Bilik buku


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum 


Dah lama mengidamkan ada sebuah bilik bacaan..akhirnya, dah ada rumah sendiri, simpan satu bilik untuk buat bilik buku dan letak barang-barang yang berkaitan dengannya. 

Cuma tak dihias betul-betul je lagi... :)


Kad hari guru yang saya dapat waktu praktikal hari tu :)

Bunga konvo :)


Handbouquet wedding dari encik suami ^_^



Yang belum ada lagi..meja komputer dan kipas. Kalau ada, dah boleh la buat keje kat dalam bilik ni.
Nanti kemas lagi cantik-cantik, letak pewangi aromatherapy...baru la rasa macam kat library. hihi.



P/s : Harapnya semoga anak kami nanti minat juga membaca ^_^



 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Kisah Duit Syiling



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum


Nak bercerita satu kisah...al kisah, semenjak dah berkahwin ni. Orang kata, bila dah duduk sama..kita saling sesuai menyesuaikan diri dengan pasangan masing-masing kan. 

Walaupun dah kenal bertahun-tahun, tapi bila dah kawin...baru lah tahu sifat masing-masing yang sebenarnya kan. Betul tak ? :) 

Nak dibuatkan cerita...rupanya lelaki ni memang tak suka menyimpan duit syiling kan. Habis berterabur atau dibiarkan kemana-mana je duit syiling tu. Kalau perempuan, kita simpan je sebab walaupun duit syiling...masih lagi berharga kan...

Sejak dari tu, kat rumah atau kat mana-mana bila keluar dengan encik suami tercinta..saya lah yang tukang kutip dan kumpul duit syiling. Jumpa je kat kereta ke, dalam kocek ke, atas lantai rumah ke...kutip.


Malas nak beli tabung...simpan je dalam bekas ni 





Ceritanya...

Sejak mengumpul ni, dah guna 2 kali dah duit-duit syiling yang nampak macam tak "berguna" ni.hehe. Bila sesak..baru nampak duit ni, kira punya kira...eh, ade seratus la. Boleh guna...

Encik suami pun dah tau dah...kalau duit syiling, dia akan suruh saya sendiri kutip letak kat dalam kotak ni (duit syiling dia je la).


Pengajarannya : Menabung lah demi masa depan, lagi-lagi orang yang baru berkahwin macam kami ni. hehe.Sebenarnya timbul idea ni bila tengok cerita kartun "UP". Tak tau yang mana? 

Yang ni la...




^_^

 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Anugerah



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum semua

Alhamdulillah..Allah masih lagi memberi kesempatan kepada diri ini untuk taip segala macam kat dalam belog ni.hehe. Sebenarnya berita ni dah lama, berbulan-bulan dah. Tapi, sekarang rasanya baru datang mood nak taip kat belog. Keadaan badan pun dah mengizinkan di tambah mood nak menaip..jadi, kita update la belog kali ni ye :)



Berita gembira buat saya dan suami 

^____________________^




Waktu ni test masa seminggu raya..pagi tu terus ke klinik, macam tak percaya. Tapi percaya la kan, bila-bila Allah boleh beri kita rezeki. :)
Actually, test dalam dua kali la jugak.hehe.





Buku ni memang dah awal-awal beli, guna baucer buku..free je kan.hehe. Rupanya boleh terus guna tahun ni. Rezeki Allah tak siapa pun tahu. 



Mohon doa dari semua semoga kami sekeluarga selamat hendaknya. Amin. 






 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Hidup baru


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum


Esok..1 Ramadhan ! Ramadhan datang lagi. Semoga kita sampai kepada bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah..hari demi hari, hidup semakin baik dan berubah sedikit demi sedikit. 




Dulu..seorang anak, kini bertambah menjadi seorang isteri.
Dulu..duduk dengan mak ayah, kini dengan suami.

Akan datang? Mungkin jadi seorang ibu pula. Hidup ibarat roda. Sentiasa berputar. Masa pula bukan berjalan laju meninggalkan kita. Tapi, masa "berlari" meninggalkan kita.

Dah hampir 9 hari habis praktikal di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. Lepas nikah dua minggu dengan encik suami..terpaksa duduk berjauhan disebabkan jarak yang jauh. Kini, usia perkahwinan mencecah 5 bulan, barulah kami dapat duduk sama di mahligai impian kami.

Terima kasih encik suami..

Masih belum siap sepenuhnya..barang-barang pun beli sikit-sikit ^_^ tapi, bersyukur sebab dah ada rumah sendiri

Ramadhan pertama sebagai seorang isteri
Ramadhan pertama di rumah sendiri
Ramadhan pertama bersama dengan suami


Paling seronok, memasak sama-sama dengan encik suami. Nikmatnya hidup berumahtangga. Setiap apa yang kita lakukan, ada teman. Teman suka dan duka.



Setakat ni, masih belum ada rezeki lagi bergelar ibu. InsyaAllah, akan datang. Bila tiba masa dan ketikanya. 

Salam Ramadhan kareem buat semua !





 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Bertemu dengan Si dia


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamu'alaikum

Saya bukanlah sesiapa, tak glamour, rupa juga tiada, tiada nama. Jadi, apa tujuannya saya mencoretkan kisah peribadi di blog ni. Ada ke sesiapa nak baca? 

Menulis kisah yang terindah dalam hidup, boleh dijadikan satu kenangan dan warisan buat anak cucu nanti (tu pun kalau blog ni masih ada la..hehe). Bertemu dengan suami tercinta memang moment yang tak disangka-sangka pun. 





Tahun 2007, Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin (nama dulu). Tingkatan 6 bawah STPM.

Waktu tu saya student paling lewat daftar lower six STPM, ingat lagi bulan 7. Kitorang semua yang amik STPM waktu tu hanya 5 orang je. 4 perempuan sorang lelaki. Jadi, kemana-mana bersama-sama kecuali si lelaki tu la. hehe. 

Belajar macam biasa, tak ada apa-apa pun yang luar biasa. Form six waktu tu dekat bangunan asrama lelaki sama dengan kelas STAM 1 dan 2. Pergi dan balik sekolah macam biasa, cuma yang bestnya waktu belajar. Senang nak faham, belajar pun macam buat perbincangan je sebab student tak ramai. Paling best waktu form 6 !


1.11.2007 (Jamuan Akhir Tahun)

Kawan yang lelaki ni bagitau ada budak STAM nak no, tapi saya tak bagi sebab langsung tak kenal bila sebut nama dia. Tak kenal dia sebab dulu dia sekolah agama Jeram, then ambik STAM kat sekolah saya. Tapi, lepas habis jamuan. Si dia dan kawan-kawan dia datang ke kelas saya. Datang nak makan dan nak mintak no rupanya (kawan dia tolong mintakkan). 

Waktu tu memang saya tak layan sebab tak kenal, tapi kawan saya pula yang bagi. Then, biarkan je. Mula daripada tu, kami kenal. 



Gambar curik..tak ingat kat mana.hehe. Waktu ni la jamuan tu, muka form 6. Lain dari sekarang :p

"Cik abang ni, memang seorang lelaki yang lain dari yang lain. 
Daripada semua kawan lelaki yang saya kenal, saya rasa agak selesa dan mudah je bila berkawan dengan dia. Tak pasti kenapa..hihi."


Alhamdulillah..mungkin dia ditakdirkan untuk saya. 


8.12.2012 (Bertunang)

Dari awal lagi, kami tak ada perancangan langsung nak bertunang. Dia bagi tau kat saya, terus nikah je. 7.12. besday saya. Minggu tu memang plan nak balik rumah. Rupanya mak dia bagi cadangan supaya bertunang je terus sebab ada beli dua cincin. Alang-alang dah nak datang rumah jumpa family, terus je sarung cincin pertunangan. 

Memang tak ada persediaan langsung, malam tu tau. Esok malam keluarga belah sana datang dalam 4 kereta kalau tak silap saya. Si dia memang suka buat suprise kat saya ^_^


2.2.2013 (Nikah dan kenduri)

Merancang nak buat pertengahan bulan dua, rupanya tarikh tu saya dah nak start praktikal. Bincang balik semula, buat 2.2. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. 




"Terima kasih sebab sudi berkongsi suka dan duka dengan saya selama ni, 
terima kasih sebab sudi menerima saya sebagai isteri abg, terima kasih juga sebab terima diri saya yang serba kekurangan ini seadanya. Terima kasih sangat-sangat. Semoga cinta kita kekal hingga ke syurga.."


"Saya ingat lagi, lepas suami lafazkan akad nikah..encik suami menangis :')" 

Keluarga besar encik suami  ^_^


Alhamdulillah.."mahligai impian" kami hampir siap. InsyaAllah lepas praktikal nanti boleh la kami duduk sama. Jadi orang Jeram la saya lepas ni. hehe.




 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Mencari sponsor


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum

Cadangnya nak buat giveaway di blog..rasanya tak jadi dan dah ubah fikiran. Kini, nak buat giveaway di page Salam Ukhuwah pula. 


Sekarang ni, cuma nak cari sponsor je. Kalau ada,boleh pm (private message) saya ye di page. Kalau nak tau link page, boleh lihat di side blog ye ^_^



Keistimewaan sponsor :

1. Peserta akan follow / like blog atau page anda
2. Iklankan  blog dan page anda





Jom ramai-ramai meriahkan giveaway yang bakal berlangsung ! :)


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Giveaway ?


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Cadangnya nak buat giveaway. Ramai tak nak join? Dah selalu buat giveaway di page. Sekarang nak buat giveaway di blog pula.

Hadiah? Tudung brand akel bidang 50 atau 60. InsyaAllah :)






Bagi komen sikit ye :) tQ !





 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Kenduri @ Walimatul 'Urus


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum


Selesai sudah kenduri di kedua-dua belah pihak, belah puan isteri dan encik suami. 2.2.2013 dan 27-28.4.2013. Lega rasanya. Dalam masing-masing sibuk belajar campur praktikal campur kerja..alhamdulillah semuanya berjalan lancar.




Berkat bantuan keluarga juga sebenarnya. Imbas kembali kenangan lama.hehe.

Semoga menjadi kenangan yang akan dikenang sampai bila-bila :)


Kad kahwin kami :)

Kami nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang sudi datang ke majlis kami, yang datang ke shah alam je ke atau pun yang datang ke jeram je ke atau yang datang kedua-dua tempat sekali. Yang bagi hadiah pun turut kami ucapkan terima kasih. Dah ada 3 periuk nasik..tapi tak guna lagi, tunggu rasmikan kat umah baru nanti bila dah duduk sama dengan encik suami.hehe




Pengantin lama Ahmad Adnin Aula dan  Nurul Atika






Tak sabar nak berphotoshoot dengan encik suami ^__^
Semoga cinta kami kekal hingga hujung nyawa dan ke syurga. Amin.



 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Puan Isteri


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Lama tak update blog ni (ayat yang sama je kan?) :) Kekangan masa dan banyak lagi perkara yang "aula" perlu dibuat.

Alhamdulillah..cadangnya nak update lepas kenduri hari tu. Tapi tak sempat, dah sebulan lebih jadi isteri orang, baru berkesempatan buat entri baru. Akhir-akhir ni agak sibuk sebab sekarang semester akhir praktikal di SMKA SHAMS, Negeri Sembilan. Encik Suami kat Selangor, Puan Isteri kat negeri orang.

InsyaAllah semoga Allah permudahkan segala-galanya. Diam tak diam, dah sebulan nikah. Dulu rasanya baru je berkenalan dengan encik suami. Lebih kurang 6 tahun yang lalu. Pejam celik pejam celik..dah nikah pun. Macam-macam rintangan, dugaan, perkara senang, perkara sedih yang dilalui sama-sama.


Terima kasih sebab sudi jadi pasangan hidup saya dan ayah kepada anak-anak saya (insyaAllah) ;)

Panjang juga jodoh kami, harapannya semoga cinta yang terbina ni kekal hingga ke syurga ^_^

Ok la, tak nak taip banyak-banyak. Kalau nak tengok gambar wedding kat Masjid Negeri, Shah Alam..boleh tengok kat page Aulaika. Tak semua gambar ada kat situ, sikit-sikit je.

Bye !

 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Sehari lagi


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum

Tak tau nak gambar kan macam mana perasaan sekarang ni..macam tak percaya pun ada. Tapi kena percaya. Ok, tinggal sehari je lagi nak kenduri. Semoga semuanya berjalan lancar. 

Ada beberapa perkara je nak settlekan...yang kecik-kecik je ^_^





Untuk si dia ...masih ada bakul kosong lagi. hihi


Bunga telur pun tak siap lagi...


Tak boleh upload banyak-banyak...tunggu walimah dulu ^_^

Doakan kami ye !




 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Dia Muhammad s.a.w


بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum..











Tak kenal, maka tak cinta. Kalau benar kita cinta dia...oleh itu, kita kena tahu latar belakang nya. Sejarahnya...keturunannya. Sejauhmana kita cinta dia..ialah sejauh mana kita kenal dia :)


Allahumma solli 'ala Muhammad 




 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Aulaika


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum


Baru..semuanya akan jadi baru insyaAllah. Jemput like page baru kami. Aulaika.
Bermula bulan dua, lepas wedding day..kami akan mula beroperasi tapi tak pasti lagi berapa haribulan. Jemput like dulu untuk tau update kami. hehe.

atika aula

Antara pembaharuan yang kami akan buat (plan dulu) :

1. Daftar syarikat
2. Buat kad nama
3. Akaun bank atas nama yang berdaftar
4. Restock tudung
5. Lain-lain..


Tunggu update ye. Terima kasih !!


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Moga baik-baik semuanya


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamu'alaikum..

Dalam musim exam yang tak habis lagi..ada banyak lagi urusan lain yang perlu saya selesaikan. InsyaAllah, akan wujud lagi satu tarikh bermakna dalam kamus hidup saya. Wedding day :)





Orang kata..kena plan awal-awal, setahun awal, setengah tahun awal. Kami hanya sebulan. Sebulan? Mungkin. hehe. Alhamdulillah ada beberapa perkara lagi yang masih perlu diuruskan. Zaman sekarang ni kalau nak nikah tak semudah zaman dulu (mak kata). Memang betul pun..banyak urusan yang perlu dibuat, isi borang, cek darah, itu la ini la.


Sabar dalam kesibukan..


Melangkah ke alam baru..insyaAllah saya dah bersedia. Memandangkan umur dah lanjut.hihi. Bukan masalah umur tapi bergantung kepada diri masing-masing dah bersedia atau belum. Hidup ni hanya sekali dan kita mati pun bila-bila masa je..jadi, kalau dah bersedia tak perlu la tangguh-tangguh lagi kan.


Tinggal satu paper lagi..


Menyusun waktu dan jadual. Bahagikan masa untuk study, untuk uruskan kenduri. Maaf kawan sebab saya tak dapat join program yang dianjurkan. Semoga kalian semua tetap enjoy. 


Harapan semoga menjadi impian..


Teringin sangat nak bisnes online sepenuh masa, saya masih lagi menunggu hingga habis praktikal semester depan. Kemudian, nak kembangkan bisnes yang sekarang ni macam di anak tirikan je.hehe. Nak jadi surirumah dan juga bisnes woman sepenuh masa dan ada butik sendiri satu masa nanti. 


Saya nak jadi isteri solehah, anak yang solehah, ibu mithali, hamba Allah yang solehah..
terlalu banyak impian. Semoga menjadi kenyataan.

Moga Allah sentiasa membuka jalan kejayaan buat kita yang sentiasa berusaha. :)



Wedding Atika & Adnin :

2.2.2013
Sabtu 
Masjid Negeri, Shah Alam 





 والسلام

Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula