Kenapa saya tak update belog?


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum


Dah lama kan saya tak update? rindu la dekat blog ni..rindu sangat,http://www.emocutez.com kesian pulak terbengkalai je. Nape saya tak update eh? Lame pulak tu lebih kurang 6 atau 7 hari kan. Ni die sebab-sebab saya tak update blog ~

Tanda soal, tanda tanya, question mark, soalan, question
Nape tak update???

  • Sibuk dengan tugasan sebagai seorang pelajar
Semester ni memang banyak sangat tugasan, bukan setakat assigment je kena buat, tapi banyak jugak projek yang kena dilaksanakan. Jadi, memang tak berkesempatan nak duduk depan laptop dan update blog kesayangan ni.hehe. Tapi, saya akan cuba update juga setakat mana yang boleh sebab hobi saya berblogging. Hari-hari ada niat nak update, tapi tak berkesempatan. Ada tugasan lain yang lebih penting perlu saya buat dulu. Utamakan perkara yang utama la kan..tak gitu ke? 

  • Tak ada idea
Ni lagi satu sebab kenapa tak update, kadang-kadang ada masa sikit tapi idea pulak takde. Nak wat macam mana kan..kalau boleh nak jugak menulis perkara yang boleh mendatangkan manfaat dengan orang lain. Jadi, kena jugak fikir perkara-perkara yang elok-elok untuk tulis. Eh..entri ni bermanfaat ke? hehe.http://www.emocutez.com


Maksudnya saya sekarang bukan lagi blogger tegar..sebab kalau blogger tegar, kena update hari-hari kan? takpe la, yang penting..saya sayang belog saya. Saya nak share semua ilmu atau maklumat yang saya ada kalau boleh. Tak rugi kan berkongsi ilmu. 


Blog, Blogging, Love Blog, Love Blogging, Suka Blog, Suka Blogging



P/s : Dalam usaha untuk menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positif dalam setiap masa dan keadaanhttp://www.emocutez.com


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Mesti komen entri ni ~


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Mula-mula nak minta maaf sebab dah lama tak update belog..takde la lama sangat sebenarnya. Last entri ahad lepas.http://www.emocutez.com Blog hari-hari bukak tapi takde masa nak update, tu je. 

Apa tujuan saya buat entri ni? Dah la title Mesti komen entri ni ~ pulak. Kenapa kena komen pulak kan? Agak - agak nape ye? Senang je jawapannya..saya nak link blog kawan-kawan je. Bloglist yang saya buat hari tu, saya dah tutup. Sambutan yang kurang menggalakkan sebab saya jarang blogwalking..

Kali ni saya nak buka kepada blogger yang letak link blog saya di bahagian bloglist..macam bloglist saya tu, boleh tinggalkan komen atau link blog di bahagian komen entri ni. Blog saya WAJIB ada di bahagian bloglist kawan-kawan dan jangan hanya letak link blog saya di sidebar atau letak link blog saya di page lain. Maksudnya blog saya letak di bahagian bloglist sama macam saya punya..

Baru la situasi win-win kan..betul tak? Masing-masing dapat tau update terkini blogger lain. 


Tinggalkan link tau http://www.emocutez.com


Selamat malam 

 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Saya tak sombong


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Saya sombong ye? saya blogger sombong ke? walaupun tak glamour tapi sombong eh? ntah la..saya pun tak tau..yang pasti, saya memang tak sombong.hehe. 

Baby, Baby Comel, Gambar Baby, Cute Baby, Cute Picture
saya sombong ye? comel betul baby ni..
Saya minta maaf kalau yang add saya di fb, tapi saya tak approve. Sebelum ni saya dah pernah buat satu entri dan saya harap sebelum add saya di fb, boleh baca dulu entri tu. Klik sini >TEKAN< saya tau, ramai yang add saya dari kalangan blogger ataupun add saya yang datang daripada blog ni. Baca je la entri kat atas tu..saya ada sebab yang tersendiri buat macam ni.

Lagipun dekat bahagian info saya dah tulis macam ni 



Kalau ada perkara yang nak tanya tentang blog, boleh tanya di page Salam Ukhuwah...kalau nak tanya tentang bisnes, boleh tanya di page Kedai Online Atika Aula. Ada di sidebar blog ni..sekarang ni fb pun dah ada button terbaru "SUBSCRIBE". Jadi, boleh subscribe je. Kalau ada information yang saya rasa perlu share secara public, saya akan share. Lagipun, takde beza pun kalau saya confirm..bukan dapat tengok gambar saya pun kalau jadi friends saya ^__^ 

Baby, Baby Comel, Gambar Baby, Cute Baby, Cute Picture
Jangan bersangka buruk dekat saya tau!! (^^,)


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tv Al-Hijrah Ustazah Pilihan


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Apa pendapat korang tentang program Ustazah Pilihan dan Solehah ? Tak payah jawab dulu..sebelum menjawab, saya rasa elok baca dulu pendapat-pendapat mereka yang menentang dan pendapat mereka yang menyokong. Lepas tu, baru boleh buat kesimpulan..cara macam tu saya rasa paling terbaik. 

tv al hijrah ustazah pilihan 

merupakan keyword saya dalam bulan ni, tapi saya lupa tarikhnya bila..yang pasti bulan ni. Bila program tu dah nak bermula, ramai juga yang search maklumat tentang program ni. Bila taip keyword kat atas..blog saya akan keluar di first page, dulu ranking yang ketiga waktu saya mula-mula cek. Tapi, sekarang dah jatuh ranking yang keenam kalau tak silap. Yela, program dah berjalan..semakin ramai yang mula menulis tentang program ni..jadi, blog saya yang kurang popular ni pun semakin jauh ke bawah. :)

Solehah, Solehah TV AlHijrah, TV Al Hijrah, Al Hijrah, Pencarian Solehah, Pencarian Pendakwah Wanita, Rancangan Realiti Solehah TV Al Hijrah 2011, Ujibakat Solehah 2011,Ustazah Pilihan, Ustazah, Astro Oasis, Pencarian Ustazah Pilihan, Ujibakat Ustzah Pilihan 2011, Program Realiti Ustazah Pilihan Astro Oasis 2011
Solehah, Solehah TV AlHijrah, TV Al Hijrah, Al Hijrah, Pencarian Solehah, Pencarian Pendakwah Wanita, Rancangan Realiti Solehah TV Al Hijrah 2011, Ujibakat Solehah 2011,Ustazah Pilihan, Ustazah, Astro Oasis, Pencarian Ustazah Pilihan, Ujibakat Ustzah Pilihan 2011, Program Realiti Ustazah Pilihan Astro Oasis 2011


Entri yang berkaitan dengan keyword tadi..Harapan saya terhadap Program Realiti Ustazah Plihan & Solehah
Klik kalau nak baca, bagi yang belum.

P/s : Saya masih lagi tak tau nak buat keputusan tentang program ni..pro atau kontra, tapi lebih kepada kontra rasanya :) up to you ~

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Saya suka Ana Muslim


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum

Saya suka Ana Muslim..ni bukan contest, ni bukan giveaway atau apa sekali pun. Ni hanya suka-suka je, saya nak bagi tau yang saya suka barangan Ana Muslim. Sebab utama ialah kartun muslimah yang comel..sesuai untuk wanita Islam. Kemudian, barang keluaran Ana Muslim semua comel-comel. Tapi sayangnya kebanyakan barangan kanak-kanak dan kalau ada untuk perempuan dewasa kan best :)

Majalah kebanyakannya semua untuk kanak-kanak je..tapi bagus juga la saya rasa sebab budak-budak kan suka kartun yang comel-comel secara tak langsung kalau diorang baca buku tu dapat juga manfaat dan kartun tu diorang dapat tiru untuk jadikan idola. Bagus kan..saya dah pernah tengok isi kandungan dalam buku ana solehah anak buah saya punya, memang menarik isi kandungan buku tu. Kartun comel, warna warni dan ada juga latihan atau games dalam buku tu. 

Disebabkan saya minat sangat dekat Ana Muslim, jadi saya order kad keahlian dekat laman web Ana Muslim. Murah je pun..RM 10 je. Kadnya pun ada gambar perempuan comel. (^^,) 

Ana Muslim, Ana Solehah, Buku Ana Muslim, Kartun Ana Muslim, Kad Ahli Ana Muslim, Wanita Comel, Kartun Comel
Macam ni la kad ahli saya ^__^

Setakat ni barang-barang Ana Muslim yang saya dah ada :

  • Pencil box
  • Buku nota (kecik & besar)
  • Kad ahli
  • Key chain
  • Buku terbitan Ana Muslim
  • Belog Salam Ukhuwah dengan model Ana Muslim ( dah kredit gambar tau ~ )



Akan datang nak beli baju, dompet dan lain-lain pulak..yela, kan dah ada kad ahli. Nanti dapat la diskaun.hehe ^^,



 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Salah faham terhadap Islam


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Misconception in Islam atau salah faham terhadap Islam..perkara ni dah lama berlaku kan. Sama ada salah faham itu datang daripada umat Islam itu sendiri atau salah faham orang bukan Islam kepada Islam.

Kalau ia melibatkan salah faham umat Islam itu sendiri kepada agama yang dianutinya..sebab utama ialah Kejahilan dalam ilmu agama. Mereka tidak dapat memahami ajaran Islam dengan baik dan akhirnya berprasangka buruk terhadap agama yang dianutinya sendiri. Pelik kan orang macam ni?!

Tapi, sekiranya salah faham itu datang daripada orang bukan Islam kepada Islam..ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana mereka tidak mempelajari apa yang di ajar oleh Islam dan bukan semua orang bukan Islam benci akan agama Islam. Waktu saya pergi mengikuti kursus anjuran MAIS dulu..salah satu ilmu yang saya dapat ialah tentang ini. 

Salah faham terhadap Islam, Misconception in Islam, Punca Salah faham dalam Islam, Kesan salah faham dalam Islam, Cara mengatasi salah faham dalam Islam, Salah faham, Islam, Islam itu indah


Punca salah faham terhadap Islam :

  • Media massa = Propaganda oleh mereka yang mengawal media massa. Mereka memburuk-burukkan Islam daripada segenap sudut sama ada dalam televisyen ataupun internet.
  • Bersikap prejudis = Prejudis terhadap Islam contohnya hal-hal seperti poligami, memakai hijab, berpuasa, hudud dan lain-lain. Tiada penerangan yang jelas dan akhirnya mereka membuat kesimpulan sendiri dan lahirlah perasaan berprasangka buruk terhadap Islam.
  • Muslim (Islam vs Muslim) = Mereka melihat Islam kepada sikap penganutnya, ramai orang Islam yang bersikap lebih teruk daripada mereka. Akhirnya, mereka tak nampak apa yang indah tentang Islam. Contohnya pergaduhan orang-orang politik sesama Islam.


Mungkin ada lagi beberapa punca salah faham terhadap Islam..jadi kita sebagai umat Islam, apa yang perlu kita lakukan? Fikirkan bersama-sama ~
( "Non Muslim" thinking )
Kebanyakan non muslim salah anggap tentang Islam..mereka sebenarnya tidak tahu hakikat Islam yang sebenar. Tidak semua orang bukan Islam membenci Islam dan ada juga orang bukan Islam sememangnya membenci Islam. Kita kena ingat perkara tu.  



 والسلام





Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula