Kategori Apa Ye?


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Setiap blog mesti ada kategori tersendiri kan..sama ada blog personal, blog perniagaan, blog kesihatan, blog agama, blog tutorial dan macam-macam lagi. Kategori-kategori ni memudahkan orang lain untuk rujuk dan tahu kat mana untuk rujuk sumber-sumber agama, kat mana nak rujuk resepi-resepi terbaru dan lain-lain lagi. Tapi ada satu perkara yang saya selalu fikirkan tau..saya sendiri tak pasti blog saya terletak di bawah kategori apa. Kalau waktu masuk pertandingan atau bila nak letak dalam bloglist blogger lain, saya paling susah nak letak kategori blog sebab saya sendiri pun tak pasti blog saya kategori apa. 

Kemudian, bila saya blogwalking dan jumpa ada kawan-kawan blogger letak blog saya dalam senarai bloglist..mesti dalam kategori yang berbeza-beza tau. Ada dalam bahagian agama, ada yang letak dalam bahagian tutorial, ada yang letak blogger ikut jantina dan ada juga yang letak blog favourite dan macam-macam lagi la kan. Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih sangat sebab letak blog saya dalam bloglist kawan-kawan. Terima kasih tau!!http://www.emocutez.com

Mungkin kawan-kawan boleh kategorikan sendiri blog saya terletak dalam kategori apa, ikut la maklumat mana yang kawan-kawan suka rujuk. Kalau suka rujuk tentang info-info agama, boleh letak bahagian agama. Kalau kawan-kawan suka rujuk tutorial yang ada di blog saya, letak la dalam kategori tutorial. Kalau suka lagu-lagu, letak lah dalam kategori lagu..terpulang la yang penting jangan kategori yang tak elok sudah la kan.http://www.emocutez.com 

Dulu saya pernah terbaca satu tips, dah lama dan saya tak ingat kat mana. Apa yang saya baca ialah kalau nak berjaya dan nak ramai datang blog kita..kena tulis pelbagai perkara sebab tak semua suka perkara yang sama dan orang akan mencari pelbagai perkara yang berbeza. Kalau kita tulis macam-macam hal..jadi, blog kita lebih banyak maklumat. Itu lah salah satu tips blogging. Mungkin jugak..saya pun masih lagi dalam proses percubaan ni. 


Blog, Blogspot, Blogger, Blog Button, Icon Blog, Category, Kategori Blog



P/s :Kawan-kawan rasa blog saya sesuai kategori yang mana ? http://www.emocutez.com


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tutorial Ubah Saiz Gambar


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Saya nak ajar kawan-kawan cara nak ubah saiz gambar, kadang-kadang ada gambar yang besar dan bila nak letak di sidebar tak sesuai kan? Kalau di bahagian entri kita mudah untuk adjust kan..tapi di sidebar kita kena tambah kod untuk adjust saiz gambar tersebut. Tak kira la banner ke, award ke atau apa-apa. Maksudnya gambar format png atau jpg.


Ok, jom tengok dan boleh cuba lepas ni ye..



<a href="http://2.bp.blogspot.com/-NaA4pk-IBu0/Tk3a1j78j6I/AAAAAAAACmk/_XKnmAm3VMk/s1600/Upin+Ipin+dan+Kawan-kawan.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" height="320" src="http://2.bp.blogspot.com/-NaA4pk-IBu0/Tk3a1j78j6I/AAAAAAAACmk/_XKnmAm3VMk/s400/Upin+Ipin+dan+Kawan-kawan.jpg" width="400" /></a>

Ni kod gambar yang saya upload dan kod gambar ni dah sedia ada saiznya..kalau nak adjust, lebih mudah. Ubah je height dan width tu.



<a href="http://2.bp.blogspot.com/-NaA4pk-IBu0/Tk3a1j78j6I/AAAAAAAACmk/_XKnmAm3VMk/s1600/Upin+Ipin+dan+Kawan-kawan.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" height="256" src="http://2.bp.blogspot.com/-NaA4pk-IBu0/Tk3a1j78j6I/AAAAAAAACmk/_XKnmAm3VMk/s320/Upin+Ipin+dan+Kawan-kawan.jpg" width="320" /></a>

Lepas dah diubah..


Saya bagi gmbar yang tak ada saiz pulak eh..



<a href="http://atikaahmadiah.blogspot.com/"target="_blank"><img src="http://i1116.photobucket.com/albums/k566/Atika_Aula/cats.png" border="0"></a>

Tengok kod kat atas tu tak ada saiz kan? Ok, kita tambahkan height dan width macam ni..




<a href="http://atikaahmadiah.blogspot.com/"target="_blank"><img src="http://i1116.photobucket.com/albums/k566/Atika_Aula/cats.png" border="0" height="150" weight="150" ></a>


height dan width tu pastikan saiz yang sesuai dengan gambar

Dah siap!! Selamat Mencuba ~


Tengok jugak tutorial gambar tak boleh klik. Cara 1 dan cara 2.

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula