Home » » Tentang Aku

Tentang Aku


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum
Korang kenal saya ke?!

Tentang aku..dalam penulisan saya di blog ni, saya tak pernah gunakan kata ganti diri "aku" kan. Mana yang sedar dan selalu baca belog saya je la gaknye yang sedar.hehe. Saya lebih selesa cakap "saya" bila nak cakap dengan orang ramai. Kata ganti diri "aku" masih lagi guna, tapi dengan orang tertentu je. 

Bukan tu yang saya nak cerita sebenarnya..aku ke saya ke I ke ana ke. Ikut selesa masing-masing la kan.hehe. Saya cuma nak tau, korang kenal saya ke? Kalau kat fb, selalu orang tanya serba sedikit tentang diri saya. Saya jawab ikut mana yang berpatutan je la. Yang patut-patut je, nak letak gambar? Buat masa ni memang tak kan letak. Kenapa? Ada la sebab tertentu. Mana yang dah kenal, tau la muka saya macam mana. Saya biasa je, tak secantik wanita lain ;)

Kalau menulis, mesti tulis skema-skema pastu taip penuh-penuh. Nape ye? Saya suka macam ni, memang la nampak macam skema je kan, tapi kalau tulis full semua orang akan faham apa yang kita nak sampaikan. Saya menulis nak berkongsi dengan orang lain, kalau orang lain tak faham dan tak dapat nak baca, syok sendiri la tu namanye. Kan? 

Kalau status kat fb plak suke sangat tulis berfalsafah-falsafah. Orang falsafah ke pe ni? Haha..lawak le, saya memang suka berfalsafah walaupun bukan orang falsafah. Saya suka reka sendiri ayat-ayat ikut perasaan saya waktu tu atau pun ikut pengalaman atau ikut pembacaan. Kebanyakan ayat status tu rekaan sendiri. Nak copy? Copy la..bukan best sangat pun.hehe. 

Panjang berjela pula ye cakap pasal tu, kalau nak tau serba sedikit tentang diri saya, Boleh klik diriku dekat atas blog saya. (eh, konon artis la tu).huhu. Bukan pe, banyak yang tanya. Tengok situ je la ye. Saya student UKM dalam bidang pendidikan. Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. InsyaAllah bakal habis tahun 2013. Sekarang tahun 3, jadi blogger part time je. Bila free, saya suka menulis, menulis something yang terlintas kat fikiran dan something yang saya rasa, saya perlu tulis walaupun tau tak ramai yang baca.hehe.


Rukun Islam ada berapa? kata Danbo kepada anak muridnya..hehe

Dari kecik memang minat nak jadi cikgu sebab suka tengok cikgu menulis kat papan hitam guna kapur. Macam best je (boleh plak camtu?).hehe. Alhamdulillah lagi sikit je cita-cita nak tercapai. Sebenarnya dah pernah mengajar kejap hampir setengah tahun dekat bekas sekolah rendah sendiri. Sekolah Rendah Agama Kampung Jawa (SRAKJ). Waktu jadi ustazah kat situ, ustazah yang mengajar saya pun ada lagi dan masih mengajar lagi waktu tu. Cepat betul masa berjalan, dulu selalu kena ajar. Sekarang dah asyik nak mengajar orang je.hehe. 

Alhamdulillah Allah sentiasa memudahkan perjalanan hidup saya, Dia sentiasa melorongkan saya pada jalan yang betul. Dia sentiasa beri saya orang sekeliling yang dapat membantu dan menegur saya kalau saya silap. Mungkin ini rezeki saya, banyak perkara berlaku tanpa saya jangka. Bila fikir balik, banyak jugak keajaiban yang berlaku dalam hidup ni. Saya tak rancang, tapi jadi. Saya rancang lain, jadi lain. Kadang-kadang hikmah tu nampak sekejap je. 

Memang betul-betul bersyukur sangat-sangat. Saya tau Allah sentiasa berikan yang terbaik buat saya. Saya tak pernah putus doa mengharapkan Dia berikan yang terbaik buat saya dan keluarga. Pergantungan penuh saya terhadap Dia membuatkan saya rasa lebih selamat, terjamin dan saya redha setiap apa yang berlaku walaupun apa yang saya rancang tak menjadi. Bahkan Dia selalu beri yang lebih baik daripada apa yang saya rancang. Malu kepada Allah sebab Dia terlalu "baik" kepada diri saya yang hina ni. :(


Thank you Allah, thank you Allah, thank you Allah. 




Jangan pernah berhenti ucapkan syukur pada Allah. Banyak nikmat yang Dia beri kepada kita.

Doakan semua yang saya hajati tercapai ye..saya nak berjaya dunia akhirat. Saya tau semua orang nak macam tu. Semoga setiap tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Amanah utama : beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah Allah di muka bumi. InsyaAllah :)


P/s : Sekarang  isu guru degree susah nak posting, tapi dalam hati saya..saya sikit pun tak risau tentang tu. Saya sendiri tak pasti kenapa. Maybe sebab saya dah ada plan lain yang lebih baik untuk diri saya. Orang kata kalau plan A tak jadi, kita buat plan B pulak la kan. Sebenarnya selain mengajar, saya suka bisnes. Saya merancang, kalau tak jadi..saya tau Allah sediakan rancangan yang terbaik buat saya. Berbaik sangka pada Allah ~


.. Sekian ..

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

7 luahan hati:

Ana Muslimah^^ said...

InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan semua urusan, amin :)

keri ikhwan said...

saya doakan atika berjaya dalam apa yang dirancang.
Dunia pendidikan memerlukan orang2 seperti awak, seorang murabbi yang bukan hanya mampu mengajar tapi juga mampu untuk mendidik :)

ramai bakal guru yang bimbang dengan masa depan mereka dan hilang semangat untuk meneruskan pengajian... tapi rezeki ada di mana2.. insya Allah

Cik Miela said...

Salam akak. Saya sebenarnya suka baca entri2 akak, walaupun saya sangat jarang komen di blog nie. Banyak benda saya tahu dalam blog nie. Terima kasih sangat. tapi sejak akhir2 ni saya salu dengar tentang nikah khitbah. Boleh tak akak suarkan tentang nikah khitibah. Saya tahu saya muda lagi, tapi apa salah saya topup ilmu.

fiqafifi said...

akak ada ciri ciri menjadi ustazah , insyaallahh , sy doakan untuk akak . =)

a i m z said...

sentiasa bersangka bak terhadap Allah..huhu.. InsyaAllah..

herry tan said...

Wooowww..., this is very nice, i like it

if u have time visit n follow my blog
herry-tan.blogspot.com.. thanks

annshaira said...

@Cik Miela

saya pun nak tahu dan tertanya-tanya.ada masa boleh lah share ilmu yang akak tahu:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula