Sokong 100% Blog Ni..


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum...


Selamat petang.. Kali ni saya nak ajak kawan-kawan baca dan berfikir sejenak dalam masa yang sama, bermuhasabah diri jugak ye. Saya terjumpa satu blog ni, tapi saya dah lupa jumpa kat mana. Tapi, isi blog ni memang saya rasa cukup baik...menyedarkan kaum HAWA atau muslimat kita yang terleka dan tertipu dengan fesyen semasa. Dalam blog saya pun, dah banyak saya buat entri tentang wanita..cuba kawan-kawan klik label ISLAMIC  di bawah tu, nanti akan jumpa. Saya tulis entri tentang wanita, sebab saya juga seorang wanita dan tak bermaksud saya sempurna. Tapi, sekadar berkongsi ilmu dan peringatan. Itu saje~     

Ok, straight to the point..ni blog nya.. Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat. Klik link ni atau klik banner di bawah kalau nak pergi ke blog tersebut..

Kempen Legging, Aurat, Legging, Tutup Aurat, Maruah Diri, Wanita Aurat, Wanita Islam, Pakaian Wanita Islam


Saya setuju 100% isi kandungan blog tersebut...betul3. Ramai muslimat yang mencampuradukkan fesyen barat dan bertudung. Kemudian , kata itu fesyen muslimah. Hmmm...tanggapan yang jauh meleset sama sekali. Cuba fahami istilah aurat itu betul-betul. Tak rugi pun kalau tak ikut trend terkini..ingatlah, dunia ni tempat persinggahan je. Kalau kita kejar dunia, kita akan letih...dunia ibarat FATAMORGANA semata. Biarlah kita di pandang rendah oleh manusia di dunia, biarlah kita kurang dikenali..yang paling utama, KITA MENDAPAT PERHATIAN DARIPADA ALLAH. Betul tak? 

Ok...blog yang kedua pula. Mungkin cara penyampaiannya agak kasar. Tapi isi nya saya setuju..tajuk blognya ialah Apabila Kera Bertudung...jom baca!!

Mana ye kaum-kaum lelaki yang menjadi ketua keluarga..bapa-bapa, abang-abang. Kenapa tak tegur isteri, anak perempuan, ibu supaya tutup aurat dengan betul? Rela ke dikatakan sebagai seorang yang dayus? Rela ke tanggung dosa orang lain...meski pun anda banyak pahala, tapi ingatlah bahawa anda juga menanggung dosa orang lain iaitu isteri dan anak-anak anda. Baru nak masuk syurga, tapi ditarik semula kerana dosa orang lain..mahu ke macam tu?

Saya pergi satu kursus akhir bulan 3 hari tu di Nur Lembah Pangsun (Kursus Perkaderan Dakwah). Kat situ, banyak ilmu baru yang saya dapat..antara yang saya ingin kongsi kan ialah cerita daripada seorang penceramah yang bernama Cikgu Kamarul Zaman (beliau dahulunya seorang Brahmin Hindu kini seorang pendakwah Islam). Beliau berkongsi cerita dengan kami..beliau cakap dekat guru-guru di sekolah iaitu..JANGAN SURUH DIORANG (Pelajar Perempuan) PAKAI TUDUNG. Lepas tu, guru-guru lain pelik...kenapa pulak kan?? Beliau cakap..Jangan suruh anak or isteri or kaum muslimat pakai tudung, tapi...SURUH MEREKA TUTUP AURAT. 

Maksudnya ialah jangan suruh pakai tudung je..kesannya mereka pakai tudung, tapi aurat lain terdedah. Aurat itu bukan menutup rambut sahaja ye..aurat perempuan ialah kesemuanya melainkan muka dan kedua belah tapak tangan. Bila ibu bapa, guru-guru terlampau suruh sangat anak pakai tudung..ya! mereka pakai tudung..tapi pakai baju ketat, seluar ketat and so on. Lagi satu...kaki itu pun aurat ye kawan-kawan. Pakai stokin or sarung kaki bila keluar..ramai muslimat yang tak ambil berat pasal ni.. 

Ingat ye kawan-kawan..jangan hanya pakai tudung, tapi tutup lah aurat dengan sempurna. Jangan campur adukkan fesyen barat dan tudung. Menutup aurat lebih utama daripada berfesyen kan..saya juga kurang sempurna, tapi sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik..

Sekian

P/s : Kadang kala kita perlu diberi kan peringatan, kerana manusia itu bersifat pelupa. Menegur kerana sayang dan bukan kerana benci. Kita benci akan sifatnya sahaja, bukan dirinya..bila sifat buruk itu hilang..maka tiada lagi kebencian tersebut kepadanya. 

والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tutorial Cute Icon di Entri


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum..


Selamat malam ..nak update entry lagi selagi masih ada kesempatan.hehe. Tapi buat tutorial lagi ye...ramai pula yang minta, kalau tau saya tolong. Kalau tak tau, saya cakap la tak tau. Mane yang saya tak dapat tolong, jgn kecik hati tau. Ok, teruskan..tau tak ape tu Cute Icon di Entri?? Cute Icon tu macam ni...tengok bawah...


Tutorial, Tutorial Cute Icon di Entri Blog, Cute Icon, Emocutez


Ni cute icon tu~ cute tak??

http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com


Dan gambar yang lain-lain..saya ambil di Emocutez. Cara nak letak dalam entri..tak perlu install apa-apa, bukan auto tapi manual. Agak leceh jugak, sebab kena letak satu-satu. Kalau nak tau, jom ikut step ni..

1. Pergi laman web tadi..

2. Pilih icon yang disukai, klik pada tajuk / nama icon tu.

3. Keluar banyak gambar kan, klik gambar untuk dapatkan kod. Nanti keluar macam ni..

Tutorial, Tutorial Cute Icon di Entri Blog, Cute Icon, Emocutez

4. Ambil HTML Code tau..copy.

5. Lepas tu, letak kat entri...pastikan tukar kepada Edit HTML untuk letak kod tadi. Macam ni..kalau nak letak sebelah ayat, kena carik ayat yang kita nak letak tu. Letak kod ni sebelah ayat tersebut ok..

Tutorial, Tutorial Cute Icon di Entri Blog, Cute Icon, Emocutez

6. Lepas tu, klik pada Compose kalau dah siap.


Tutorial, Tutorial Cute Icon di Entri Blog, Cute Icon, Emocutez

7. Kalau nak letak icon lagi, buat satu persatu macam tadi.

Macam tu je cara nya..senang tapi leceh cket. Saya selalu gabungkan dengan gambar tak boleh klik..supaya icon tadi tak ada link, jadi picture je.

Ok la, sekian..http://www.emocutez.com



والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula