Contest : Blog Paling Kreatif & Inovatif oleh Atika Aula


بسم الله الرحمن الرحيم 

Klik gambar di atas untuk copy ;)

Assalamualaikum...

Tiba-tiba saya rasa nak buat contest la, tapi saya tak tau la agak-agak dapat sambutan ke tak. Belum cuba belum tau...saya buat contest hanya suka-suka je. Ok, macam mana nak join eh? Jom kita tengok~


Syarat-syarat Pertandingan http://www.emocutez.com

  Warganegara Malaysia
  Ada blog sendiri
  Mesti tulis satu entri yang bertajuk : Contest Blog Paling Kreatif & Inovatif  (link kan kepada entri ini)
 Letak gambar di atas dalam entri kawan-kawan
  Buat review tentang blog Atika Aula. Minimum ada 3 kebaikan & 3 keburukan
  Tag 3 orang untuk join contest ni (pastikan mereka tau)
  Link entri tersebut hendaklah diletakkan di bahagian komen entri ini
  Followers Atika Aula sahaja (kalau nak join, follow saya dulu)
  Like page saya di FB juga
Contest akan terbatal sekiranya kurang daripada 10 penyertaan

Tarikh contest http://www.emocutez.com

 2 Jun - 2 Julai 2011


Aspek yang akan diadili http://www.emocutez.com

  Isi  blog : ada unsur pengajaran dan motivasi yang dapat dijadikan iktibar. Walaupun tentang diri sendiri, boleh buat juga masukkan unsur-unsur pengajaran kepada orang lain kan?
 Kekemasan blog : blog yang ringan, sedap mata memandang
  Kecantikan & Kekreatifan blog : padanan warna, widget-widget yang sesuai dan lain-lain.

Hadiah http://www.emocutez.com

  Hanya 3 blog akan direview secara serentak ( 7 hari )


Mungkin akan ada perkembangan terbaru..ada masa dalam sebulan untuk kawan-kawan cantikkan dan kemaskan blog. Selamat join contest!!http://www.emocutez.com



والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Aku Terima Nikahnya


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum..

Kali ni saya nak share ngan kawan-kawan tentang sebuah buku..saya rasa semua orang bagus baca buku ni, tak kira dah nikah atau belum. Yang penting, ilmu dalam buku ni..


Aku Terima Nikahnya, Murabbi Cinta, Bercinta Sampai Ke Syurga, Ustaz Hasrizal, Saiful Islam
Besa saya letak gambar buku ni :)

Di dalam buku ni kebanyakannya mengisahkan tentang kehidupan penulis yang dapat kita ambil iktibar daripadanya. Ada juga daripada kisah orang lain, cinta  sesama manusia, antara suami isteri, anak-anak dan cinta kepada Allah. Dalam buku ni juga menceritakan tentang rumah tangga yang perlu di bina berlandaskan Islam. Yang dah kahwin boleh baca, yang belum pun boleh supaya ada ilmu dan boleh membuat persediaan awal sebelum berkahwin. Dalam buku ni juga tertulis tentang tanggungjawab seorang suami dan isteri dan boleh juga untuk menambahkan ilmu bagi memahami lelaki dan wanita. Kalau nak tau lebih lanjut, belilah buku ni ye..

Buku di atas hasil gabungan daripada 3 buah buku

Aku Terima Nikahnya, Murabbi Cinta, Bercinta Sampai Ke Syurga, Ustaz Hasrizal, Saiful Islam

Aku Terima Nikahnya, Murabbi Cinta, Bercinta Sampai Ke Syurga, Ustaz Hasrizal, Saiful Islam

Aku Terima Nikahnya, Murabbi Cinta, Bercinta Sampai Ke Syurga, Ustaz Hasrizal, Saiful Islam

Penulis buku ni ialah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, pemilik laman web Saifulislam.com. Page FB : Saifulislam Training & Consultancy. Harga buku Aku Terima Nikahnya edisi istimewa. RM 55 Semenanjung. RM57 Sabah & Sarawak. Harga tak penting, yang penting ialah ilmu =]

Aku Terima Nikahnya, Murabbi Cinta, Bercinta Sampai Ke Syurga, Ustaz Hasrizal, Saiful Islam
Pinjam gambar kejap ye ustaz..


والسلام

Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Alamak, terlupa!


بسم الله الرحمن الرحيم 

Manusia memang mudah terlupa. Sering terlupa tempat barang miliknya diletak, terlupa temu janji, terlupa isi-isi penting pelajaran sehingga tidak mampu menjawab dengan tepat dalam peperiksaan dan sebagainya. Sebab itulah manusia memerlukan organizer dan reminder. 


Kucing, Kucing Comel, Cat, Cute Cat, Forget, Terlupa


Tidak mengapa jika manusia sering terlupa itu dan ini. Bukankah manusia dinamakan manusia kerana sifatnya yang pelupa? Itulah asal maksud perkataan al-insan daripada kata akar nasiya (lupa). Namun jangan sekali-kali kita terlupa bahawa kita pernah beraku janji dengan Pemilik timur dan barat serta Pencipta langit dan bumi. Kita pernah "menandatangani" satu kontrak dengan Pencipta kita. Itulah kesaksian Tauhid.

Allah berfirman yang bermaksud : "Dan ( ingatlah), ketika TuhanMu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) : ' Bukankah Aku ini TuhanMu?' "Mereka menjawab : 'Betul (Engkau Tuhan Kami), kami menjadi saksi.' (Kami lakukan yang demikian itu) agar pada hari Kiamat kamu tidak akan mengatakan : 'Sesungguhnya kami (bani Adam) ialah orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)." (Surah al-'Araf 7 : 172)


Janji, Promise, Ikatan Janji, Janji Setia, Berjanji


Jika kita selalu ingat "aku janji" dan "kontrak" yang pernah ditandatangani dulu, maka perjalanan kita mencari redha Allah pasti akan jarang tersasar walau iman ada naik dan turunnya. Kekallah fokus demi memenuhi aku janji yang pernah dimeterai dulu dengan sentiasa mengikut majlis ilmu dan mengamalkan ilmu yang ada, bergaul dengan orang soleh dan selau bermuhasabah diri.

والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula