Risau "dibogelkan" dalam Facebook


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum..

Sabtu hari tu saya tengah baca paper kat umah..belek-belek, tiba-tiba jumpa berita ni. Hmm...agak menarik la kan, bukan menarik sebab apa, cuma mungkin perkara ni dapat dijadikan iktibar untuk orang di luar sana. Mungkin ada yang dah baca, mungkin juga ada yang tak baca lagi...

Jom baca jap ye..


Facebook, Kebaikan Facebook, Keburukan Facebook, FB, Kosmo, Kosmo Negara, Dibogelkan dalam Facebook, Wanita Teraniaya


KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Fakulti Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan kini hidup dalam keadaan tertekan selepas menerima ugutan daripada seorang penggodam internet yang mahu menyebarkan gambar lucah menerusi teknik pertindihan (superimpose) dirinya.
Pelajar tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 20, menerima ugutan itu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Rao dan mendakwa bekerja sebagai pereka laman web.
Devi memberitahu, dia menerima ugutan tersebut selepas mengesahkan permintaan lelaki berkenaan untuk menjadi rakan di laman sosial Facebook pada 24 Mac lepas.
Dia mendakwa, selepas itu lelaki berkenaan bertindak mengambil gambarnya yang ada di dalam album di laman sosial itu serta mencuri alamat akaun miliknya.
“Lelaki berkenaan juga menukar kata laluan akaun alamat laman carian Yahoo! milik saya hingga membolehkan dia mengakses dan menukar maklumat peribadi saya sesuka hati,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pengaduan Awam MCA di sini semalam.


Kat umah saya baca surat khabar..bukan online, kat surat khabar lebih panjang daripada berita ni. Sambungan berita di atas..secara umum je ye. Lelaki tersebut mengugut untuk menyebarkan gambar "bogel" perempuan tadi yang dibuat menerusi teknik pertindihan. Untuk mengelakkan gambar itu tersebar di internet, lelaki tersebut meminta wang RM 200 untuk dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya. Pihak polis menerima 9 kes berkaitan ugutan pada tahun lalu dan kesemuanya melibatkan WANITA.


Moral of the story :

  • Jangan upload gambar anda di facebook, terutamanya gambar yang sepatutnya untuk privacy.
  • Kalau nak pun, ubah privacy setting album gambar anda
  • Jangan mudah "add" or "accept" orang yang tidak dikenali
  • Jangan mudah bagi alamat email kepada umum (untuk elakkan daripada di godam)
  • Jaga diri anda baik-baik (Khasnya kepada golongan WANITA, termasuk saya)


Ni kes di Facebook, sekurang-kurangnya masih lagi boleh ubah privacy setting kan. Juz orang tertentu je boleh jadi "friend" kita dan orang tertentu je boleh tengok gambar kita. Kalau di blog pula, saya rasa lebih umum dan tak boleh nak privacy. Kalau nak buat privacy, lebih baik tak perlu buat blog kan..hehe. Jadi, hati-hati la la kalau nak upload gambar di facebook, blog n lain-lain. Walaupun kita buat disabled right click, atau gambar tak boleh klik..sebenarnya gambar kita masih lagi boleh dicuri. Saya tau macam mana..tapi, tak perlu la bagi tau. Nanti senang-senang je orang curi gambar..daripada tak tau, jadi semakin tau. Oleh itu, sebelum jadi perkara yang tidak diingini...berfikir dulu sebelum membuat tindakan.


Gambar anda umpama maruah anda juga....jangan mudah-mudah sebarkan kepada orang ramai. Lebih kurang begitu la..kalau nak letak pun, biarlah menutup aurat dan sopan. Itu sahaja.

Prevention it's better than cure..mencegah lebih baik daripada merawat.

Kawan-kawan ada cadangan yang lain ke?? Jom kongsi dengan sayahttp://www.emocutez.com


والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula