Macam mana saya boleh ambil F6 STPM??


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Sekadar sebuah cerita untuk dikongsi bersama. Sekarang bila dah masuk u, terkenang balik zaman sekolah menengah.Ada yang indah, ada yang pahit. Tapi bila waktu sekarang, rasanya semua jadi indah-indah belaka. hehe.

Ok, kita mulakan cerita. Selepas SPM, dengan masa yang agak panjang dan terluang, saya ambil keputusan untuk bekerja sementara di sebuah pasaraya yang berdekatan dengan rumah iaitu Pasaraya Kampung Jawa. Pemiliknya orang Melayu, menyebabkan saya nak bekerja kat situ. Dapat jugalah mengumpul duit dan menimba pengalaman bekerja. Dengan mudahnya saya diterima kerja sebagai seorang cashier. Mudah untuk solat, itu yang saya suka bila bekerja dengan orang Islam.

Pada bulan 3, result SPM keluar. Dengan keputusan yang agak baik. Dapat 6 daripada 12.huhu. Alhamdulillah. Awal-awal lagi saya dah memang reject matrik, atas sebab yang tertentu. Jadi, saya isi borang UPU. Pilihan pertama saya pilih UIA. Memang dari sekolah lagi saya bercita-cita nak masuk UIA. Antara sebab nya ialah :
  • Saya minat dengan kumpulan InTeam (bekas pelajar UIA) hehe
  • Bangunan dan kawasan persekitaran yang cantik (ada seni Arab)
  • Nak kuasai B.Arab dan B.Inggeris dengan lebih baik 
Saya pilih kos Ilmu Wahyu sebagai pilihan pertama. Ramai yang tanya kenapa saya tak ambil kos Sains Tulen disebabkan keputusan saya agak baik dalam subjek Bio, Fiz, Kimia. Saya sendiri pun susah nak terangkan kepada orang lain. Kalau boleh, subjek agama saya tak nak tinggalkan. Sains pun saya tak nak tinggalkan. Tapi nak buat mcam mana, saya hanya boleh pilih salah satu je. Saya pilih aliran agama sebab saya sayang nak tinggalkan B.Arab (tak la power mana pon BA saya) hehe

Saya terus kerja sebagai cashier di pasaraya sampai keputusan U keluar. Saya ditawarkan untuk masuk UIA kos Ilmu Wahyu. Asasi UIA 2 tahun. Tapi, hati saya berbolak balik. Akhirnya sampai tamat tarikh tawaran, saya tak hantar pun surat jawapan. Saya redha. Nak cakap menyesal, tak menyesal. Nak cakap tak menyesal pun tak jugak. Saya redha je.

Satu hari, waktu kerja di pasaraya, cikgu Hazie telefon saya. Dia ajak saya ambil F6 STPM di sekolah lama. Waktu tu cikgu jadi penyelaras F6 STPM. Cikgu telefon semua ex-student SAMTH (nama dulu) ajak mana-mana yang tak masuk matrik or u, ajak ambil STPM. Balik je rumah, saya bagi tau kat family. Kata putus, akhirnya saya berhenti kerja dan ambil F6 dan jadi student balik. Sambung lagi sekolah dalam setahun lebih.hehe

Semua urusan kemasukan saya, cikgu yang uruskan. Saya masuk goyang kaki je. Senang kan. Saya pelajar STPM yang paling lambat masuk, saya masuk pada awal bulan 7. Dalam kelas STPM, hanya ada beberapa orang je. Pelajar keluar masuk dan akhirnya kami hanya berlima. Lima-lima memang asal student SAMTH (sekarang SAMTSH ). Kawan-kawan percaya tak 1 kelas hanya 5 orang je? Kalau tak percaya pun, mesti kena percaya jugak.hehe

Bangunan, Bangunan Sekolah, Sekolah, Sekolah Agama, Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, SAMTH, SAMTiSH

P/s : Nak tau lagi? Tunggu sambungannya...


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula