Respon AKSIS terhadap Kelab Isteri Taat


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum

Dulu, saya pernah menulis tentang isu berkenaan Layan Macam Pelacur. Kini, saya bawakan pendapat daripada AKSIS (Angkatan Siswi Dinamis UKM) tentang isu ini. Saya sangat bersetuju dengan pendapat AKSIS. 

Saya rasa belum terlewat untuk saya di peringkat Aksis membidas kenyataan yang dibuat oleh Dr Rohaya , Naib Presiden Kelab Isteri Taat  di mana beliau mengatakan seorang isteri haruslah melayani suami seperti mana ‘pelacur kelas pertama’ untuk memastikan suami tidak curang dan mencari wanita lain.  Mendengar kenyataan tersebut pun sudah membuatkan hati saya hancur luluh.  Kenyataan beliau samalah seperti menyamakan layanan seorang isteri solehah yang taat kepada suami seperti mana pelacur kelas pertama.


Kenyataan beliau tidak mencerminkan status beliau selaku seorang intelektual apabila menggunakan istilah yang sangat tidak sesuai di mana ‘pelacur’ merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan peranan isteri pada zaman jahiliah. Saya sangat yakin dan percaya, golongan wanita umumnya dan siswi khususnya yang mendengar kenyataan ini tidak akan terinspirasi bahkan merasakan diri sangat hina apabila isteri harus melayan suami seperti mana pelacur yang tidak mempunyai maruah diri .

Kenyataan beliau seolah-olah menyeru golongan isteri untuk belajar daripada pelacur kelas pertama bagaimana seharusnya melayani seorang suami sedangkan dalam kehidupan berumahtangga, seks bukanlah resepi utama kebahagiaan rumahtangga.  Sungguh tidak berasas apabila kelab yang memperjuangkan agar seorang isteri taat kepada suami menyuruh mencontohi pelacur yang diketahui bekerja kerana wang dan semestinya tidak taat kepada seorang pelanggan sahaja.  Apakah tidak ada contoh lain yang lebih sesuai seperti ‘bidadari di syurga’?

Perlu diketahui bahawa di Malaysia, berdasarkan kajian, trend perceraian bagi tempoh 1998-2002 menunjukkan hampir 70 peratus kes perceraian di Kelantan, Johor dan Terengganu dipohon oleh wanita(isteri).  Di beberapa negeri lain pula menyaksikan lebih 50 peratus wanita sebagai plaintif dalam kes perceraian (sumber: Harian Metro).  Hal ini menunjukkan, isteri juga merupakan pihak yang tidak berpuas hati dengan kehidupan berumahtangga bukan sahaja suami.  Oleh yang demikian, tidak perlulah menghighlightkan isteri sebagai punca utama kegagalan rumahtangga.  Seharusnya, mereka menawarkan penyelesaian yang melibatkan kedua-dua pihak dalam memastikan rumahtangga sentiasa utuh dan kukuh.

Saudari Phang Siew Chin (gambar), Naib Presiden I PMUKM turut menyelar kenyataan beliau dengan menyoal kembali ‘Adakah punca seorang suami melanggan pelacur disebabkan isteri tidak pandai melayan suami?  Adakah peranan isteri hanya melayan kehendak seks suami?  Adakah ketidakbahagiaan dalam rumahtangga berpunca daripada isteri semata-mata?’  Jika seorang non-Muslim mendapati kenyataan beliau ini sangat tidak bermoral , beliau seharusnya berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan selaku wanita Muslim yang membawa imej Islam.

Memetik respon Musa Awang, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), "Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah.   Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.  Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.

Sehubungan itu, Aksis melihat kelab ini tidak mempunyai orientasi yang jelas dan kukuh dalam memberi solusi terbaik ke atas masalah penceraian berdasarkan kenyataan awalnya yang merendahkan martabat wanita dan tidak selari dengan matlamat kelab tersebut untuk membimbing isteri supaya taat kepada suami.  Mereka harus mengkaji terlebih dahulu punca utama berlaku penceraian dan pembuangan bayi sebelum membuat kenyataan umum yang boleh menimbulkan salah faham pelbagai pihak dan masyarakat.

Editor:
Nurhidayu Rosli
Pengerusi Angkatan Siswi Dinamis (AKSIS)



P/s : Semoga perkongsian ini bermanfaat

والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tutorial Link Hover


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Sekarang saya nak ajar kawan-kawan buat link hover plak eh. Pe benda link hover tu? Cuba gerakkan cursor ke header saya, atau mana2 tempat yang ada link. Akan keluar blink blink tu kan. Tu nama nya link hover. 

Kopi, Coffee, Kopi Sedap, Kopi Kapal Api, Kopi Love, Cawan Kopi

Ok, mula-mula..klik  Design kemudian klik Edt HTML 

Cari kod macam ni a:hover { klik ctrl+f untuk cari

Lepas tu..paste kod ni di bawah kod tadi ye

background:url(LINK GAMBAR) ;background-repeat: repeat;
}

Gambar-gambar tadi boleh dicari di Gltter Graphics, Photobucket atau di mana2 je. :)

Good Luck!!



 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tutorial Private Shoutbox


بسم الله الرحمن الرحيم 

Private, Privacy, Persendirian, Private Shoutbox, Shoutmix, Shout, Hide Shoutbox

Assalamualaikum

Kali ni saya nak ajar kawan-kawan cara nak buat private shoutbox ye...macam shoutbox saya punye 2.

1. Pergi ke Design-> Page Elements-> Cari kod shoutbox masing-masing

2. Tukar kan width="100%" height="120px"

3. Save

Boleh preview dulu..

Siap dah

والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula