Lelaki & Poligami


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum
..
Lelaki dan Poligami...biasanya satu isu yang memang sensitif dan tidak habis-habis di perkatakan oleh semua orang kan. Kalau dengar je poligami, mesti orang perempuan dah nak marah bila suami mereka nak berpoligami. Betul kan? sebelum nak ulas lebih lanjut..saya nak bagi tau, penulisan ni merupakan pandangan saya sebagai seorang wanita terhadap lelaki dan poligami. Hanya ingin berkongsi sahaja...segala khilaf harap maaf~



Sebelum tu..kita lihat dulu hukum berpoligami. Poligami diharuskan dalam Islam berdasarkan ayat Al-Quran (Surah Nisa': 3) maksudnya :


" Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain ) : dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja, atau ( pakailah ) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat ( untuk mencegah ) supaya kamu tidak melakukan kezaliman

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman M/s 179


Kalau mengikut sunnah, Rasulullah s.a.w juga berkahwin lebih daripada seorang. Antara sebab atau hikmah Allah s.w.t mengharuskan poligami ialah : 

- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
- Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.

Sumber dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)


Oleh itu, kaum wanita jangan cepat marah dan melenting bila sebut tentang poligami kerana poligami ini diharuskan dalam Islam dan perkara yang harus, kita tidak boleh menjadikannya haram. Pada masa kini, di Malaysia terutamanya..saya dapati ramai lelaki yang berpoligami tidak dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik seperti mana yang sepatutnya, secara langsung mereka turut menganiayai wanita yang mereka kahwini. Oleh sebab itu, ramai wanita yang bila dengar sahaja perkataan poligami, dah mula melenting dan tidak suka. Semua ini disebabkan kesan dan pengaruh persekitaran di Malaysia yang mana mereka yang mengamalkan poligami tidak menjalankannya mengikut aturan Islam. Seolah-olah poligami itu hanya untuk kepentingan lelaki sahaja dan perempuan pula menjadi tempat untuk memuaskan hawa nafsu. 

Berbalik kepada antara sebab-sebab Islam mengharuskan poligami, kita dapat lihat ada konsep yang baik disitu. Kemungkinan seseorang suami mempunyai nafsu yang luar dari kebiasaan dan untuk mengelakkan terjebak dalam maksiat, maka sebab itu Islam mengharuskan poligami. Supaya keturunan dapat dijaga. Begitu juga dapat melindungi kaum wanita iaitu janda. Poligami itu sebenarnya bukanlah suatu yang perlu kita tolak terus, kerana kita perlu ingat Islam tidak mengharamkannya. Kita akan berdosa bila kita terlalu benci kepada poligami..setiap apa yang Allah tetapkan pasti ada hikmah disebaliknya.

Akan tetapi, yang menyedihkan apabila seseorang suami memberikan alasan untuk berpoligami ialah untuk mengikut Sunnah Nabi. Ya, saya akui. Nabi berkahwin lebih dari satu. Tapi, yang saya agak kurang berpuas hati ialah "mengapa hanya mengikut sunnah nabi dengan hanya berpoligami je? kan sunnah nabi itu luas..takkan hanya tau berkahwin lebih dari seorang je?" Bila nak kahwin lebih dari satu, baru cakap nak ikut sunnah nabi..habis tu, sunnah-sunnah yang lain ada amalkan ke? Seolah-olah mahu berselindung di sebalik perkataan "sunnah". Fikirkan..

Kemudian, persoalan saya seterusnya ialah...jika seseorang yang ingin mengamalkan poligami tadi mengatakan ingin mengikuti sunnah nabi. Ia nya bagus lah, sebab kalau kita lakukan sunnah nabi, kita akan dapat pahala. Tetapi...kalau kita lihat kepada sejarah, isteri-isteri Nabi kebanyakannya ialah golongan janda. Yang saya tau, Aisyah sahaja yang masih anak dara. Oleh itu, kalau kita nak lihat pada masa kini di Malaysia, "berapa ramai yang sanggup mengambil janda untuk menjadi isteri?" jika benar nak ikut sunnah nabi iaitu dengan niat untuk melindungi dan menjaga kebajikannya serta anak-anaknya. Tapi, ramai pula yang mengamalkan poligami beristerikan anak dara. Saya tak cakap salah, tapi jika betul nak mengikut sunnah Nabi, kahwinlah dengan janda. Masih ramai janda di Malaysia yang tidak terbela nasib mereka dan anak-anak mereka. Berpoligami kerana sunnah atau kerana nafsu? Fikirkan..

Aturan Islam itu cukup cantik dan indah jika diamalkan. Tetapi, perbuatan umat Islam itu sendiri menyebabkan ia menjadi tidak cantik dan indah. Tapi, kaum lelaki perlu ingat..berpoligami bukan mudah..hal ini disebabkan, anda memikul kesemua dosa isteri-isteri anda. Kalau ada 4, 4 kepala la..tu belum masuk dosa anak-anak anda lagi dan juga dosa anda sendiri. Jika benar anda memahami konsep poligami, mungkin anda akan berfikir berkali-kali untuk berpoligami. Amat sedih apabila ada yang berpoligami dengan sebab nafsu semata-mata dan tidak faham konsep sebenar poligami serta tidak tahu tanggungjawab apabila berpoligami. Jika dilihat dari sudut nafsu semata-mata, mungkin nikmat tapi, jika dilihat dari sudut tanggungjawab, teramatlah berat. Oleh sebab itu, baca dan fahamilah ayat Al-Quran tadi..jika tidak mampu, cukuplah seorang sahaja untuk dijadikan teman sepanjang perjalanan untuk menuju syurgaNya..dan juga untuk menggapai redha dariNya. 

Bila berpoligami pula, para suami perlu adil dari segi nafkah zahir dan batin kepada semua isteri. Adil di sini bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya..dan zalim pula bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Sebagai contoh, jika isteri pertama memiliki 5 orang anak dan isteri kedua tiada anak. Suami kena bagi nafkah yang lebih kepada isteri pertama kerana banyak tanggungannya berbanding isteri yang pertama. Bukan adil yang bermaksud kena beri sama rata. Akan tetapi, Rasulullah s.a.w sendiri juga tidak mampu untuk adil terhadap kasih sayang nya..Rasulullah lebih menyayangi Saidatina Khadijah walaupun beliau sudah meninggal dunia dan baginda sudah berkahwin lain. Hal ini disebabkan kasih sayang sesuatu yang abstrak dan sukar untuk dibahagi secara adil..bukan saya mereka-reka cerita ye. Dan kesan apabila seseorang suami tidak adil : di dunia - akan menganiayai isteri. di akhirat - akan di bangkitkan dalam keadaan senget sebelah. Wallahu'alam.

Poligami, Poligami dalam Islam, Kahwin Banyak, Bahagia dengan Poligami, Kongsi Suami, Kahwin 4, Dalil Poligami, Poligami Menurut Islam


Pada pendapat saya, seseorang lelaki yang ingin meneruskan niat berpoligami perlu mempersiapakan diri dengan kekuatan mental serta fizikal. Yang paling utama ialah ILMU AGAMA. Ya, ilmu agama..mungkin mereka perlu baca buku-buku yang berkaitan poligami dalam Islam dan meminta pendapat ustaz-ustaz yang bertauliah.Jangan membuat tuli tanpa ilmu di dada. Selangkah anda masuk ke alam poligami, maka tanggungjawab anda akan bertambah. Dah siap ke untuk membimbing 2, 3, atau 4 orang isteri menuju jalan Allah s.w.t. Kadang-kadang..1 pon tak mampu lagi kan. Ditambah pula dengan anak-anak..dah siap ke nak jadi seorang bapa yang adil kepada anak-anak dan mampu menjadi seorang guru kepada anak-anak sendiri? Fikirkan lah wahai kaum lelaki. Letakkan akal di hadapan setiap kali nak buat keputusan..dan bukannya nafsu di hadapan berbanding akal. 


Sekadar perkongsian untuk semua..kalau tersilap kata, harap dimaafi..


P/s : Tidak berpuas hati dengan orang yang tidak menjalankan poligami mengikut Islam, jelas-jelas mereka hanya mengikut hawa nafsu dan bukan sunnah Nabi. 


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula