Pengalaman


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Pejam celik, pejam celik. Dah masuk 23 tahun rupanya. Masa berjalan terlalu laju, sampai kita sendiri tak sedar kita sering ditinggalkan oleh masa. Setiap detik yang kita lalui menjadi kenangan dalam hidup. Kenangan lalu tetap menjadi sebuah kenangan yang kita tak mampu untuk ubah. Ia tetap tersimpan dalam kamus hidup kita. 

Daripada sekolah rendah sampai la ke peringkat tinggi ni, cikgu dan pensyarah selalu suruh kita join sesuatu program atau apa-apa je la supaya kita dapat pengalaman. Sebabnya belajar di dalam kelas adalah satu perkara yang berbeza berbanding kita keluar ke dunia realiti. Bila kita dah lalui, itu lah namanya pengalaman. Biasanya kalau interview kerja, orang yang interview tu mesti akan tanya "pernah ada pengalaman bekerja tak sebelum ni?" lebih kurang macam tu la kan. Nampak sangat apa yang dikatakan pengalaman ni penting kan. 


  • Saya masih ingat lagi, dulu lepas habis SPM. Saya bekerja di sebuah pasar raya orang Melayu dekat je dengan rumah. Umur baru 18 tahun, kerja jadi cashier. Seronok hari-hari pegang duit, kecik-kecik dulu selalu main jual-jual dengan kawan.
  • Lepas STPM pula, sementara nak tunggu apply u. Saya kerja jadi ustazah kat sebuah sekolah rendah agama. Dekat jugak dengan rumah. Memang cita-cita saya daripada kecik, nak jadi cikgu. Best sangat tengok cikgu menulis kat papan hitam guna kapur. Tapi sekarang dah takde dah. Semua guna marker dan white board :)
  • Alhamdulillah, sekarang baru nak belajar bisnes pula. Jadi bisnes women pun salah satu cita-cita saya. Walaupun kat sekolah tak ambil subjek ekonomi, kat u bukan student ekonomi. Tapi, tu tak menghalang saya nak mencuba perkara baru. 


Amek dari Google ~

Walau apa pun orang kata, saya lebih suka ikut jalan saya sendiri. Setiap manusia ada rancangan masing-masing. Kita sendiri tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri. Disamping tu, mohon kepada Allah semoga Allah juga berikan yang terbaik untuk kita.


Kesimpulannya, jangan takut mencuba. Pengalaman merupakan guru yang terbaik !!



 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula