Keindahan Senibina pada Zaman Bani Umayyah



بسم الله الرحمن الرحيم


Bani Umayyah, Bani Umaiyah, Peta Andalusia, Kerajaan Bani Umayyah, Senibina Andalusia, Senibina Bangunan Menakjubkan, Sejarah dan Tamadun Islam, Zaman Banu Umayyah

Zaman Bani Umayyah merupakan zaman selepas pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin. Zaman ini terdapat pelbagai pembaharuan, akan tetapi tidak lagi mencapai tahap kegemilangan dalam Islam. Antara yang dapat dibanggakan sehingga kini ialah hasil seni bina nya. Sebagai contohnya, pada zaman Bani Umayyah telah dibina sebuah masjid besar Cordova  (Sepanyol) oleh Abd al-Rahman al-Dakhil  setelah itu diperluaskan dan diperindahkan oleh Abd al-Rahman II, al-Hakam II, dan al-Mansur. Keistimewaan masjid ini dilihat dari segi kehalusan dan keindahan seni binanya yang tidak dijangkakan pada waktu itu sehingga ia pernah disifatkan sebagai salah satu keajaiban seni bina dunia.


Bani Umayyah, Bani Umaiyah, Peta Andalusia, Kerajaan Bani Umayyah, Senibina Andalusia, Senibina Bangunan Menakjubkan, Sejarah dan Tamadun Islam, Zaman Banu Umayyah
Masjid Cordova
Selain dari Masjid Cordova pembinaan Madinah al-Zahra’ oleh Abd     Rahman III juga dianggap sebagai salah satu seni bina Islam sepanyol yang mengkagumkan. Walaupun bandar ini telah runtuh tetapi para pakar arkeologi berpendapat bahawa  bandar istana ini mempunyai seni bina yang menarik berupa benteng-benteng pertahanan yang dibina pada zaman Bani Umayyah Sepanyol. Sehingga ke hari ini Madinah al-Zahra’ masih lagi berada di dalam pemantauan pakar arkeologi dan sememangnya dibuka sebagai salah satu tempat tarikan pelancong di Sepanyol. 

Madina Az- Zahra', Bani Umayyah, Bani Umaiyah, Peta Andalusia, Kerajaan Bani Umayyah, Senibina Andalusia, Senibina Bangunan Menakjubkan, Sejarah dan Tamadun Islam, Zaman Banu Umayyah
Madinah Az Zahra'

Bani Umayyah, Bani Umaiyah, Peta Andalusia, Kerajaan Bani Umayyah, Senibina Andalusia, Senibina Bangunan Menakjubkan, Sejarah dan Tamadun Islam, Zaman Banu Umayyah
Senibina Air Pancut di Granada

Kemuncak seni bina Islam         Sepanyol boleh dilihat pada pemerintahan Kerajaan al-Nasriyyah di Granada. Ini kerana pencapaian masyarakat Islam Granada dalam tamadun sememangnya terserlah kepada kejayaan gemilangnya dalam kesenian. Senibinanya lebih mengutamakan keindahan hiasan dalaman sesuatu binaan berbanding hiasan di bahagian luaran Antara bahan yang digunakan untuk binaan hiasan seni ukir dalaman ini ialah batu-bata, jubin, plaster, tembikar, kayu, tembaga besi dan batu marmar. Pembinaaan kolam dan pancutan air pula bagi melambangkan identiti dalam             konsep kesenian Islam di Granada.


Bani Umayyah, Bani Umaiyah, Peta Andalusia, Kerajaan Bani Umayyah, Senibina Andalusia, Senibina Bangunan Menakjubkan, Sejarah dan Tamadun Islam, Zaman Banu Umayyah
Ukiran Kaligrafi pada tiang bangunan
Mozek juga digunakan dengan meluas terutama di masjid-masjid, istana sultan dan rumah para pembesar serta tempat-tempat mandi awam. Selain itu seni kaligrafi juga digunakan secara meluas sebagai hiasan dalaman sesuatu binaan di Granada. Ianya talah memainkan peranannya dalam menonjolkan bentuk dan nilai estetika melalui ukiran tulisan yang berasaskan ayat-ayat al-Quran ungkapan kesusasteraan dan puisi-puisi Arab.


Bani Umayyah, Bani Umaiyah, Peta Andalusia, Kerajaan Bani Umayyah, Senibina Andalusia, Senibina Bangunan Menakjubkan, Sejarah dan Tamadun Islam, Zaman Banu Umayyah

Ukiran tulisan-tulisan ini digunakan untuk menghiasi dinding bangunan, jubin, pelbagai jenis tembikar tekstil dan sebagainya. Semua seni ukiran ini diilhamkan melalui imaginasi pengukir kalighrafi terhadap tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan geometri.


Bani Umayyah, Bani Umaiyah, Peta Andalusia, Kerajaan Bani Umayyah, Senibina Andalusia, Senibina Bangunan Menakjubkan, Sejarah dan Tamadun Islam, Zaman Banu Umayyah
Istana Al Hambra
Perlu diberi perhatian bahawa kesenian Islam Granada ini amat unik, menakjubkan istimewa dan dianggap sebagai kemuncak kepada keagungan kesenian Islam di Andalus. Buktinya dapat dilihat melalui pembinaan seni bina istana Alhambra’. Alhambra merupakan sebuah bangunan yang sangat indah yang terletak di atas sebuah bukit Sierra Nevada di pinggir kota Granada yang mana ianya dipenuhi dengan hiasan berwarna emas dengan reka bentuk yang sangat menakjubkan dan pernah dianggap sebagai bangunan yang paling indah di dunia.


Kita perlu ingat bahawa Islam pada masa dahulu pernah mencapai kegemilangan sebelum orang Barat..tamadun Islam mencapai kegemilangan pada waktu Barat mengalami Zaman Gelap. Akibat daripada kealpaan umat Islam itu sendiri, akhirnya tamadun yang gilang gemilang akhirnya runtuh dan orang Barat mula "mencuri" khazanah berharga milik orang Islam iaitu Ilmu Pengetahuan yang dipelopori oleh cendikiawan dan ahli sarjana Islam. Mereka "mencuri" nya dan mengembangkannya dan hingga kini mereka mengatakan bahawa ilmu-ilmu tersebut milik mereka. Sedar lah wahai umat Islam, sedikit kita alpa..ramai musuh yang akan mengambil kesempatan atas kealpaan tersebut. Dan ingatlah ..Islam pasti akan bangkit suatu hari nanti. Akan menjadi gemilang kembali seperti suatu masa dahulu..


P/s : Tajuk Assigment saya dalam subjek Sejarah dan Tamadun Islam. :)


Sekian


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula