Berguru dengan Pokok Semalu


بسم الله الرحمن الرحيم 

Pokok Semalu, Semalu, Daun Semalu, Malu, Wanita, Pokok Semalu dan Wanita, Wanita Islam, Muslimah, Wanita Solehah

Assalamualaikum

Alangkah cantik dan uniknya pokok semalu ni kan. Daunnya akan mengembang, menguncup, serta terkulai apabila disentuh dan akan kembang semula selepas beberapa minit. Pokok semalu akan tertutup bila kita pegang adalah disebabkan untuk melindungi dirinya daripada dirosakkan. 

Kita sebagai wanita, kita perlu berguru dengan pokok semalu. Pokok semalu akan menguncup bila disentuh kerana ada sifat malu. Sama juga kepada para wanita yang pakai tudung kerana mereka memiliki sifat malu, dan disamping itu mereka tidak membenarkan dirinya disentuh dan dirosakkan oleh orang yang tidak baik. Itulah sifat yang perlu dipelajari dan diteladani oleh kaum wanita.

Selain itu, apabila menjelang senja pokok semalu akan menguncup sebagai isyarat kepada kaum wanita agar menjaga kehormatan diri tatkala mentari tenggelam. Balik ke rumah dan pelihara aurat diri. 

Menutup aurat bagi kaum wanita itu adalah wajib. Setiap suruhan yang datang daripada Allah pasti ada sebab musababnya. Jadi, ambillah ibrah atau pengajaran daripada Pokok Semalu. Jika masih ada lagi yang mengganggu walaupun kita sudah cuba melindungi diri, pasti orang yang tersebut akan menerima hukuman dan azab yang pedih dari Allah s.w.t.

Apa yang penting, kita jalankan suruhan Allah dengan bersungguh-sungguh iaitu pelihara aurat dan maruah diri. InsyaAllah selamat dunia akhirat. Amin


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula