Baca atau Komen?


بسم الله الرحمن الرحيم 

Blog, Blogger, Read, Baca, Komen, Comment, Baca atau Komen, Komen di Blog, SPAM, SPAM Link, SPAM Komen

Assalamualaikum

Mana lebih penting? Orang baca entri kita atau orang komen entri kita? Bagi saya, orang baca lebih penting. Walaupun tak ramai yang komen entri yang kita tulis, tapi tak bermaksud tak ramai yang baca kan. Mungkin mereka baca tapi tak komen atas sebab-sebab tertentu. Contohnya :

  • Memang suka jadi silent reader (macam saya la). Saya mungkin boleh dikategorikan jenis macam ni..sebab bagi saya, kalau tak ada nak komen apa-apa, saya tak akan komen. Paling kurang pun like je..tak pun, baca je. Tak komen tak bermakna saya tak membaca, betul tak?
  • Mungkin juga tak tau nak komen macam mana, maybe bagi mereka yang tiada blog. 
Kadang-kadang kita tengok pageview entri yang kita tulis tu beratus-ratus, tapi komen yang ada sikit je kan..takpe, jangan risau. Yang penting kita tau ada yang membaca..apa yang kita tulis tu dah disampaikan kepada orang lain, jumlah komen tak dapat menunjukkan nilai sebenar orang yang membaca entri tu.

Apa yang penting ialah orang membaca kan? Biasanya kalau dalam dunia realiti, kita tak suka orang komen-komen kan, tapi dalam dunia blogging..lain pulak cerita nya. Makin banyak orang yang komen kita, makin kita suka. Betul ke? Tapi kita mesti ingat, kalau kita nak orang komen..tak semestinya semua orang akan komen dan bagi pendapat yang sama dengan kita. Mungkin ada yang disebaliknya..biasanya anon la kan.hehe. Jadi, kita kena la terima. Sebab kita nak sangat orang bagi komen tentang apa yang kita tulis tu kan. 

Tak semua orang ada pendapat yang sama dengan kita, setiap orang ada pendapat dan pendirian masing-masing. Komen tu sama lah juga dengan memberi kritikan kan? Jadi, jangan risau kalau entri yang kawan-kawan tulis tu tak ramai yang komen, sebab yang paling penting..orang baca apa yang kita nak sampaikan tu.

Setuju ke tak??

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Iman mengatasi Akal


بسم الله الرحمن الرحيم

Isra' Mikraj, Perjalanan Malam, Erti Isra' dan Mikraj, Iman mengatasi Akal, Iman vs Akal

Assalamualaikum

Hari ni 27 Rejab bersamaan dengan 29 Jun 2011..pada 27 Rejab merupakan peristiwa berlakunya Isra' dan Mikraj. Kawan-kawan boleh baca dengan lebih lanjut kisah Isra' Mikraj di sini >TEKAN<

Saya tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Syed Mohd NorHisyam tentang Isra' Mikraj. Topik yang dibincangkan dan dikupas sangat menarik..Ustaz tersebut menulis bahawa apabila bertembung antara akal dan nas (Al-Quran), maka orang mukmin mestilah mengutamakan nas. Ini lah hakikat iman.Dan peristiwa Isra' Mikraj juga yang menyebabkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq mendapat gelaran As-Siddiq kerana mempercayai kisah yang diceritakan oleh Rasulullah sedangkan orang lain tidak mempercayai baginda pada ketika itu. As-Siddiq bermaksud yang membenarkan. Hal ini disebabkan oleh kerana iman mengatasi akal.

Selepas peristiwa Isra' dan Mikraj ini, lahirnya 2 kelompok manusia iaitu orang yang kembali murtad dan orang yang semakin bertambah keimanan mereka kepada Allah s.w.t. 


  • Orang yang murtad itu ialah orang yang mengutamakan logik akal berbanding iman mereka..mereka tidak dapat menerima bahawa perjalanan Rasulullah hanya berlaku dalam satu malam sedangkan pada hakikatnya ia mesti berlaku lebih kurang dalam 2 bulan untuk pergi dan balik. Oleh itu, sesatlah mereka.
  • Orang yang bertambah keimanan pula ialah mereka menilai perkara ini menggunakan keimanan dan bukannya akal fikiran di hadapan. Apabila mendengar ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Rasulullah, maka mereka terus mengimaninya.
Jika diaplikasikan konsep Isra' Mikraj pada zaman moden ini, sebagai contoh :

Dalam dunia perniagaan
  • Orang yang menggunakan akal semata-mata percaya bahawa mustahil sekiranya di dalam perniagaan yang tidak menggunakan unsur penipuan akan berjaya, tidak menggunakan unsur rasuah akan mendapat kekayaan. Bagi mereka, ia adalah mustahil.
  • Bagi orang yang berpegang kepada nas Al-Quran, mereka akan bertegas dan percaya bahawa Al-Quran dan hadis menegah perbuatan tersebut dan mereka menjamin bahawa rezeki itu ditentukan oleh Allah s.w.t.
Dari aspek undang-undang
  • Masih lagi wujudnya manusia yang mengenepikan hukum hudud dan qisas seperti mana yang telah ditetapkan oleh Allah supaya dilaksanakan oleh manusia, manusia yang angkuh ialah mereka yang mengenepikan arahan Allah dan melaksanakan undang-undang ciptaannya sendiri dengan menganggap bahawa undang-undang ciptaan mereka lebih hebat. Akibatnya, jenayah semakin berleluasa dan semakin parah. 
Dari aspek pentadbiran
  • Telah wujud sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh Rasulullah dan Khulafa' Ar-Rasyidin yang dapat dijadikan panduan dalam mentadbir negara berlandaskan Islam, pelbagai masalah yang wujud dapat dijadikan contoh berdasarkan pentadbiran Rasulullah dan para sahabat. Namun, masih lagi mengagungkan pentadbiran Barat yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam.
Jadikan ini satu prinsip hidup : "Apabila bertembung antara akal dan nas, maka nas mesti diutamakan." Walaupun pada hakikatnya akal yang benar dan tulus akan sentiasa selaras dengan nas, tetapi kadang-kadang manusia sering tewas apabila nafsu menguasai akal.


Allah s.w.t menjanjikan pertolongan kepada golongan yang mengutamakan iman dalam perbuatan. Semoga kita kekal dalam keimanan yang dibawa oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq.





P/s : Isi tulisan ini saya ambil sedikit daripada artikel yang saya sebutkan tadi, tapi terdapat pengolahan daripada ayat saya sendiri. Semoga bermanfaat..


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Etika Berlawak dalam Islam


بسم الله الرحمن الرحيم

Lawak, Gelak, Kelakar, Funny, Etika Berlawak Dalam Islam, Pelawak, Raja Lawak, Maharaja Lawak

Assalamualaikum

Kali ni saya nak kongsikan artikel yang saya baca di sebuah laman web..tentang hukum dan etika berlawak dalam Islam. Jom baca..


Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah s.a.w bergurau dengan seorang wanita tua.
Wanita itu berkata baginda, “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab, “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda s.a.w bersabda: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, “Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (H.R. Tirmizi dan Al-Baihaqi)
Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata, “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami.” Baginda menjawab: “Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.” (H.R. Tirmizi dan Ahmad)
Di sini, Dr. Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yang perlu dipatuhi dalam bergurau senda:
Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
Nabi s.a.w bersabda: “Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.” (H.R. Ahmad dan Ad-Darimi)
Nabi s.a.w bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan An-Nasai’e)
Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.
Firman Allah: “Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ (Al-Hujarat, 49:11)
Nabi saw bersabda: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (H.R. Muslim)
Termasuk dalam menghina ialah dengan meniru perbuatan orang lain.
Aisyah r.a berkata, “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.” (H.R. Ahmad dan Baihaqi)
Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (H.R. Thabrani)
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak ataupun betul-betul.” (H.R. Ahmad)
Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.
Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah, 2. Cerai, 3. Membebaskan hamba.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Sesungguhnya Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar Al-Quran. Firman Allah swt: “Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (An-Najm, 53:59-61)
Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (H.R. Ahmad dan Ibu Majah)
Saidina Ali r.a: “Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”
Said bin al-‘As berkata: “Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadapmu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping denganmu berasa rimas.”


P/s : Semoga etika ni dapat dijadikan garis panduan kepada sesiapa yang gemar bergurau senda dan berlawak~


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Selangorku


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum

Tiba-tiba teringat pulak waktu sekolah..waktu sekolah dulu, tiap-tiap kali perhimpunan je mesti nyanyi lagu Negeri Selangor. Lepas nyanyi lagu Negaraku..nyanyi lagu negeri Selangor. Waktu sekolah rendah dulu, perhimpunan tiap-tiap hari Isnin..waktu sekolah menengah, perhimpunan waktu hari Jumaat. Lepas nasyid Asma'ul Husna, Negaraku..mesti nyanyi lagu ni. Yela, sekolah di Selangor kan. Mesti la nyanyi lagu negeri..:) waktu kat Ukm..dah takde dah, mungkin sebab pelajar bercampur daripada semua negeri..tak adil la kalau nak nyanyi 1 lagu negeri je kan..nanti mesti ada yang tak tau. Biasanya yang di nyanyikan ialah lagu Varsiti Kita..

Ini ialah Sultan Selangor...DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj
Ni lagu Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia




Ni muzik je..agak-agak je la nak nyanyi macam mana..hehe.

Ni Jata Selangor

Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

Ni bendera Selangor

Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan sabit dan bintang pula ialah sebagai lambang agama Islam, agama rasmi negeri Selangor manakala kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.


Sumber dan maklumat lanjut : >TEKAN<


P/s : Rasa macam nak pergi sekolah balik je...:)

 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Saya Anak Selangor


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Kali ni saya nak cerita sikit tentang sejarah hidup saya..boleh kan? :)

Kalau nak tau nama penuh saya, klik la kat bahagian Diriku tu..saya merupakan anak jati Selangor. Sepanjang hidup saya selama 22 tahun, saya tak pernah menetap di negeri lain kecuali Selangor..jangan cakap saya ni katak bawah tempurung ye.hehe. Setiap sesuatu yang kita lakukan mesti ada sebab yang munasabah kan..kalau nak tau, nanti saya bagi tau..

Mak ayah saya asal daripada Perak Darul Redzuan..dan mak ayah dah berhijrah ke selangor hampir 40 tahun. Lebih kurang la..mak berasal dari Bagan Datoh, Perak dan ayah berasal dari Teluk Intan, Perak.

Saya pula lahir di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, (HBTAR) Klang, Selangor pada tahun 1989 (tarikh lahir sebenar tak perlu la diberitahu). Jadi, secara automatiknya saya jadi anak Selangor.

Waktu tu kami sekeluarga menetap di Klang, Selangor. Di Kampung Jawa. Ramai yang kata kampung ni orang Jawa yang duduk..tapi tak la, ramai orang Melayu je..saya sendiri anak Jawa ( mak Melayu + ayah Jawa) tapi saya tak tau nak cakap Jawa. Sikit-sikit tu tau la..hehe. Rumah saya berdekatan dengan Masjid Dato' Dagang.

Ni la Masjid Dato' Dagang
Waktu 6 tahun, saya masuk sekolah tadika. Tapi dah lupa nama nya.hehe. Darjah 1, saya masuk Sekolah Kebangsaan Klang (SKK) untuk sekolah kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama Kampung Jawa (SRAKJ) untuk sekolah agama.
Masuk tingkatan 1, saya bersekolah di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTiSH). Saya bersekolah di sana dari tingkatan 1 sampai tingkatan 6 atas STPM. Memang banyak kenangan saya kat sekolah ni. Impian saya bila dah tamat belajar, nak jadi guru kat sekolah ni..nak berkhidmat balik kat sekolah sendiri. InsyaAllah~


Dulu sekolah ni namanya Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin je, tapi pada 29 april 2010..DYMM Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj)  merasmikan penukaran nama sekolah ni dan di tambah dengan gelaran "sultan". Sebenarnya sekolah ni ditubuhkan oleh Sultan Hisamuddin (atuk baginda). Jadi, bila letak sultan..baru jelas sikit sejarah penubuhan dan pengasasnya. 



Tamat sekolah menengah lepas 6 STPM, saya menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor. Dalam bidang Pendidikan selama 4 tahun dan saya ditaja oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ( SUK) iaitu khas untuk anak Selangor sahaja.


Bangunan SUK

Dari lahir sampai sekarang saya di Selangor je kan..bagi saya, tak perlu pergi ke tempat lain..sebab di Selangor dah banyak kemudahan. Pelbagai kemudahan..orang dari luar pun datang ke Selangor untuk belajar dan bekerja kan. Lagi pun di Selangor negeri Maju dan Kuala Lumpur pun terletak di dalam Selangor. Setakat ni saya tak terfikir lagi nak keluar menetap dari negeri Selangor. 


Mungkin bila dah bersuami pun masih duduk di Selangor..di Jeram, Selangor. InsyaAllah.hehe

Sekian

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Diskriminasi (Satu Realiti)


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Saya nak kongsi dengan kawan-kawan gambar kartun ni, comel la. Tapi, disamping tu..dalam gambar ni ada mesej yang sangat jelas. Saya rasa tak perlu saya tulis dan huraikan panjang-panjang..jom kita tengok, baca, faham dan fikir..

Diskriminasi, Kartun Islam, Muslim, Orang Islam Ditindas, Muslim, Hakikat Islam

Diskriminasi, Kartun Islam, Muslim, Orang Islam Ditindas, Muslim, Hakikat Islam

Diskriminasi, Kartun Islam, Muslim, Orang Islam Ditindas, Muslim, Hakikat Islam

Diskriminasi, Kartun Islam, Muslim, Orang Islam Ditindas, Muslim, Hakikat Islam

Diskriminasi, Kartun Islam, Muslim, Orang Islam Ditindas, Muslim, Hakikat Islam

Diskriminasi, Kartun Islam, Muslim, Orang Islam Ditindas, Muslim, Hakikat Islam

Diskriminasi, Kartun Islam, Muslim, Orang Islam Ditindas, Muslim, Hakikat Islam
Diskriminasi, Kartun Islam, Muslim, Orang Islam Ditindas, Muslim, Hakikat Islam
Diskriminasi, Kartun Islam, Muslim, Orang Islam Ditindas, Muslim, Hakikat Islam


Diskriminasi, Kartun Islam, Muslim, Orang Islam Ditindas, Muslim, Hakikat Islam
Diskriminasi, Kartun Islam, Muslim, Orang Islam Ditindas, Muslim, Hakikat Islam


Ini lah realiti kehidupan ..sekarang ni, siapa yang menekan siapa? Semuanya telah jelas dan terang. Mana perginya Hak Asasi Manusia yang konon-kononnya diperjuangkan tu. Ish3..dunia o0o0o dunia.


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Alangkah kerdilnya diri ini


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Selamat pagi semua, alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas lagi pada pagi ni..semua ni dengan kehendak dan izin dariNya. Alhamdulillah~

Kali ni saya nak ajak kawan-kawan berfikir sejenak tentang siapa sebenar diri kita, menyedari tentang hakikat seorang hamba yang lemah..yang hanya tiada daya upaya melainkan dengan izin daripada Nya.  Ok, jom ikut saya..


Galaksi, Galaksi Bima Sakti, Galaksi Di Dunia

Ini adalah galaksi bima sakti, dimana terletaknya bumi kita. Salah satu galaksi yang ada di angkasa.

Planets, Gambar Planet, Planet-Planet

Bumi iaitu tempat yang kita diami terletak dalam sistem suria dan merupkan planet yang ketiga kedudukannya daripada sistem suria.

Bumi, Muka Bumi, Dunia, Dunia Bulat, Bumi Bulat, Bulatan, Earth,

Ini ialah bumi, semua orang tau..

Peta Dunia, World Map, Map, Peta, Peta Bumi, Muka Bumi, Dunia

Benua, Benua Asia, Peta Dunia Asia, Bentuk Muka Bumi Asia, Asia

Malaysia terletak di benua asia..salah satu benua yang terdapat di dalam dunia

Peta, Peta Malysia, Malaysia, Peta di Malaysia, Bentuk Muka Bumi Malaysia

Ni peta Malaysia...

Selangor, Peta Selangor, Selangor Idamanku, Negeri Selangor, Selangor Darul Ehsan

Sekarang saya tinggal di Selangor

Klang, Peta Klang, Klang Bandar Diraja, Klang Ibu Negeri, Selangor, Selangor Darul Ehsan

Ini bandar Klang, Selangor

Klang, Peta Klang, Bandar Klang

Sekarang saya berada di  Kampung Jawa, Klang

Rumah, House, Big House, Rumah Besar, Rumah Cantik, Rumah Indah, Rumah Mewah, Rumah Idaman, Rumah Impian

Berada di dalam sebuah rumah daripada banyak-banyak rumah yang ada (gambar dari google)

Katil, Bilik, Bilik Tidur, Kamar, Bed, Bedroom, Bilik Tidur Kemas, Bilik Tidur Cantik

Dan berada d dalam sebuah bilik (gambar dari google)


Cuba kawan-kawan bayangkan diri masing-masing...dapat tak kita rasakan bahawa betapa kerdilnya diri kita, betapa hinanya diri kita dihadapan Allah, betapa lemahnya diri kita. Mungkin jika dilihat atau diteropong dari pandangan angkasa Malaysia pun kita tidak kelihatan, apatah lagi jika dilihat daripada galaksi bima sakti tadi kan. 

Tapi, kita tetap angkuh..tetap sombong dengan Allah. Masih lagi berterusan melakukan kemungkaran, hari-hari melakukan maksiat dan dosa. Masih lagi ada yang tidak mahu sujud kepadaNya, tidak mahu patuh dengan arahanNya. Walaupun kita melakukan dosa, Dia dengan sifatnya yang Maha Pengasih..masih lagi memberi kesempatan dan peluang untuk kita menggunakan nikmatNya iaitu menyedut udaraNya, makan dan minum, diberikan kesihatan badan, harta kekayaan, dan lain-lain. Dia juga masih memberi peluang dan kesempatan untuk bertaubat selagi nyawa tidak sampai ke kerongkong. Begitu pengasih dan penyayangnya Allah s.w.t.  

Oleh itu, tak perlu lah kita berasa hebat atau ujub dengan diri masing-masing, kita perlu sedar..kita tak memiliki apa-apa, tubuh badan dan nyawa kita pun adalah milik Allah s.w.t. Betul kan? Tak ada sebab untuk kita merasa diri ini begitu hebat, jika tiada bantuan dan izin dariNya..kita tak mampu melakukan apa-apa pun. Muhasabah itu perlu untuk diri kita, supaya kita tak leka dan alpa dan supaya kita sedar bahawa kita hanyalah seorang hamba. Hamba tidak memiliki apa-apa dan hamba hanya mempunyai tugas untuk memberi (berkhidmat) dan bukan memiliki(berasa diri besar dan hebat)..


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tabarruj (Berhias) boleh atau tidak? Khas untuk wanita


بسم الله الرحمن الرحيم

Wanita, Wanita Solehah, Muslimah, Perempuan Baik, Menutup Aurat, Wanita dan Aurat, Tabarruj, Makna Tabarruj
Tak perlu nak berfesyen sangat..yang penting, menutup aurat dan menjaga maruah diri dengan baik :)
Assalamualaikum

Sekarang ni ramai kita lihat para wanita muslimah yang suka sangat berfesyen kan, berfesyen tak salah..tapi aurat itu lebih utama. Sebelum nak berfesyen, fikir lah dulu soal aurat. Biarlah kita tak dipandang manusia, tapi kita dipandang oleh Allah. Apa lah guna jika mendapat perhatian manusia tapi murka Allah ada di situ. Seiring dengan perkembangan internet seperti laman sosial,blog dan banyak lagi..menyebabkan wanita muslimah seolah-olah kurang sifat malu yang sepatutnya ada di dalam diri mereka. Ramai juga yang gemar untuk berkongsi gambar yang mungkin lebih sesuai untuk tatapan peribadi sahaja. Mungkin mereka tidak kisah sekirannya gambar mereka dicuri dan dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu.Tapi apa yang saya ingin kata kan di sini ialah bukan para wanita yang tidak menutup aurat. tetapi mereka yang menutup aurat tetapi tabarruj. Apa tu tabarruj? Jom kita baca..

Soalan:  Saya tahu bahawa Tabarruj adalah cara berpakaian atau perbuatan berhias secara berlebih-lebihan yang boleh menarik perhatian. Jadi, jika Khimar (tudung) seseorang wanita itu kecil, maka kelihatan leher atau rambut wanita tersebut, maka,  adakah ia dianggap Tabarruj? Walhal, rambut dan leher yang  kelihatan hanya sedikit dan tidak menarik perhatian dimana kebanyakan wanita yang tidak berjilbab biasanya berjalan dijalan-jalan  dan mereka tidak menarik perhatian?

Jawapan:
Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).  Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki.  Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah  dilarang.

Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.

Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya,  dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung.

Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.

Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang  samada ia menarik perhatian ataupun tidak.
Dalil tentang perkara ini adalah; (Maksudnya)
        
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [TMQ An-Nur (24):31].

Seseorang wanita itu dilarang untuk berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatian kearah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu, berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Kesimpulan: Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.

Oleh itu, berpakaian walaupun dengan cara yang dibenarkan tetapi menarik perhatian seperti yang diterangkan diatas, adalah Tabarruj dan dilarang. Ini hanya boleh diketahui dari keadaan dan realiti persekitaran dimana wanita tersebut tinggal dan untuk mengetahui kebiasaan disana tidak sukar kerana komuniti – lelaki dan wanita boleh menilai dan mengetahuinya.

Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak.  Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, dimana seseorang wanita itu dilarang untuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian. Allah Subhanahu wa Taala berfirman : (Maksudnya)

 
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]

                                                     
kecuali yang (biasa)  nampak daripadanya”  bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam,  pernah bersabda,

Jika seorang anak  perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan”       [Riwayat Abu Dawud]

Oleh yang demikian,  menurut dalil-dalil yang diberi, seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya.  Inilah kewajipan  untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Allah Subhanahu wa Taala  berfirman; (Maksudnya)
   
Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” [TMQ Al-Nur (24) : 31]
yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi  bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja.
Jadi, kalau pun nak berhias..tunjukkan lah pada yang layak sahaja iaitu suami sendiri. Dapat pahala, nak buat pose menggoda? Tunjukkan pada suami sahaja. Nak pose manja2? Buat la depan suami je..wanita itu kaya dengan sifat malu, bila hilang malu tu..nak digelarkan apa lagi?

Sama-sama lah kita perbaiki diri..saya juga wanita, saya juga tak sempurna..tapi tak salahkan kita saling nasihat menasihati .

 والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Untukmu Kaum Hawa


بسم الله الرحمن الرحيم

Wanita Solehah, Muslimah, Cute, Perempuan Comel, Menutup Aurat, Perempuan Baik

Utk kaum hawa.......
Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah
Kebaya ketat, kain terbelah

Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah
Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung

Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung
Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’

Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung
Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan
Menutup aurat satu syariat

Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Di dunia selamat, di akhirat hebat~

Salam terbaik ummat


P/s : Saya copy artikel ni daripada satu group di FB. Semoga bermanfaat :)

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Background comel lagi



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Pagi ni saya nak bagi background comel-comel lagi  :n:
Klik pada gambar untuk save, nak copy kod..tekan ctrl+c


Background, Background Comel, Cute Background, Background Blog

http://3.bp.blogspot.com/-slZ4BL3SC7I/TgJxxBXcrsI/AAAAAAAACJM/6vdVACsetcA/s200/flowerbg135.gif

Background, Background Comel, Cute Background, Background Blog

http://4.bp.blogspot.com/-nZhFOaJrHC8/TgJx_ZnjraI/AAAAAAAACJQ/tv0xTOHFn-Q/s1600/th-pink1.gif

Background, Background Comel, Cute Background, Background Blog

http://1.bp.blogspot.com/-BDfUjcNSbh8/TgJyIRh-jnI/AAAAAAAACJU/GnorEl41mm4/s1600/th-cutebg36.gif

Background, Background Comel, Cute Background, Background Blog

http://2.bp.blogspot.com/-_q79THCDymc/TgJyS2LhzGI/AAAAAAAACJY/E8tyNoliqb0/s1600/th-cutebg45.gif


http://4.bp.blogspot.com/-qiInZoT5W1E/TgImuNBn7PI/AAAAAAAACIw/shmiQKkoAsk/s400/th-flowerbg99.gif



http://4.bp.blogspot.com/-DpYJuloQ_V4/TgImt8Ls9xI/AAAAAAAACIo/xiOX9wKTxUY/s400/th-cutesetbg66.gif


http://1.bp.blogspot.com/-VUNOK7CqcHw/TgImtm5-WCI/AAAAAAAACIg/a3C0rqht7Mk/s400/th-cutesetbg56.gif


http://2.bp.blogspot.com/-9IhhvUNXz-M/TgImtWHERyI/AAAAAAAACIY/ga3MSMUKxag/s400/th-cutebg40.gif


http://4.bp.blogspot.com/-gaYBss9P5xk/TgImtMXPoqI/AAAAAAAACIQ/qarwvl1JNEs/s400/th-cutebg50.gif

Background, Background Comel, Cute Background, Background Blog

http://2.bp.blogspot.com/-aJSLwtQYAfQ/TgJyn7zgR0I/AAAAAAAACJc/OmCC_x9u1-A/s1600/th-flowerbg121.gif

Kalau dah ambil 2, tinggalkan la komen sikit :)

Cute IconCute IconCute IconCute IconCute IconCute IconCute IconCute Icon:128:


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula