Kad Keahlian dan Ganjaran


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum...

Jom baca cerita ni kejaphttp://www.emocutez.com

Pada suatu hari, ada dua orang manusia..mereka tinggal berjiran. Seorang bernama Ali dan seorang lagi bernama Ah Chong. Walaupun mereka berlainan agama, tapi memiliki hati yang sangat baik...disebabkan Ali dan Ah Chong duduk berdekatan, maka mereka selalu dan boleh dikatakan setiap hari mengisi minyak di tempat yang sama...

Pam Minyak, Minyak, Petrol
Macam ni la gambar pam minyak bagi yang tak tau (^___^)

Ok, teruskan cerita ye. Ali dan Ah Chong, hari-hari mengisi minyak. Ali tiap-tiap hari mengisi minyak hanya sebanyak RM5 je manakala Ah Chong hari-hari mengisi minyak sebanyak RM30. Mungkin disebabkan Ali selalu menaiki motor keluar ke mana-mana dan Ah Chong kemungkinan sering naik kereta...

RM5, 5 Ringgit, Ringgit Malaysia, Duit, Wang
Ali isi hari-hari RM 5 je

RM10, 10 Ringgit, Ringgit Malaysia, Duit, Wang
Ah Chong pulak..tiap-tiap hari isi RM10x3 (RM 30) 
Kemudian, tiba-tiba pada suatu hari stesyen minyak tersebut memberikan ganjaran berupa hadiah dan wang tunai kepada setiap pelanggan tetapnya. Ah Chong terlihat pihak pengurusan stesyen minyak itu memberikan ganjaran dan wang tunai kepada Ali. Dalam hati Ah Chong mengatakan bahawa " Oh, kalau Ali isi minyak hari-hari 5 ringgit..aku isi minyak hari-hari 30 ringgit. Mesti aku dapat hadiah dan ganjaran yang lebih besar". Ah Chong bermonolog seketika..Ah Chong berasa gembira..


Hadiah, Present, Ganjaran, Prizes, Tahniah, Pemenang, Menang Hadiah
Lebih kurang macam ni la hadiah nye..hehe

Namun, selepas pihak pengurusan stesyen minyak itu memberikan hadiah kepada Ali...mereka menuju ke kereta untuk pulang. Ah Chong berasa tidak puas hati dan memanggil mereka. Mereka datang menemui Ah Chong dan bertanya " Iye, ada apa Encik?". Ah Chong berkata " Saya tiap-tiap hari isi minyak di stesyen minyak encik, tapi saya tak dapat ganjaran pun. Saya isi minyak lebih banyak dari Ali..saya 30 ringgit hari-hari. Ali hanya 5 ringgit je..". luah Ah Chong dengan rasa tidak puas hati...

Pihak pengurusan itu bertanya kepada Ah Chong " Eh, iye ke? Boleh saya tau nama Encik? " kata salah seorang pegawai tersebut. Ah Chong kemudian memberi tahu namanya. "Nama saya Ah Chong". "Baiklah, tunggu sebentar saya cuba cek dalam senarai ini..".balas pegawai tersebut..Selang beberapa saat, pegawai tersebut memberitahu " Encik Ah Chong, nama encik tiada dalam senarai keahlian kami. Walaupun encik mengisi minyak hari-hari sebanyak 30 ringgit..tapi encik tiada keahlian. Jadi, kami mintak maaf kerana ganjaran ini khas untuk ahli kami sahaja..." kata pegawai itu. Tamat~


Ok...sebenarnya cerita yang kawan-kawan baca ni hanya satu analogi je. Jom kita tengok perbandingan dan cuba fahami apa sebenarnya yang saya cuba nak sampaikan..

Isi minyak : Buat amalan kebajikan
Kad keahlian : Syahadah (Status Islam dan Mukmin)
Ganjaran : Pahala dan Syurga

Daripada cerita ni, apa yang saya nak sampaikan ialah...sebanyak mana pun seseorang itu membuat amalan kebajikan di dunia. Namun, tiada iman dan Islam di dalam hati dan dirinya..amalannya tidak bermakna apa-apa pun di sisi Allah s.w.t. Begitu lah perumpamaan orang kafir yang melakukan kebaikan..

Akan tetapi, jika orang Islam melakukan amalan kebajikan walaupun sekecil zarah..ia tetap bermakna dan diambil kira kerana wujudnya kalimah syahadah dalam dirinya..buatlah kebajikan walaupun sedikit. Ia pasti akan mendapat ganjaran. Maka, jom buat baik!!

Ah Chong tak dapat ganjaran walaupun isi minyak banyak hari-hari..sebab Ah Chong tak ada kad keahlian. Sama juga orang kafir yang buat amal kebajikan hari-hari dan lebih banyak dari orang Islam, tapi mereka tak mendapat apa-apa pun sebab mereka bukan orang Islam..mengEsakan Allah itu tak ada dalam hati nya.

Oleh itu, syahadah atau keIslaman seseorang yang menjadi penentu sama ada segala amalan kebaikannya di terima atau tidak. Wallahua'lam..

P/s : Cerita ini sy dapat sewaktu mengikuti Kursus Perkaderan Dakwah di Nur Lembah Pangsun. Kredit kepada Cikgu Kamarul Zaman. Beliau yang bagi cerita ni..saya cuma tokok tambah sedikit je. Kemaskan cerita dan bahasa..yang penting, isi tak berubah. Lagi satu, watak dalam cerita tiada kena mengena dengan sesiapa pun ye..http://www.emocutez.com

والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula