dalam surah al-Ahzab (33:59)

Maksudnya : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

melabuhkan pakaian termasuklah tudung juga kan..pakai yang labuh-labuh lagi baik.


Tak rimas ke?
Memang la kadang-kadang agak rimas, tapi untuk keselamatan. Lebih baik kita pakai. Lagipun, niatkan kerana Allah, insyaAllah dipermudahkan..biar panas di dunia, jangan panas di akhirat. Tak sanggup.

Boleh kan kalau tak pakai? Sebab tak berdosa pun..
Yang penting ialah menutup aurat, namun digalakkan untuk melabuhkan pakaian.

Tak payah la pakai, tudung kecik pun tutup aurat. Orang lelaki pun tak kan ganggu..
Kita sendiri pun tak dapat nak jamin, tak dapat jangka. Tudung besar tu lebih kepada menjaga keselamatan diri sebab lebih banyak anggota atau bentuk tubuh badan yang ditutup. 

Kalau pakai tudung besar, konfirm ke tak kena ganggu dengan lelaki?
Pastikan tudung dan pakaian yang kita pakai, meskipun besar..tidak menjadi tarikan kepada kaum lelaki. Kita cuba sehabis baik untuk menjaga diri sebab kita tak tau apa yang bermain dalam fikiran lelaki yang ber"hidung belang" kat luar sana. Mungkin jika diganggu pun, tidak seteruk mereka yang tidak menutup anggota badannya dengan lebih sempurna. 



Mungkin dulu tudung singkat, sekarang dah jadi labuh. Mungkin dulu kainnya jarang, sekarang dah jadi tebal. Bukan masalah tudung, tapi aurat. Mungkin juga dulu baju ketat, sekarang dah jadi longgar. Mungkin dulu baju kecik, sekarang dah jadi besar. Bukankah itu satu perubahan? Yang penting, kita sanggup berubah dan tetap lah beristiqamah pada jalanNya. Alhamdulillah, ramai artis yang mula bertudung, kita doakan semoga mereka berterusan dalam kebaikan. 

Nak berubah atau tidak? Tanya diri sendiri. Kata kunci nya, berubah!!

P/s : Tidak berniat untuk memperlekehkan sesiapa, tidak berniat nak cakap mana yang lebih baik. Cuma nak ajak kawan-kawan sama-sama berfikir untuk kebaikan masing-masing..itu je c: Saya sendiri nak pastikan diri saya sentiasa berubah menjadi yang lebih baik, bukan mudah nak "berperang" dengan diri sendiri kan~


 والسلام






Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Erti Hidup


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Hidup adalah satu perjalanan..perjalanan yang singkat. Kalau kita sedar, memang singkat sangat. Untuk apa kita hidup? Yang pasti kita dicipta sememangnya untuk beribadah kepada Nya dan juga menjadi khalifah (pengganti) Nya di muka bumi. Agak-agak kita menjalankan tugas dengan baik tak selama ni? Tepuk dada, tanya iman masing-masing..



Dalam hidup ni..ada berbagai-bagai manusia, ada kaya, ada miskin, ada putih, ada gelap dan sebagainya. Kenapa mesti macam tu..siapa pulak yang paling tinggi martabatnya?

Allah s.w.t dah jawab dalam Al-Quran tentang perkara ni dalam Surah al-Hujurat (49 :13)


Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).


Ini lah namanya keadilan dalam Islam..bukan berkulit putih itu lagi mulia, bukan bangsa Melayu lagi tinggi martabatnya..tapi, orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Taqwa juga boleh diberi maksud sebagai takutkan Allah, takut untuk melanggar perintah Allah dan takut melakukan apa yang dilarang oleh Nya.

Allah ciptakan kita ada yang kaya, ada yang miskin..ada hikmah di sebaliknya. Dia lebih tahu kita sesuai di "bahagian" yang mana..setiap orang ada fungsinya. Tak kira dia miskin atau kaya. Contohnya la kan, mustahil setiap orang bekerja jadi doktor..mesti akan ada yang jadi guru, ada yang jadi nelayan, jadi tukang sapu sampah dan lain-lain. Setiap orang ada sumbangannya kepada orang lain..kan. 

Setiap orang akan ada jalan hidup masing-masing..Allah dah beri kita akal untuk kita bebas memilih, Allah dah tunjukkan jalan untuk kita ikut. Terpulang kepada diri masing-masing untuk buat keputusan. Kalau nak masuk syurga, ikut jalan ke syurga..jangan ikut jalan lain pulak..mesti la tak sampai kan. Maksudnya..walau siapa pun kita..kita tetap dipandang Allah jika kita ikut aturanNya. 


Kadang-kadang ada terdengar orang kata, orang miskin tu pemalas..sebab tu tak berjaya. Bagi saya, mereka bukan pemalas..kadang-kala mereka lebih bijak dan lebih rajin. Cuma yang mereka tak ada ialah peluang

Contohnya : 

Kita tengok anak-anak orang yang hidup sederhana ni ramai yang bijak, tapi disebabkan kesempitan hidup..mereka tak ada duit nak sambung belajar. Akhirnya, mereka tetap dengan cara hidup yang lama..tapi, tak semestinya hidup mereka tak bahagia. Mungkin hidup mereka lebih dberkati sebab makan rezeki halal dan solat tak tinggal. Kalau orang kaya pulak..mungkin anaknya biasa je atau kurang pandai, tapi disebabkan ada duit. Dia boleh belajar sampai ke peringkat tinggi..

Ni sebagai contoh je..supaya kita tak pandang rendah kepada orang lain..tak mungkin semua orang akan dapat peluang yang sama dalam hidup. Masing-masing telah ditentukan. Apa yang penting, kita berusaha..teruskan berdoa dan iringi dengan tawakkal kepadaNya. Mohon yang terbaik daripadaNya. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Biar hidup sederhana, yang paling penting diberkati..hidup untuk memberi, hidup untuk berkongsi, hidup ini hanya pinjaman sebelum kita meneruskan perjalanan ke alam yang seterusnya ~

P/s : Kita di mana??

Alam Roh ---> Alam Rahim ---> Alam Dunia (persinggahan sementara) ---> Alam Barzakh (Kubur) ---> Alam Akhirat (kekal abadi)

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Maksiat yang di "halal" kan?!


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Tanpa kita sedar atau tidak sedar, sebenarnya perkara ni berlaku. Dah lama sejak dulu, mungkin ada yang menegah tapi tidak diendah..sedar tak, ada maksiat yang seolah-olah halal?!

Eh, jangan nak merepek la Atika oi. Mane ade, maksiat halal? Tak mungkin la. Kan ada badan-badan agama, sentiasa mencegah perkara ni dan tak ada istilah maksiat halal pun. Nonsense. (monolog dalaman kononnye..hehe) Ada la, sape kata tak ada. Dalam filem tu =.=

Dalam filem Melayu tu bukan maksiat ke? Kadang-kadang tengok seolah-olah macam di " halal " kan je. Bukan apa, kadang-kadang kita sebagai penonton ni syok sangat tengok pelakon tu pandai berlakon sampai minat dekat pelakon dan cerita tu. Sedih la, seronok la, romantik la, apa-apa jela. Tapi kan itu hanya berlakon, berpeluk-peluk, pegang tangan, kiss-kiss ke. Mereka tetap bukan suami isteri..tu la hakikatnya.

Berpelukan

Pegang tangan

Pakai tudung "sementara"

Baju tak cukup kain #__#

Kepada peminat tegar filem Melayu, mesti tau gambar daripada cerita apa kan kat atas tu. Sebagai contoh je, kalau nak ikutkan terlalu banyak. Ada yang sanggup "menjual diri" je kadang-kadang diorang ni. Berkemban la, apa la. Tak ada pengecualian dalam Islam boleh buat semua benda ni semata-mata untuk berlakon..tak ada. Setiap perkara yang kita lakukan akan di hisab, tiada pengecualian walaupun berlakon. 

Kadang-kadang macam nak mempermainkan agama pun ada, kejap pakai tudung..kejap bukak. Kejap tutup aurat, kejap bukak aurat. Bila di tanya, katanya " Dah pengarah minta macam tu! " Habis tu, arahan Tuhan tak pula di endahkan..?? Kononnya nak cuba semua watak, jadi ustazah boleh..jadi perempuan jalanan boleh..hidup ni kalau terlalu mengejar dunia, apa pun tak dapat. Mungkin jadi macam ni disebabkan mereka tak tau hukum. 

Doakan semoga mereka mendapat petunjuk daripadaNya


P/s : Kalau tanya saya. saya tak minat tengok movie..kalau tengok pun, tak fanatik. Mereka semua manusia biasa, lagipun banyak maksiat dalam filem tu..seolah-olah macam "menyokong" pula. Lebih baik saya tengok cd sejarah imam Buhari, cd Ahmad Deedat. (Bukan nak berlagak konon baik). Ntah la ye, korang fikir la sendiri ~

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Jangan pakai tudung tapi tutup aurat


بسم الله الرحمن الرحيم


Gambar hiasan je >.<
Jangan pakai tudung tapi tutup aurat..dah ramai orang sedar tentang perkara ni. Waktu countdown tahun baru tu pun dengar Ustaz Azhar Idrus cakap tentang perkara ni. Sebelum ni saya dah pernah dengar dah penceramah lain sebut dulu. Saya dah tulis entri tentang perkara ni..


Keyword ni minggu lepas punye, tapi still lagi jumpa blog saya bila search keyword ni. 



Ni entri nya >TEKAN< Saya ingat lagi waktu dah publish entri tu, ada yang seolah-olah macam "marah" sebab tajuk mengelirukan. Bagi saya, biasa je..sebab tu kena baca dulu. Ni baru tengok tajuk, dah buat kesimpulan. Kawan-kawan yang lain jangan macam tu ye =.=

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Macam mana nak buat love kat fb


بسم الله الرحمن الرحيم



Dari sekecil-kecil perkara sampai sebesar-besar perkara orang carik kat google tu kan, macam-macam la. Kadang-kadang tu keyword merepek-repek pun ade. Try search balik sebab nak tengok landing kat entri yang mana.hehe. Kali ni saya dapat keyword macam kat atas tu, perkara mudah je tu.hehe.





Bila cari kat google, rupanya keluar entri yang tu. Boleh klik sini >TEKAN<

Bagi saya, senang je nak wat love kat fb. Kalau nampak status orang lain ada love, copy paste je la. 
Tak pun, copy dan save kat word. Bila nak guna, copy balik.hehe.
Ni saya bagi, copy je ~


(●*_*●) 


(*^ -^*) 



(-'_'-) 



(¬_¬) 



(◡‿◡✿) 



(◕‿◕✿) 



(✖╭╮✖) 



(◡≦)


(✿◠‿◠) 



(◑‿◐) 



(◕‿-) 



✖‿✖ 



_



(_) 



(_) 



(3) 



(╯▽╰) 



l ̲̅ə̲̅٨̲̅٥̲̅٦̲̅]



__̴ı̴̴̡̡̡ ̡͌l̡̡̡ ̡͌l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡̡̡̡.__



ılıll|̲̅̅●̲̅̅|̲̅̅=̲̅̅|̲̅̅●̲̅̅|llılı



˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙




Ada banyak lagi, cari la sendiri ye.hehe


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula