Salah faham terhadap Islam


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Misconception in Islam atau salah faham terhadap Islam..perkara ni dah lama berlaku kan. Sama ada salah faham itu datang daripada umat Islam itu sendiri atau salah faham orang bukan Islam kepada Islam.

Kalau ia melibatkan salah faham umat Islam itu sendiri kepada agama yang dianutinya..sebab utama ialah Kejahilan dalam ilmu agama. Mereka tidak dapat memahami ajaran Islam dengan baik dan akhirnya berprasangka buruk terhadap agama yang dianutinya sendiri. Pelik kan orang macam ni?!

Tapi, sekiranya salah faham itu datang daripada orang bukan Islam kepada Islam..ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana mereka tidak mempelajari apa yang di ajar oleh Islam dan bukan semua orang bukan Islam benci akan agama Islam. Waktu saya pergi mengikuti kursus anjuran MAIS dulu..salah satu ilmu yang saya dapat ialah tentang ini. 

Salah faham terhadap Islam, Misconception in Islam, Punca Salah faham dalam Islam, Kesan salah faham dalam Islam, Cara mengatasi salah faham dalam Islam, Salah faham, Islam, Islam itu indah


Punca salah faham terhadap Islam :

  • Media massa = Propaganda oleh mereka yang mengawal media massa. Mereka memburuk-burukkan Islam daripada segenap sudut sama ada dalam televisyen ataupun internet.
  • Bersikap prejudis = Prejudis terhadap Islam contohnya hal-hal seperti poligami, memakai hijab, berpuasa, hudud dan lain-lain. Tiada penerangan yang jelas dan akhirnya mereka membuat kesimpulan sendiri dan lahirlah perasaan berprasangka buruk terhadap Islam.
  • Muslim (Islam vs Muslim) = Mereka melihat Islam kepada sikap penganutnya, ramai orang Islam yang bersikap lebih teruk daripada mereka. Akhirnya, mereka tak nampak apa yang indah tentang Islam. Contohnya pergaduhan orang-orang politik sesama Islam.


Mungkin ada lagi beberapa punca salah faham terhadap Islam..jadi kita sebagai umat Islam, apa yang perlu kita lakukan? Fikirkan bersama-sama ~
( "Non Muslim" thinking )
Kebanyakan non muslim salah anggap tentang Islam..mereka sebenarnya tidak tahu hakikat Islam yang sebenar. Tidak semua orang bukan Islam membenci Islam dan ada juga orang bukan Islam sememangnya membenci Islam. Kita kena ingat perkara tu.  



 والسلام





Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula