Saya suka Ana Muslim


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum

Saya suka Ana Muslim..ni bukan contest, ni bukan giveaway atau apa sekali pun. Ni hanya suka-suka je, saya nak bagi tau yang saya suka barangan Ana Muslim. Sebab utama ialah kartun muslimah yang comel..sesuai untuk wanita Islam. Kemudian, barang keluaran Ana Muslim semua comel-comel. Tapi sayangnya kebanyakan barangan kanak-kanak dan kalau ada untuk perempuan dewasa kan best :)

Majalah kebanyakannya semua untuk kanak-kanak je..tapi bagus juga la saya rasa sebab budak-budak kan suka kartun yang comel-comel secara tak langsung kalau diorang baca buku tu dapat juga manfaat dan kartun tu diorang dapat tiru untuk jadikan idola. Bagus kan..saya dah pernah tengok isi kandungan dalam buku ana solehah anak buah saya punya, memang menarik isi kandungan buku tu. Kartun comel, warna warni dan ada juga latihan atau games dalam buku tu. 

Disebabkan saya minat sangat dekat Ana Muslim, jadi saya order kad keahlian dekat laman web Ana Muslim. Murah je pun..RM 10 je. Kadnya pun ada gambar perempuan comel. (^^,) 

Ana Muslim, Ana Solehah, Buku Ana Muslim, Kartun Ana Muslim, Kad Ahli Ana Muslim, Wanita Comel, Kartun Comel
Macam ni la kad ahli saya ^__^

Setakat ni barang-barang Ana Muslim yang saya dah ada :

  • Pencil box
  • Buku nota (kecik & besar)
  • Kad ahli
  • Key chain
  • Buku terbitan Ana Muslim
  • Belog Salam Ukhuwah dengan model Ana Muslim ( dah kredit gambar tau ~ )



Akan datang nak beli baju, dompet dan lain-lain pulak..yela, kan dah ada kad ahli. Nanti dapat la diskaun.hehe ^^,



 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula