Sekadar Peringatan dan Renungan bersama..


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Saya nak kongsikan dengan kawan-kawan satu artikel ni..semoga kita sama-sama dapat muhasabah diri dan beringat selalu. Betul juga apa yang dikatakan dalam artikel ni. Saya baca di group Jihad Al-Quran.



Mari kita renung-renungkan bersama, fikir-fikirkan bersama.. jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password, hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah.. mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu..

tetapi..

sedarkah kita, gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna.. macam mana nanti? lelaki/wanita ajnabi terus-terusan tengok.. dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat..

macam mana? pernah terfikir tak?

tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, seluar pendek yang menunjukkan aurat? bagaimana?

mungkin kini.. kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik, tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya..

tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti.. semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup.. di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..

cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat.. tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan.. peliharalah dirimu sebelum dirimu dikafankan..

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimin dan muslimah.. mati itu pasti.. persiapkan diri untuk mati itu satu kewajipan..


P/s : Bukan saja di Fb, malah boleh jadi juga di blog dan laman sosial yang lain. Mati tu suatu yang pasti..kullu nafsin zaiqatul maut. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Cuma masa dan ketikanya je yang kita tak tau..cepat ke,lambat ke. Macam tu lah juga dengan penulisan kita, akan menjadi saksi bila kita mati nanti. Kalau kita buruk-burukkan orang lain di fb, di blog, di twitter dan lain-lain..kita tak sempat padam dan tak mintak maaf kepada orang yang kita sakiti. Berdosa kita..sama la juga kalau kita memfitnah orang lain dan sebarkan di fb, blog dan sebagainya. Setiap apa yang kita lakukan akan memberi kesan kepada kita apabila kita mati..kadang-kadang perkara ni kita tak pernah terfikir kan. Jadi, sekarang apa kata kita mula menulis perkara yang baik-baik dan buang gambar-gambar yang kita rasakan kurang sesuai untuk ditunjukkan kepada umum.

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tempat menarik di Klang


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Saya nak bercerita pula kali ni tentang tempat kelahiran saya..disini lah saya lahir dan disini juga lah saya membesar sampai sekarang. Tempat ni dah jadi "sebati" dengan saya. Lebih kurang macam tu la.hehe. Sebelum saya nak memperkenalkan Klang, saya rasa lebih elok saya perkenalkan serba sedikit tentang negeri Selangor.

Selangor terdiri daripada 8 daerah dan memiliki 3 bandar raya, beberapa buah bandar, kampung serta pulau. Selangor juga mempunyai bilangan penduduk yang paling banyak di Malaysia disebabkan maju dan kemudahan infrastuktur yang banyak. 

Klik untuk melihat dengan lebih jelas ye..

Tengok kedudukan Klang..Kapar tu juga di Klang.

Klang pula merupakan bandar diraja. Klang bertemakan " Klang Indah dan Permai ". Klang pada masa dahulu pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum Kuala Lumpur dan Shah Alam. Kini, di Selangor..Klang merupakan bandar kedua terpenting selepas ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam. Di Klang juga, terdapat bangunan diraja dan tempat-tempat yang penting kerana Klang dulu pernah menjadi ibu negeri Selangor..jom saya tunjukkan tempat-tempat menarik yang ada di Klang..







Ini ialah tugu keris..kalau kawan-kawan lalu highway dan nak menuju ke bandar Klang, kawan-kawan akan nampak tugu ni di tepi highway.


Ni pula Pasar Jawa..kat sini ada food court, ada kedai-kedai yang menjual makanan contohnya kerepek, baju dan lain-lain. Kalau nak dekat raya, mesti beli kerepek or kuih raya kat sini. Kalau tak raya pun, tetap ada dijual di sini.


Istana Alam Shah..bangunan ni adalah milik Sultan Selangor. Dulu merupakan tempat tinggal Sultan tetapi kini mungkin akan dijadikan muzium.


Ni pula Gedung Raja Abdullah..last saya pergi waktu sekolah rendah, itu pun rombongan. Dari sekolah, tak sampai 5 minit dah sampai :) 


Galeri diraja Klang..ini di bandar Klang, berhampiran dengan stesen keretapi dan bersebelahan dengan pejabat pos. Dekat juga dengan Sekolah Kebangsaan Klang iaitu sekolah rendah saya.


Tak lupa juga kalau datang ke bandar Klang, jangan lupa singgah di Little India Jalan Tengku Kelana. Kat sini agak sibuk sebab memang ramai orang India, tak kira waktu..memang ramai yang bershopping kat sini. Kalau nak beli kaii sari, boleh datang sini. hehe.


Saya panggil ni Masjid India, masjid ni milik India Muslim dan terletak di Jalan Tengku Kelana di Little India. Masjid ni juga baru diubahsuai dan dirasmikan oleh Sultan Selangor dan saya juga terlibat dalam perasmian ni sebab saya mendapat anugerah kecemerlangan daripada Sultan Selangor pada tahun 2009.


Ini pula masjid yang baru dibina..setakat ni saya tak pernah masuk lagi masjid ni. Tapi masjid India tadi saya pernah masuk. Di pusat bandar Klang, terdapat 2 masjid utama iaitu masjid ni dan masjid India tadi. Dari jauh dah nampak masjid-masjid ni. 


Ni Masjid Sultan Sulaimen..masjid ni berdekatan dengan Kolej Islam Klang (KIK) atau Kolej Islam Sultan Abdul Aziz Shah (KISAS). Biasanya pelajar KIK akan solat Jumaat di sini mereka berjalan kaki je..kadang-kadang nak pergi ke bandar Klang pun mereka berjalan kaki. Kalau dari rumah saya, 5 minit je boleh sampai ke masjid ni. Kalau ke bandar Klang..mungkin dalam 10 minit. Kalau tak jem la kan..dah lama saya tak masuk masjid ni. Lalu je..


Jusco Bukit Tinggi..dah lama tak shopping sini, kali terakhir mungkin beberapa bulan yang lepas. Jusco Bukit Tinggi ni merupakan pasar raya yang terbesar di Malaysia dan di Asia Tenggara, ketiga terbesar di Asia.Seronok shopping sini tapi penat berjalan sebab besar sangat. Nanti kalau datang Klang, jangan lupa singgah sini.hehe.


 Sekarang kita pergi ke Pelabuhan Klang pula..kalau dari bandar Klang dan rumah saya di Kampung Jawa, agak jauh sikit. Mungkin dalam 30 minit or ke atas untuk sampai sini. Ni Tanjung Harapan, kat sini terkenal dengan restoran makanan laut. Memang ramai sangat orang datang..biasa la, kalau kat pelabuhan..mst terkenal dengan makanan laut kan. Kalau nak makan ikan segar boleh datang sini..hehe. Pilh sendiri nak ikan yang mana lepas tu mereka akan masak. 




Bagi sesiapa yang tak pernah lagi ke Klang, jom la datang sini..saje je jalan-jalan.hehe. Untuk maklumat lanjut, boleh baca di sini >TEKAN<


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula