بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Kisah ni dah lama..tapi tetap nak cerita juga. Kongsi tetap kongsi.hehe. Kisahnya macam ni, pada 21.10.2011 sampai la 25.10 (Jumaat sampai Selasa) saya join satu kursus lanjutan yang dianjurkan MAIS. Kursus ni sambungan kepada kursus yang saya pernah saya ceritakan dulu. Klik sini untuk baca >TEKAN<. Alhamdulillah terpilih untuk join sambungan kursus ni. Kali ni buat dekat Eagle Ranch Resort, Port Dickson. First time datang situ dan sangat best tempat tu. Kalau nak buat aktiviti outdoor, better pilih tempat ni.
Antara tempat yang ada kat sana..kalau nak lagi, search google.hehe. Kat atas ni gambar persendirian ye (^^,) |
Bukan tempat ni yang saya nak kongsikan kat sini. Tapi isi kursus tu yang saya nak kongsikan dengan semua. Banyak sangat ilmu baru yang saya dapat bila join kursus ni terutamanya berkaitan dengan dakwah kepada non muslim. Yang paling menarik ialah cara untuk kita sampaikan dakwah tu kepada orang bukan Islam. Dalam kursus ni juga banyak menggunakan pendekatan psikologi dan analogi membuatkan orang lain mudah tertarik dan berminat untuk mengenali Islam dengan lebih dalam.
Sebenarnya perkara tentang dakwah kepada non muslim ni kita dah biasa dengar kan..tapi kali ni, saya sangat-sangat tertarik dengan gaya penyampaian Brother Shah Kirit dan juga ilmu yang turut disampaikan oleh Brother Engku Fauzi. Memang banyak perkara baru yang saya dapat. Bila join kursus ni sejak daripada yang pertama, membuka minda dan fikiran saya yang selama ini sempit.
Brother Shah Kirit |
Brother Engku Fauzi |
Saya akui, dakwah kepada non muslim bukan bidang saya. Bergaul pun masih kurang dengan non muslim disebabkan persekitaran saya daripada kecil dikelilingi oleh orang Melayu dan beragama Islam. Saya juga bila dah masuk u, ambil bidang pendidikan (Pendidikan Islam) iaitu sasaran lebih tertumpu kepada orang Islam itu sendiri atau bahasa yang lainnya saya lebih kepada Islah ( memperbaiki ) dan bukan dakwah. Dakwah dan Islah perlu berjalan seiring.
Kesan kursus ini kepada saya :
- Minat untuk berdakwah kepada non muslim
- Cuba untuk perbaiki Bahasa Inggeris
- Semakin berkeyakinan
- Semakin sedar akan tanggungjawab terhadap non muslim dan muallaf
- Dah berani buka dan baca Bible
- Banyak tengok video Ahmad Deedat dan mula beli DVD beliau.
- Kongsi dengan kawan-kawan tentang dakwah kepada non muslim
Rasanya mungkin banyak lagi..tapi yang paling penting, kita kena sedar tanggungjawab kita kepada mereka (non muslim) dan jangan sempitkan pemikiran. Kalau boleh study dan kuasai Al-Quran dan Bible supaya kita dapat patahkan hujah lawan menggunakan kitab mereka sendiri. Pastikan belajar jumpa yang pakar macam Bro Shah atau Bro Engku.
Kenangan manis ~ |
Harapan saya program seperti ni diadakan selalu untuk melatih lebih ramai lagi cara berdakwah yang betul terutamanya kepada non muslim. Saya sendiri masih lagi perlukan ilmu tentang dakwah kepada non muslim, masih cetek lagi ilmu. Tak cukup dengan beberapa kali kursus yang ada dan dengan masa yang agak terhad tu saya rasa memang betul-betul tak cukup. Nak join lagi kalau berkesempatan dan program2 yang NGO IIS anjurkan sangat banyak dan saya sendiri tak berkesempatan lagi nak join sebab jadual sangat padat :(
P/s : Lupa nak bagitau, kat sana saya ada naik kereta kuda.hehe. Thanks to Bro Shah, Bro Engku, urusetia IIS dan pihak MAIS sebab anjurkan program seperti ini. Sangat2 bagus ~
May Allah bless all of you !!
والسلام
3 luahan hati:
bagusnya dpt pegi kusus camni..bkn senang nk brdakwah pada non muslim..
alhamdulillah, salam ukhwuah sahabat dan terimakasih wawasan ilmunya sangat bermanfaat dan ada hikmah untuk kita bisa belajar dan bermuhasabah.
salam ziarah..
Post a Comment