Home Sweet Home


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum semua..waaa, lama nya saya tak update blog. Kesian kat blog saya ni kan..huhu. Disebabkan tak ada masa nak update blog, jadi bila bukak blog..tengok-tengok sekejap je. Tak sempat nak tulis entri baru..asssigment dan keje-keje yang lain banyak la pulak. Blog terpaksa ditinggalkan buat sementara waktu. hehe.
Rumah, Rumah Mewah, Rumah Cantik, Rumah Besar, Rumah Mahal, Rumah Idaman, Rumah Impian, Home Sweet Home

Sekarang ni saya ada kat umah...best nye. Sekarang ni agak susah nak balik umah, walaupun dekat je. Tapi hari sabtu ada ko-k (kokurikulum). Kalau nak balik p0n, lepas kelas ko-k je la..tu p0n kalau tak ada keje banyak. Sebab nanti kat umah..tak kan buat keje kan, mesti la nak berehat-rehat bersama keluarga tersayang kan. 
Pantai, Beach, Happy Holiday, Selamat Bercuti, Berkelah

Cuti ni seminggu..sempena raya cina dan cuti pertengahan semester. Start hari ni, Sabtu (29/01/2011) sampai ahad minggu depan. Tapi, start hari khamis dah ada orang balik dah..kalau dah tak ada kelas, balik je la kan. Cuti seminggu ni tak tau la nak g jalan-jalan ke tak..kalau family ada plan nak g, ekot je la. G jalan-jalan ngan family seronok..best. Dapat g perak p0n jadi la..g Teluk Batik p0n ok. Teluk Kemang ke kan..best jugak. Cuti ni nak hilangkan semua ke"tension"an dan keserabutan yang ada dalam fikiran. Nak rehatkan mnda sementara waktu. huhu. Dulu asek kena tinggal je..sebab tak balik umah. Family g bercuti..saya sorang-sorang kat kolej. Kesian kan saya? hehe..

Cuti ni p0n bukan nya dapat cuti betul-betul..assigment tetap kena buat jgk. Macam tu lah hidup sebagai seorang student universiti..tapi waktu macam ni la yang seronok. Macam-macam pengalaman yang saya dapat sejak jadi student di IPT. Sedih, gembira, suka, duka, kecewa, dan semua lah. Semua tu mengajar saya erti kehidupan yang sebenar. Saya juga bersyukur kerana dapat rakan-rakan yang baik-baik..walaupun datang dari negeri yang pelbagai, tapi rasa macam tak ada beza p0n. Ukhuwah fillah ~


Lagi satu kan..perkara yang saya paling suka bila Chinese New Year ialah banyak sangat limau ada di kedai-kedai. Sebab saya suka buah limau..favourite tu. Semoga cuti kali ni saya dapat manfaatkan masa yang ada dengan baik, dapat siap kan assigment yang ada. Tu la matlamat..tapi kadang-kadang tak tercapai juga. hehe.
Limau, Oren, Limau Oren, Limau Mandarin, Sunquick, Tahun Baru Cina, Chinese New Year, Jus Oren, Jus Limau

Tu je rase nya nak tulis dalam entri kali ni..rasa dah lama pulak tak tulis tentang diri sendiri. Kadang-kadang ada jugak perkara yang kita rasa kita nak share dengan semua orang kan..terutamanya bila hati kita gembira sangat-sangat. Betul x? Betul la 2 kan. hehe


Ok..ada masa, saya tulis lagi ye.

Selamat bercuti!!
~Sekian~

Cute Icon, Icon Comel


والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula