Tutorial Hide Widget Sidebar


بسم الله الرحمن الرحيم

Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Hide Widget Sidebar, Hide Widget Sidebar, Sidebar, Widget

Assalamualaikum

Ok, dulu ada kawan tanya macam mana nak buat widget sidebar yang boleh buka tutup ni..sekarang saya tunjukkan eh. Tapi, agak leceh sikit, sebab kena buat satu persatu..jom ikut saya..

1. Design-> Edit HTML -> Klik expand widget template

2. Cari guna ctrl+c tajuk widget yang kawan-kawan nak sorokkan tu. Contohnya : Award 4 u

3. Kalau dah jumpa, cari kod ni pula..pastikan ada di bawah tajuk widget tadi..

<h2 class='title'><data:title/></h2>

4. Kod kat atas ni padam dan gantikan dengan yang ni

<h2 class='title'><script type='text/javascript'> /* <![CDATA[ */ if(typeof(rnd) == 'undefined') var rnd = ''; rnd = Math.floor(Math.random()*1000); rnd = 'id-' + rnd; document.write('<a href="#" onclick="tmp = document.getElementById("' + rnd + '"); tmp.style.display = (tmp.style.display == "none") ? "block" : "none"; return false;" style="float:right;margin-right:0px;font-weight:bold; color:KOD WARNA;">(-+)<\/a>'); /* ]]> */ </script><data:title/></h2><script type='text/javascript'> /* <![CDATA[ */ document.write('<div id="' + rnd + '" style="display:none;">'); /* ]]> */ </script>

Pada KOD WARNA tu kawan-kawan boleh cari di sini >TEKAN<..warna tu akan menentukan warna tulisan bagi (-+) tu. (-+) tu pula kawan-kawan boleh tukar ikut citarasa masing-masing ye..

5. Cari pulak kod yang ni..pastikan di bawah tajuk widget yang nak disorokkan. Jangan ambil di bawah tajuk widget yang lain.

</b:includable>

Sekarang, tambah kod yang ni di atas kod tadi

<script type='text/javascript'> /* <![CDATA[ */ document.write('<\/div>'); /* ]]> */ </script>

6.Preview dulu, kalau jadi..boleh save!!

Ulang langkah kat atas ni untuk setiap tajuk widget ye..macam saya punya tu, saya kena buat 4 kali sebab ada 4 tajuk widget.

Semoga berjaya :)

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tutorial Scrollbar Blog


بسم الله الرحمن الرحيم

Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Scrollbar, Scrollbar, Cara nak Cantikkan Scrollbar Blog

Assalamualaikum

Hari tu ada orang tanya saya macam mana nak ubah scroll kat tepi blog tu..yang macam gambar kat atas ni. Ok, sekarang saya tunjukkan eh..

1. Design-> Edit HTML-> Klik expand widget template

2. Cari kod ni tekan ctrl+f   ]]></b:skin>

3. Copy pulak kod ni dan letakkan di atas kod tadi

::-webkit-scrollbar {
height:14px;
width: 14px;
background: KOD WARNA;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: KOD WARNA;
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
}

KOD WARNA yang pertama tu adalah background scroll
KOD WARNA yang kedua ialah warna scroll tu.
Kalau nak kod warna..cari kat sini >TEKAN<
Height dan weight tu pun boleh diubah-ubah ikut kesesuaian

4. Kalau nak ubah background daripada warna kepada gambar, tukarkan kod background jadi macam ni

background: url(URL GAMBAR);

URL GAMBAR ni pula kawan-kawan boleh cari gambar dan upload di photobucket. Ambil direct link. Tak pun, ambil je la url gambar ape-ape pun yang kawan-kawan suka. 

5. Klik preview dulu..kalau jadi, tekan save.

Selamat Mencuba 


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Imam Muda Hassan Juara Imam Muda Musim Kedua..Tahniah!!


بسم الله الرحمن الرحيم

Imam Muda Hassan, Imam Muda, Juara Imam Muda, Juara Imam Muda Musim Kedua, IM Hassan, Imam Muda Kedua Hassan
Pinjam sekejap gambar ni :)

Assalamualaikum

Tadi pukul 10.30 baru je lepas tengok kemuncak Imam Muda musim kedua..alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Imam Muda Hassan atas kejayaan beliau bergelar Imam Muda unggul 2011. Tapi, betul la cakap beliau..itu hanya nombor sahaja, semua imam muda sebenarnya sama. Masing-masing mempunyai tanggungjawab yang sama. 

Bahkan, bukan imam muda je..kita semua umat Islam merupakan khalifah Allah di muka bumi. Kita tak boleh lari daripada tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita sebagai manusia. Tak boleh tuding jari ke arah orang lain supaya menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kita sendiri kena mulakan sebab setiap orang itu adalah pemimpin. Betul kan? Kalau tak mampu untuk memimpin orang lain, pimpinlah diri sendiri dulu supaya tidak tersasar daripada jalan Allah.

Akhir kata, tahniah dan teruskan berdakwah. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk menjalankan kerja-kerja dakwah. Doa ni bukan sahaja kepada 10 imam muda, tetapi kepada seluruh umat Islam. Amin..


P/s : Boleh like fan page Imam Muda Hassan, kalau berminat..


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula