Kambing dan Telaga Buta


بسم الله الرحمن الرحيم 


Kambing, Kambing Senyum, Senyum Kambing, Kambing Comel, Goat

Ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana ingin membantu mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu. Perbincangan mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak temui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut. Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelak bau busuk bangkai si kambing.

Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib si kambing. Bukan sekadar jatuh ke dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung. Pasti tamat riwayat si kambing. Namun kambing tersebut tidak berputus asa. Setiap kali tanah dan pasir di tuang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya. 

Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan sang kambing, sebaliknya dia makin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya si kambing terselamat. Dia melompat keluar dengan girang.

Pengajaran : Allah berfirman yang bermaksud : " Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah 94 : 5-6)

P/s : Diri kita sendiri yang dapat menentukan nasib kita di masa hadapan. Saya salin kisah ni dari dalam buku untuk dijadikan pedoman bersama~


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Kapal Karam


بسم الله الرحمن الرحيم


Kapal, Kapal Karam, Kapal Laut, Kapal Rosak, Kapal Besar, Kapal Lukisan


Seorang lelaki tersadai dipinggir sebuah pulau. Dia satu-satunya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup. Apabila menyedari bahawa dia hanya seorang diri di pulau kecil dan terpencil itu, dia berdoa kepada Allah setiap hari supaya menyelamatkannya. Di samping itu, dia tidak putus-putus meninjau laut yang bagai tidak berpenghujung itu dengan harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkannya. Namun, segala harapannya tinggal harapan.



Pulau, Pulau Cantik, Pulau Peranginan, Pulau Indah, Pulau Tioman, Pulau Pinang

Akhirnya lelaki tersebut membina pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik matahari di siang hari dan berlindung daripada dingin bayu malam. Satu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya terbakar hangus. Tiada apa yang tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul-kepul naik ke langit. Lelaki tersebut terduduk. Merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpa. "Kenapalah nasib aku begitu malang sekali? Kenapalah Allah uji aku sampai tahap ini? Kenapa aku?" 

Petang itu, sedang dia berehat di bawah sepohon pokok kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke arah pulau itu. Sehabis daya dia menjerit-jerit sambil melambai-lambai dengan harapan pengemudi kapal nampak akan kehadirannya di pulau itu. Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu. Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal dan diberi makanan dan minuman. Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal tahu dia berada di pulau itu. 

Dia bertanya kepada kapten itu : " Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau itu?" Kapten kapal lau menjawab : " Kami ternampak asap dari pulau ini. Sebab itu kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada seseorang yang memerlukan bantuan."


Pengajaran : Jangan sekali-kali mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Boleh jadi sesuatu yang kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yang memberi keuntungan di kemudian hari.

P/s : Beriman dengan Qada' & Qadar Allah merupakan salah satu daripada rukun iman. Kita perlu percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..dengan cara itu, hati kita akan tenang dan tidak akan hadir prasangka buruk kepada Allah s.w.t. Semoga kita semua mendapat kekuatan itu. Amin.

والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Hargailah Orang Yang Kita Miliki



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...

Setelah lama tak berbelog, akhiranya saya update jugak. Kali ni saya nak tulis satu perumpamaan tentang kasih sayang. Saya salin daripada satu video yang saya ambil daripada youtube~


Rumput, Rumput Hijau, Rumput Segar, Rumput Basah, Umpama Rumput


Pada suatu hari di sebuah sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang..

PELAJAR : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

CIKGU : Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Kamu pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah pilih rumput yang paling cantik, bawa ke kelas..


Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Lalu cikgu bertanya..

CIKGU : Kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara di belakang saya tadi rumput yang paling cantik. Tapi cikgu dah cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik..

CIKGU : Ya!! Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita dengan sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh lagi ke belakang kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Ingatlah bahawa orang yang paling kita sayang, itulah yang paling cantik dan baik walau pun kalau nak diikutkan, masih banyak lagi yang baik dan cantik macam rumput tadi....


P/s : Sayangilah orang yang kita miliki =]
 

والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Selamat Hari Ibu..


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua..

Hari Ibu, Selamat Hari Ibu, Happy Mothers Day, Ibu, Mama, Emak, Bonda, Kasih Ibu


Dah lama tak conteng kat blog ni kan..saya baru je balik dari Pahang, ada program. Penat pon tak hilang lagi ni..seperti mana yang kita semua maklum, Ahad hari tu bersamaan 8hb Mei merupakan hari ibu kan..tapi tak bermaksud sehari tu je kita menghargai ibu kita. betul kan?

Time sambut hari ibu ni, saya ada kat Pahang..so, saya tak dapat nak join sekali. 

Sambut Hari Ibu dan Besday Anak buah sekali ;)



Mak dan besday boys~
Jangan nakal-nakal ye!!

Terima kasih mak kerana membesarkan saya dengan penuh kasih sayang...hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa mak dan abah dengan ganjaran yang setimpal. Amin..

...Sekian...

P/s : Entri banyak gambar kali ni :)



 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tutorial Hide Followers


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua..


Kucing, Kucing Comel, Cat, Cute Cat, Kucing Menyorok

Kali ni saya nak ajar macam mana cara nak buat hide followers..

Jom ikut saya

1. Design -> Add A gadget-> HTML/Javascript

2. Copy kod ni..tekan ctrl+c untuk copy

<style type="text/css">
#fl{
position:fixed;
left:150px;
z-index:+1000;
}
* html #fl{position:relative;}
.flcontent{
float:left;
border:2px solid #676767;
background:url(Letak URL Background di sini)#000000 repeat-x bottom center scroll;
-moz-border-radius-topleft:15px;
-moz-border-radius-topright:15px;
-moz-border-radius-bottomleft:15px;
-moz-border-radius-bottomright:15px;
padding:10px;
}
</style>
<script type="text/javascript">
function showHideFL(){
var fl = document.getElementById("fl");
var w = fl.offsetWidth;
fl.opened ? moveFL(0, -100-w) : moveFL(20-w, 0);
fl.opened = !fl.opened;
}
function moveFL(x0, xf){
var fl = document.getElementById("fl");
var dx = Math.abs(x0-xf) > 25 ? 35 : 1;
var dir = xf>x0 ? 1 : -1;
var x = x0 + dx * dir;
fl.style.bottom = x.toString() + "px";
if(x0!=xf){setTimeout("moveFL("+x+", "+xf+")", 10);}
}
</script>
<div id="fl">
<div class="fltab" onclick="showHideFL()"> </div>
<div class="flcontent">


Kode Widget Follow


<div style="text-align: right;">
<a href="javascript:showHideFL()">
[Close]
</a></div>
<font size="2"><a href="http://atikaahmadiah.blogspot.com/"target=_blank"><div style="color: #444444;">
<span >Atika Aula</span></div></a></font>
</div>
</div>
<script type="text/javascript">
var fl = document.getElementById("fl");
fl.style.bottom = (-100-fl.offsetWidth).toString() + "px";
</script>



3. Lepas tu..pergi ke link ni...http://www.google.com/friendconnect untuk dapatkan kod widget followers.


Tutorial Hide Followers, Hide Followers, Follower, Google
Pilih mana satu blog kawan-kawan

Tutorial Hide Followers, Hide Followers, Follower, Google
Klik pada Add the members gadget..ikut langkah yang seterusnya.

4. Dah dapat kod widget follower, letak di bahagian atas kod tadi..


5. Save ye..

6. Lepas tu, copy kod ni dan letak di HTML/ Javascript..


<a href="javascript:showHideFL()"/><img border="0" src="URL Image untuk follow" alt="" title="Follow" style="display:scroll;position: fixed; top:150px;right:0px;cursor:pointer;style=" opacity:1;filter:alpha(opacity="100)&amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;quot;" onmouseover="this.style.opacity=1;this.filters.alpha.opacity=100" onmouseout="this.style.opacity=0.5;this.filters.alpha.opacity=50" ;" height="130px" width="40px" /></a>

7. Save


P/s : Boleh edit-edit kod dan nombor-nombor yang ada supaya sesuai dengan blog kawan-kawan. g0od Luck!!

Kalau nak carik background or image..boleh pergi ke Glitter Graphics or Emocutez or google je. Ambik direct link ye~


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tutorial Tab cara mudah


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua...

Kali ni saya nak buat tutorial macam mana nak buat tab dengan mudah..dalam erti kata lain, page la. Kalau ada yang tak apa tu..yang ni.atikaaula Tengok gambar kat bawah ni..


Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Page, Tutorial Tab, Cara Buat Page di Blog, Cara Buat Tab di Blog


Tutorial ni sebenarnya dah lama dah di minta oleh seorang rakan blogger, tapi baru sekarang saya nak buat. Sori ye~ Ok la, jom ikut saya eh..

1. Klik pada Posting

Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Page, Tutorial Tab, Cara Buat Page di Blog, Cara Buat Tab di Blog

2. Kemudian, klik pada Edit Pages

Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Page, Tutorial Tab, Cara Buat Page di Blog, Cara Buat Tab di Blog

3. Klik pulak pada New Page

Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Page, Tutorial Tab, Cara Buat Page di Blog, Cara Buat Tab di Blog

4. Lepas tu, akan keluar macam ni..

Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Page, Tutorial Tab, Cara Buat Page di Blog, Cara Buat Tab di Blog


Pada Page Title tu, tulis la apa yang kawan-kawan nak letak, macam saya..saya letak diriku, award, n len-len. Kat tempat kosong tu..tulis maklumat yang berkaitan dengan tajuk page. Kalau dah siap, klik pada Publish Page.


Lepas tu, kawan-kawan godek2 sendiri la eh...sama ada nak letak di atas macam saya atau letak di sidebar. Gud luck!!atikaaula

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tutorial Disabled Right Click tanpa Alert


بسم الله الرحمن الرحيم


Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Disabled Right Click, Tak Boleh Right Klik tanpa Alert, Tangan, Mouse

Assalamualaikum...

Jom ikut saya buat tutorial lagi...dulu saya pernah buat tutorial disabled right click dengan alert. Kali ni saya nak buat tutorial disabled right click tanpa alert plak. 


Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Disabled Right Click, Tak Boleh Right Klik tanpa Alert, Tangan, Mouse


Ok..cari kod ni dulu ye di Edit HTML..

<body> atau ni <body expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Lepas tu..delete kod tu.

Ganti kod yang dah di delete dengan kod ni 

<body oncontextmenu='return false;'>  

Last sekali..save ye!!

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tutorial Center Header


بسم الله الرحمن الرحيم 

Kucing, Kucing Comel, Cat, Cute Cat, Anak Kucing, Kucing Manja

Assalamualaikum...

Ok, saya nak buat tutorial macam mana nak center kan header. Kalau tak tau apa tu header, yang kat atas tu..nama nya header la tu. Senang je..saya pun tak nak cakap banyak, jom buat!!

Mula-mula..

1. Klik pada Design -> Edit HTML

2. Guna ctrl+f untuk mencari kod ni /* Content

3. Lepas tu..copy kod di bawah ni...paste di atas kod tadi.


.Header img {
  margin-$startSide: auto;
  margin-$endSide: auto;
}

4. Preview dan kalau ok, save!!

Done..


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula