Mengandung #throwback#


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum

Dah nak dekat sebulan saya ada title baru.."ummi". Dah nak sebulan dah jadi ibu rupanya, macam-macam perasaan ada. Permulaan era baru dalam hidup bila dah ada anak sendiri :) memandangkan baby dah tido, boleh la saya menaip dan update belog usang ni..


Saya dan encik suami nikah..

2 minggu kemudian

Saya terpaksa duduk berjauhan dengan encik suami dan keluarga sebab terpaksa menjalani praktikum kat negeri sembilan..suami ulang alik jumpa saya sepanjang kami berjauhan. Tuhan je yang tahu perasaan saya waktu tu.huhu. Tapi..sabar je la. :) 4 bulan praktikal kat negeri orang. 


Dah habis praktikal..yey !! dah duduk sama dengan encik suami kat rumah sendiri. Kebetulan lagi dua minggu nak ramadhan, hepi betul..first time puasa dengan suami kat rumah sendiri. Alhamdulillah. 


Seminggu raya, dah berjalan raya ke sana ke sini, jauh dekat semua dah makan..tapi rasa lain macam, sebab p****d masih lagi tak datang, ada sikit je. Musykil betul. Suruh la encik suami beli kan pregnancy test, lepas subuh terus try..tengok-tengok, dua line. Senyum sorang-sorang tapi masih lagi macam tak percaya.

Bila encik suami tanya, suruh dia tengok sendiri..of kos la suka :D alhamdulillah. Pagi tu jugak terus siap-siap pergi klinik, jumpa doktor..doktor kat saya dah pregnant 5 minggu. Eh, tak caye la dalam perut ni dah ada baby. hehe. Terus bagitau kat mak berita tu..suami pun bagi tau kat mak mertua then tersebar la cerita kat semua, kebetulan masa tu kenduri sepupu encik suami. Maka, lebih cepat la tersebar.hehe.




1-4 bulan

Bila dapat tau je mengandung, mula bila bangun pagi je..rasa mual. Loya. Nak gosok gigi pun tak sedap, silap-silap muntah..rasa sangat teruk la.huhu. Mula-mula mual..lepas beberapa minggu, bangun pagi je..muntah dan berterusan la sepanjang hari sampai ke malam. 

(Pengalaman morning sickness)

Tak boleh bau tumis cili
Tak boleh bau rumah sendiri (rumah baru, maybe bau kayu or something)
Tak boleh nak terus gosok gigi bila lepas makan
Tekak ngan lidah rasa tawar
Tak boleh nak masak sendiri

Cara saya kurangkan ms : makan buah banyak, makan sayur banyak, makan sesuatu yang boleh bukak selera makan, makan kerap tapi dalam jumlah yang sikit. 


5-7 bulan

Dah hilang mabuk..suka betul rasanya dapat balik nikmat makan dan tak loya dah. Waktu ni, selera makan menjadi-jadi la pulak..bangun pagi je, lapar. Carik nasik..pagi-pagi je dah makan macam tengahari. Tapi, kawal jugak makan..makan dalam jumlah yang sikit tapi kerap. Waktu ni la nak makan itu nak makan ini. Suruh encik suami beli tu beli ni..makan coklat la, coolblog la..aduhai, dahsyat betul selera makan waktu ni. Kata orang, semua boleh masuk la..semua nampak selera dan sedap je..hihi.

Waktu ni la paling best orang kata, mabuk dah hilang..perut pun tak berapa besar lagi. Sihat je rasanya, jadi rajin betul waktu kat rumah..sampai boleh mop satu rumah sekali gus. Punya la bertenaga nak kata waktu ni kan.

8-9 bulan +++

Perut dah makin besar, baby dah makin besar..dah mula tekan ari-ari..tido dah tak lena sebab serba tak kena, telentang tak elok..mengiring mula-mula ok..lepas tu bila nak berpusing ke arah lain..sampai berbunyi tulang kita.huhu. Bila dah baring lama, nak bangun berjalan dah mula sakit kat ari-ari..dugaan waktu mengandung. 

Dah mula tak larat nak jalan jauh, tak larat nak buat kerja rumah..agak letih sikit sebab tido tak cukup..selera makan pun dah kurang, tak macam dulu. Makan nasik pun sekali je sehari kadang-kadang, makin nak dekat..makin letih badannya. 



Dari mula dapat tahu mengandung, sampai la cukup bulan..macam-macam dugaan yang perlu saya tempuhi, saya percaya..semua wanita akan rasa macam tu cuma pengalaman yang berbeza-beza je. Dugaan tetap ada. 

Nasihat saya : kepada mereka yang nak mengandung, perlu persiapkan diri fizikal dan mental dulu. Pastikan badan sihat, baru boleh fikir untuk mengandung. Bukan apa, untuk pastikan sepanjang kita mengandung, tak banyak masalah yang perlu kita tempuhi. 
Kita sihat, baby pun sihat. 

^_^


Ada sambungan ye....

tunggu !



 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula