Background comel...sila ambil sekarang!!


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Malam ni saya nak bagi kawan-kawan background yang comel-comel..kalau suka, sila la ambil ye Comel, Cute Icon
Klk pada gambar untuk save, ctrl+c untuk copy kod


Background, Background Comel, Cute Background, Background Blog

http://2.bp.blogspot.com/-XUB_oP_czCc/TgIFK-9e5-I/AAAAAAAACHs/WaO4p8raJKU/s400/th-cutesetbg64.gif

Background, Background Comel, Cute Background, Background Blog

http://1.bp.blogspot.com/-WFZeIn3SQLM/TgIFAuLSn3I/AAAAAAAACHk/keBvfJiXRyY/s400/th-flowerbg112.gif

Background, Background Comel, Cute Background, Background Blog

http://3.bp.blogspot.com/-dq5-y3jXWg0/TgIEwc2ZcsI/AAAAAAAACHc/qeAQ9vlE6k0/s200/flowerbg131.gif

Background, Background Comel, Cute Background, Background Blog

http://2.bp.blogspot.com/-YYGQ6hfC84o/TgIElsdL3LI/AAAAAAAACHU/6dATN4RvnVc/s400/th-flowerbg111.gif

Background, Background Comel, Cute Background, Background Blog

http://1.bp.blogspot.com/-FPxV-wf3Nqc/TgIETnT2laI/AAAAAAAACHM/FHGRxtkeieA/s400/th-cutesetbg46.gif

Background, Background Comel, Cute Background, Background Blog

http://3.bp.blogspot.com/-pYdH1hJgeHM/TgIECNOy9NI/AAAAAAAACHE/D_N5imZKwt4/s400/th-flowerbg66.gif

Background, Background Comel, Cute Background, Background Blog

http://1.bp.blogspot.com/-QT4MFV1r7pQ/TgIDw19Z29I/AAAAAAAACG8/DKkpKarIh84/s200/flowerbg127.gif

Background, Background Comel, Cute Background, Background Blog

http://3.bp.blogspot.com/-bTTFBxZGhyU/TgIDgBOG0UI/AAAAAAAACG0/R4w-9zBxiOE/s400/th-cutebg32.gif

Background, Background Comel, Cute Background, Background Blog

http://2.bp.blogspot.com/-ujp0KYTiKj0/TgJ7_s5iAhI/AAAAAAAACKE/N7Xd5cihWxY/s200/flowerbg136.gif

Background, Background Comel, Cute Background, Background Blog

http://1.bp.blogspot.com/-Ul4g5BU9Vaw/TgIDBbSPvII/AAAAAAAACGk/UCSagZ9PE2I/s200/flowerbg129.gif

Background, Background Comel, Cute Background, Background Blog

http://2.bp.blogspot.com/-_C3ro79ASdg/TgICzBwl9qI/AAAAAAAACGc/OMgHRZES2bA/s200/flowerbg117.gif



Kalau ada, nanti saya bagi lagi ye..kalau dah ambil tu, komen la sikit :)
Cute Icon, Icon Comel


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Jalan Luas vs Jalan Sempit


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Tiba-tiba teringat pulak lirik lagu In Team ni tajuknya Jangan Kita Lupa

Hai manusia...
Yang hidup di dalam dunia ini
Jangan kita lupa... pada godaan dunia
Hidup ini adalah kurniaan dari Tuhan
Dan hidup ini janganlah dibuang percuma

Jalan yang sempit
Yang membawa kepada kehidupan
Jalan yang luas
Yang membawa kepada kehancuran
Ramai orang yang melalui jalan yang luas itu
Sedikit orang yang melalui jalan sempit itu

Hai manusia
Yang hidup di dalam dunia ini
Jangan kita lupa... pada godaan dunia
Hidup ini adalah untuk sementara waktu
Apa yang ditanam
Itulah nanti yang dipetik



Apa maksud Jalan sempit tu ye? Maksudnya ialah orang yang bersusah-susah dahulu untuk mencapai kejayaan, kesenangan, kekayaan dan lain-lain.

Maksud Jalan Luas tu pula apa ye? Maksudnya ialah orang yang suka mengambil cara atau jalan mudah atau lebih dikenali "short cut" untuk mencapai kejayaan, kesenangan atau kekayaan dalam hidup.

Zaman sekarang ni agak-agak ramai orang yang lalu jalan mana eh? Ada orang kata, dah jalan tu luas, mesti la ramai lalu situ tak kan nak lalu jalan sempit pula kan. Kalau ada yang cakap macam ni, maksudnya diorang tu tak faham bahasa kiasan. Dalam kehidupan kita sekarang ni, kita dapati ramai yang ambil rasuah, berjudi, merompak, dan lain-lain. Mereka semua ni lalu jalan yang luas, ambil cara yang mudah untuk kesenangan hidup di dunia iaitu dengan melakukan perkara yang ditegah oleh Allah. 

Namun, ada juga segelintir manusia yang masih lagi taat pada perintah Allah dengan cara mengambil jalan yang sempit iaitu mengumpul dan mencari rezeki dengan cara yang betul. Dengan bersusah payah dahulu. Dengan mengambil kira erti halal dan haram, menjaga setiap apa yang dilakukan. Dalam kehidupan manusia yang serba bercelaru, namun tak ramai yang mengambil jalan yang sempit ini.


Kemanisan Iman, Halawatul Iman, Iman, Rukun Iman, Islam, Rukun Islam


Hanya mereka yang taat perintah Allah sahaja yang akan merasa nikmat halawatul iman (kemanisan iman), dunia ni hanya sementara dan akhirat yang kekal abadi. Apa yang dilakukan di dunia, akan memberi kesan di akhirat kelak.. Dunia ini ladang akhirat. Apa yang ditanam, itulah nanti yang dipetik.

Doa, Tenang, Ketenangan, Islam, Orang Berdoa, Muslim

Sekian


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Jangan suruh anak anda pakai tudung


بسم الله الرحمن الرحيم

Tudung, Nilai Tudung, Aurat, Aurat Wanita, Wanita Solehah, Wanita Baik, Muslimah, Solehah, Perempuan Baik, Aurat Fitrah, Pakaian Menutup Aurat, Pakaian Sopan

Assalamualaikum

Setuju tak dengan tajuk kat atas? Saya setuju dengan apa yang saya cakap tu. Kawan2 plak macam mana? Ada bantahan? Bagi saya, saya rasa ibu bapa tak perlu suruh anak perempuan mereka pakai tudung. Tak perlu, betul. Tapi...
.
.
.
.
.
.
.
suruhlah anak anda tutup aurat
Maksud saya kat sini ialah bukan sahaja anak perempuan, tapi isteri, ibu, adik beradik dan yang bergelar wanita.
Apa beza suruh anak pakai tudung dan suruh anak tutup aurat eh?

Bezanya ialah bila hanya menyuruh anak pakai tudung, mereka akan pakai tudung tapi baju, seluar masih lagi tidak menutup aurat. Contohnya baju dan seluar ketat. Tapi, bila suruh anak tutup aurat. Mereka akan pakai dari hujung kepala hingga hujung kaki pakaian yang menutup aurat. Ramai wanita Islam sekarang yang bila keluar, tak memakai sarung kaki. Kaki tu juga aurat kan? Itu lah bezanya jika ibu bapa terlalu inginkan anak yang bertudung tetapi tidak sempurna menutup aurat berbanding ibu bapa yang inginkan anak mereka menutup aurat dengan sempurna.

Ramai kita lihat wanita muslimah sekarang ni pakai tudung tapi hanya menutup rambut je, ada juga yang pakai tudung tapi baju dan seluar ketat, pakai tudung tapi tak pakai sarung kaki, dan ada juga yang salah tafsir bila seseorang tu memakai tudung dan digayakan dengan apa jua pakaian, dah dianggap fesyen muslimah. Tengok aje la kat tv, majalah, artis-artis yang bertudung. Mereka tak sedar bahawa mereka menjadi ikutan orang lain.

Tudung, Nilai Tudung, Aurat, Aurat Wanita, Wanita Solehah, Wanita Baik, Muslimah, Solehah, Perempuan Baik, Aurat Fitrah, Pakaian Menutup Aurat, Pakaian Sopan

Ingatlah bahawa menutup aurat itu bukan hanya menutup rambut sahaja..tapi aurat wanita adalah keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Menutup aurat dengan sempurna itu lebih baik.

Tudung, Nilai Tudung, Aurat, Aurat Wanita, Wanita Solehah, Wanita Baik, Muslimah, Solehah, Perempuan Baik, Aurat Fitrah, Pakaian Menutup Aurat, Pakaian Sopan

Rupa nya masih lagi ada yang tidak faham dengan apa yang saya cuba sampaikan, cuba baca dengan betul dan teliti dulu sebelum buat kesimpulan. Apa yang saya ingin saya sampaikan ialah cara bagaimana untuk kita pastikan kaum muslimah menutup aurat dengan sempurna, bukan hanya sebahagian atau dengan memakai tudung sahaja. Sebenarnya kata-kata Jangan suruh anak pakai tudung, tapi suruh mereka tutup aurat adalah kata-kata yang saya ambil daripada kata-kata seorang pendakwah iaitu Cikgu Kamarul Zaman sewaktu saya menjalani kursus Perkaderan Dakwah di bawah anjuran MAIS. Cuba buka minda, jangan menyempitkannya.

Sekian

 والسلام 



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula