Kempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!!


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum semua..

Selamat malam...kali ni saya nak anjurkan satu kempen la. Kempen saya ialah "Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah".


Blog, Blog Dakwah, Kempen Dakwah, Blog dan Dakwah, Blog Islam, Tujuan Blogging, Media Dakwah, Blog Media Dakwah, Salam Ukhuwah


ctrl+c untuk copy


Entri  dan kempen ini ada kaitan dengan entri saya yang terdahulu berkaitan dengan Tujuan Berblogging. Salah satunya adalah untuk berdakwah. Dakwah di sini bukan sahaja bermaksud kita bercerita dan membincangkan tentang Islam, tapi kempen saya ni lebih kepada supaya kita mengajak dan menyeru pembaca ke arah kebaikan. Maksud saya, asalkan benda baik, perkara baik..itu dah dikira dakwah. Seru ke arah kebaikan...

Dan saya harap blogger sekalian dapat memanfaatkan bakat penulisan yang dimiliki dengan cara mengajak kawan-kawan di luar sana tertarik kepada kebaikan. Kalau dapat membincangkan tentang Agama Islam itu sendiri lagi baik...kerana Islam itu merupakan cara hidup, tak kan terpisah walau kita berbicara tentang apa sekali pun. 

Saya harap kempen saya mendapat sambutan...ada beberapa syarat untuk join kempen ni, tak susah pun :

  • Buat satu entri bertajuk "Kempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!! ". Link entri tersebut hendaklah letakkan di bahagian komen entri ini.
  • Dalam entri kawan-kawan letakkan link blog saya.
  • Letak gambar di atas di dalam entri kawan-kawan
  • Kalau boleh, gambar tersebut letak di sidebar ye. 
  • Tag 3 orang rakan (lebih pun tak pe) pastikan mereka tau 

Harapan saya : Jangan ada caci mencaci dan memburuk-burukkan orang lain di dalam penulisan kita. Sama juga seperti mengumpat dan memfitnah. Kan lebih elok kalau kita tulis perkara yang boleh mendatangkan pahala buat diri kita sendiri..serta sampaikan ilmu yang kita ada. Tak susah kan??

Sama-sama lah kita memperbaiki hasil penulisan dari semasa ke semasa~



والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula