Coca Cola & Alkohol


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum


Baru-baru ni dah tersebar tentang isu coca cola yang mengandungi alkohol bila ramuan sebenar air berkarbonat tu dah di dedahkan. Ramai yang mula berkata bahawa ianya adalah haram. Macam semua dah sedia maklum, siapa yang tak pernah minum air ni..dah terlalu popular dah kan, sebut je. Semua orang tau..ok, kita tengok apa Majlis Fatwa kata :

Alkohol Menurut Pandangan Islam

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
     
  2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
     
  3. Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
     
  4. Tapai halal dimakan.
     
  5. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
     
  6. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.



P/s : Walaupun boleh di minum, tapi kita sendiri tau air berkarbonat tak baik untuk kesihatan. Seeloknya jangan minum, bukan coca cola je bahkan air gas yang lain. Sebab tu orang sekarang ni banyak penyakit, punca utama ialah tabiat pengambilan makanan yang tak baik. Ubah gaya makan, ikut sunnah Nabi ;)

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula