Haramkan rancangan solehah ?


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum

Sekarang ni orang senang-senang je nak letak hukum kan. Walaupun dia bukan ahli, tapi macam terlalu mudah untuk menghukum. Sebagai seorang pendakwah, anda bukan penghukum tapi sebagai penerang dan penasihat. Nasib diri kita sendiri pun kita tak pasti, ni kan nak letak nasib orang lain. Tapi, hukuman dalam Islam tetap ada..biarlah yang ahlinya menentukan. Oke..tajuk ni bukan kenyataan atau pun fatwa daripada sesiapa. hehe. Ni keyword blog saya je sebenarnya..




Bila search kat google, rupanya keluar la entri ni yang pernah saya taip dulu. Sila la >TEKAN<




Saya no komen la tentang rancangan-rancangan ni..niat bergantung pada setiap individu, kalau benar maka benar la. Masing-masing dah dewasa dan boleh pilih mana yang baik dan tak baik untuk diri sendiri. Kan..kan..kan? ;)

Oleh itu..ini lah kesimpulan daripada saya 



Tata

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Wanita & Make Up


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Wanita dan make up..cukup dekat kan. Yela, perempuan kan sentiasa nak nampak cantik, lagi-lagi bila keluar dekat public. Kalau boleh, nak dia la yang paling cantik. Oke, itu fitrah perempuan. Tapi, kita boleh didik diri kita dengan iman dan ilmu yang ada..bersederhana dalam setiap perkara. Itu yang terbaik. 

Mungkin ada dalam kalangan korang yang baca entri ni or mak ke, akak ke, adik ke yang terlalu obses dengan make up. Setiap bulan, belanja banyak habis ke barang make up. Lepas tu punya la lama nak bersiap-siap bila nak keluar sebab make up tebal, kalau takde make up sanggup tak keluar. Bagi saya, mereka yang terlalu bergantung dengan make up ni mereka yang tiada keyakinan diri. Yela..sebab tak yakin dengan diri sendiri sebab tu bergantung kepada benda lain untuk nampak cantik. Tak gitu?


make up set
Adakah barang make up korang macam ni ? #__#

Saya agak pelik dengan mereka yang sanggup bermekap tebal semata-mata untuk nampak cantik..siap dengan bulu mata palsu, gincu merah menyala, blusher dan sebagainya. Pendapat saya, daripada pakai make up lebih baik beli barangan kesihatan, biar kita cantik dari dalam. Tak perlu make up tebal-tebal..tapi yang paling cantik, cantik budi bahasa. Muka cantik tapi tak ada adab..tak kena jugak.

Oke..serius tak cantik langsung :p

Cuba tanya dekat lelaki..biasanya lelaki suka perempuan yang tak make up, maksudnya natural beauty. Kalau nak pakai pun sekadar nak hilangkan pucat kat muka ke..pakai yang basic je. Perempuan dah sememangnya menjadi tarikan kepada lelaki ditambah lagi dengan make up yang tebal, lagi la menjadi tarikan. Bangga ke ramai lelaki yang terpikat??  

Mereka yang bermake up tebal ni mungkin juga boleh dikatakan berhias untuk orang lain, bukan suami. Yela..tak kan bila kat rumah nak pakai blusher, nak pakai bulu mata palsu dan lain-lain. Of kos la bila keluar baru diorang bermake up tebal. Jadi kesimpulannya, berhias untuk siapa? Jawab la sendiri..kadang-kadang ada yang terover make up, nampak macam badut pulak. Oke, jangan marah. Serius cakap. hehe.

Bukan nak condemn mereka yang suka make tebal..tapi hakikatnya kita memang akan tua. Cukup la dengan menghiasi diri dengan berwajah manis dengan senyuman dan berwuduk. Cantik dalaman tu lagi penting berbanding hanya kecantikan luaran. Bila dah cantik kat dalam..akan membawa kepada cantik luaran. Kasi make up peribadi dan rohani dulu :) habiskan dulu untuk makanan tambahan rohani dan jiwa..itu lebih penting.

Eleh..aku tak make up pun cantik je. Jeles ke! hehe

P/s : Sori kalau ada yang terasa..saja nak berkongsi cerita :)
Gambar di atas tu anak buah saya ~

 والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Periksa


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum

Sekarang ni bagi student ipt kebanyakannya exam..ipta, tak tau la pulak untuk ipts kan. Oke, waktu exam..ramai yang update entri exam. Saya pun nak jugak. Takde la lambat sangat rasanya walau pun dah dua paper berlalu. Tinggal lagi 5 paper. Next paper selasa depan..sebab tu la ada masa nak menaip sikit. hehe.

Study-study jugak..tanggungjawab lain jangan lupa. Kita bukan je sebagai seorang pelajar tapi dalam konteks yang lebih besar, kita juga sebagai seorang hamba. Solat jangan lupa, buat baik jangan lupa. Oke, ni semua orang tau. Bagus la..

Saje letak gambar ni besa-besa biar korang dapat baca tulisan tu ha ..

Peperiksaan boleh juga disama ertikan dengan ujian yang kita lalui dalam hidup. Untuk melihat sejauhmana tahap diri kita..bukan hanya cakap-cakap je, tapi perlu diuji terlebih dahulu. Baru tahu siapa gred A, B atau pun C.

Apa-apa pun..biarlah semuanya ikhlas keranaNya. Semoga setiap ilmu yang dicurahkan oleh cikgu, pensyarah dan tutor dapat saya aplikasikan dalam hidup. Bukan hanya me"muntah"kannya dalam exam je. Bak kata cikgu saya waktu kat sekolah dulu.

Dalam exam, jangan meniru. Kena jujur dan amanah. Orang yang meniru, orang yang tak jujur dan tak amanah tambahan lagi orang yang tak percaya dengan kebolehan diri sendiri. Nampak simple je kan..tapi, besar maknanya tu. Kalau dapat result ok pun, tak berkat sebab bukan hasil daripada diri sendiri. Oke..semua orang dah tau agaknya.



Oke..doakan yang terbaik buat saya ye. Tak guna dapat 4 flat dalam exam andai sikap dan perangai tak seindah 4.0 tu. Peribadi pun kena 4.0 jugak !! :)



 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Baby


بسم الله الرحمن الرحيم


Kenapa semua orang suka baby?http://www.emocutez.com


Sebabnya :

- Comel
- Kecik je
- Wangi
- Macam anak patung
- __________ (Sila isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai) http://www.emocutez.com


Secara fitrahnya, kita memang suka kepada baby kan. Cuma mereka yang tak waras je akan campak baby merata-rata macam sampah. Anak sendiri pulak tu. Na'uzubillah min zalik..

Betapa hebatnya kuasa Allah, mencipta kita denga serba lengkap dan sempurna. Andai kata tiada sifat "sayang" dan rasa "ingin melindungi" seorang bayi..mesti manusia akan semakin pupus. Betul kan? Sebab kita dilahirkan tanpa mampu berbuat apa-apa dan perlu dijaga sepenuhnya oleh orang yang lebih besar sampai satu saat, kita boleh berdikari sendiri.

Sifat "kasih sayang" yang Allah campakkan ke dalam hati ibu bapa supaya sayang kepada anak-anak kecil. 




Gambar kat atas tu semua anak-anak buah saya..semua dah semakin besar. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah suatu hari nanti. Cepat besar ye. 


P/s : Rindu pada anak-anak buah..perasaan sukakan baby dan budak kecik semakin menebal dalam diri. Adakah itu satu petanda supaya cepat-cepat ada anak sendiri? http://www.emocutez.com

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Letak komen fb di entri blog


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Ramai yang tanya saya macam mana nak letak komen facebook di entri blog..ni hasil daripada idea sendiri sebenarnya lepas ikut tutorial orang lain tapi tak jadi -jadi. Tapi agak leceh la..tapi sebab dah ada yang bertanya, saya boleh share. Kalau tak faham, boleh tanya. Jangan segan. :D


Macam ni la ..

Ok..cara nya lebih kurang sama je dengan tutorial letak button subscribe di blog
Mula-mula klik link ni 


Lepas tu klik Comment



Kemudian, lepas dah publish post..copy link post tu then paste dekat sini. Boleh adjust-adjust ikut suka.



Dah siap, klik pada Get Code. Copy kod tu.



Buka balik post korang tadi dan tukar kepada Edit HTML..klik je. 



Paste kan kod tadi di bawah post..kalau nak letak tempat komen ni kat bawah la. Boleh letak ikut suka hati masing-masing :) 





Dah siap..tekan Compose kat atas tu dan Publish post tu balik.



Oke..dah siap. Memang leceh sebab kena buat satu-satu dan secara manual. Tapi, ini yang saya dapat buat. Try buat cara lain mesti tak jadi.
Selamat mencuba !!



 والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula