Home » » Tuhan untuk Semua

Tuhan untuk Semua


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Semalam sebelum balik, shopping buku kejap dekat Marwillis bookstore Shah Alam. Guna baucer buku yang saya dapat tu. Habis la jugak dalam RM150. Tinggal sekeping je tak guna. Beli kan buku untuk anak-anak buah + mama tersayang + diri sendiri. Bila dah nak bayar, tiba-tiba nampak satu buku ni..belek-belek kejap dan terus amek. Tengok tajuk je dah tau best. Ni buku nye..


Tajuk buku : Tuhan untuk Semua 

Sinopsis : Berkaitan dengan menjawab persoalan dan dakwaan Non Muslim kepada Islam dan menjawab soalan mengikut neraca Islam, sains dan logik akal. Turut membincangkan sifat-sifat Tuhan, kewujudan Tuhan, kesahihan Al-Quran, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, wanita dalam Islam dan Jesus menurut Islam. Sesuai dibaca oleh semua Muslim yang sentiasa berhadapan dengan persoalan yang biasanya ditimbulkan oleh  non Muslim dan Muslim yang mempunyai tahap penguasaan agama yang asas. Juga sesuai untuk non Muslim dan awal Islam yang menghadapi pelbagai persoalan yang tidak dapat dijawab oleh Muslim secara mudah dan konkrit. 

Harga : RM 11 je..

Penulis buku : Faisal Abdurrahman

Topik :  

1. Benarkah Al-Quran daripada Allah? 

2. Mengapa Islam tidak mengiktiraf Bible?

3. Islam dan Kristian itu sama?

4. Apa pandangan Islam tentang Jesus?

5. Adakah umat Islam menyembah Kaabah?

6. Wanita dalam Islam

dan banyak lagi..rugi sangat kalau tak beli.

Saya dah start baca..mengingatkan kembali point-point yang saya dapat waktu join Kursus Perkaderan dulu. Dah sampai bilik, baru saya perasan, saya kenal penulis buku ni. Dia fasilitator saya waktu saya join kursus tadi. Dia memang pakar bab-bab ni. 

P/s : Jesus ialah Nabi Isa a.s. Jesus juga seorang Muslim dan sebagai Muslim, kita juga perlu beriman kepada Jesus dan rasul-rasul yang lain. Cuma orang Kristian sahaja yang menganggap Jesus itu Tuhan, dalam Bible tiada satu pun kenyataan mengatakan bahawa Jesus mengaku sebagai Tuhan atau mengatakan Jesus itu Tuhan. "Jesus" ditukar nama oleh orang Barat. Macam juga Moses (Nabi Musa), Jacob (Nabi Ya'acob) dan lain-lain..



http://www.emocutez.com

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

5 luahan hati:

Unknown said...

:) nice.....kena cari buku ni

aisyah humaira' said...

wah! kena cari buku ni..berkaiatan jgk dgn kos niera kat usim..niera amek pengajian akidah dan agama,,tahun2 akan dtg akan belajar perbandingan antara agama..insyaALLAH,niera cari buku ni :)

Misha Ieza said...

nice! manusia mesti tertanya tanya mengenai ciptaannya

AA said...

nice! murah. nak cari lah,

[][]!FfaH.kHAlilaH[][] said...

yayay. best kn buku ni. saya dh baca:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula