Home » » Baca atau Komen?

Baca atau Komen?


بسم الله الرحمن الرحيم 

Blog, Blogger, Read, Baca, Komen, Comment, Baca atau Komen, Komen di Blog, SPAM, SPAM Link, SPAM Komen

Assalamualaikum

Mana lebih penting? Orang baca entri kita atau orang komen entri kita? Bagi saya, orang baca lebih penting. Walaupun tak ramai yang komen entri yang kita tulis, tapi tak bermaksud tak ramai yang baca kan. Mungkin mereka baca tapi tak komen atas sebab-sebab tertentu. Contohnya :

  • Memang suka jadi silent reader (macam saya la). Saya mungkin boleh dikategorikan jenis macam ni..sebab bagi saya, kalau tak ada nak komen apa-apa, saya tak akan komen. Paling kurang pun like je..tak pun, baca je. Tak komen tak bermakna saya tak membaca, betul tak?
  • Mungkin juga tak tau nak komen macam mana, maybe bagi mereka yang tiada blog. 
Kadang-kadang kita tengok pageview entri yang kita tulis tu beratus-ratus, tapi komen yang ada sikit je kan..takpe, jangan risau. Yang penting kita tau ada yang membaca..apa yang kita tulis tu dah disampaikan kepada orang lain, jumlah komen tak dapat menunjukkan nilai sebenar orang yang membaca entri tu.

Apa yang penting ialah orang membaca kan? Biasanya kalau dalam dunia realiti, kita tak suka orang komen-komen kan, tapi dalam dunia blogging..lain pulak cerita nya. Makin banyak orang yang komen kita, makin kita suka. Betul ke? Tapi kita mesti ingat, kalau kita nak orang komen..tak semestinya semua orang akan komen dan bagi pendapat yang sama dengan kita. Mungkin ada yang disebaliknya..biasanya anon la kan.hehe. Jadi, kita kena la terima. Sebab kita nak sangat orang bagi komen tentang apa yang kita tulis tu kan. 

Tak semua orang ada pendapat yang sama dengan kita, setiap orang ada pendapat dan pendirian masing-masing. Komen tu sama lah juga dengan memberi kritikan kan? Jadi, jangan risau kalau entri yang kawan-kawan tulis tu tak ramai yang komen, sebab yang paling penting..orang baca apa yang kita nak sampaikan tu.

Setuju ke tak??

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

15 luahan hati:

Mrs Taufik (ain) said...

and ade jugak sesetengah org ni kan atika, die bace tajuk je, patu die komen. skli mmg die slh fhm. hehe. kantoi. die nk kite komen kt blog die jugak la tu kot.

fa said...

fa rasa bersyukur sgt2 bila ada yg sudi membaca.. alhamdulillah.. :)

LynN LoLa~~ said...

setuju sangat dengan atika! :D

tapi blog lynn memang tak de orang bace pon.. (-__-") hehe

muz said...

betul sya sokong, sya pun lebih pentingkan pagewiew dari komen sebab dengan pageview saya tahu entry saya menjadi bahan bacaan dan sekurangnya apa yang saya ingin sampaikan dah sampai...

Atika Aula said...

@Mrs Taufik (ain)
ha..betul tu. sy pun penah jgak org wat mcm tu. siap bg dalil lg nak kukuhkan pendapat die, betul apa yg dia ckp. tp sbnnye die tak fhm kn betul2 apa yg saya tulis tu. pelik jgak org macam tu.

Atika Aula said...

@fa
tu la..kita menulis supaya org baca, kalau nak komen..komen la. 2 je kan. kalau x nk, xpe :)

Atika Aula said...

@LynN LoLa~~
eh..yeke lynn. tipu la.hehe

Atika Aula said...

@muz
ha...betul la kan. sy pun sama :)

Fi-Nurul Soosica said...

fiqah suka org komen entry fiqah, nanti fiqah komen entry blog ia balik. Hehe :)

Zahra Ameerah said...

setuju~

aiNulHusNa ^-^ said...

kdg2 hsna tguk tajuk je.. klu best baca.. moga2 yg husna suke bc tu bmanfaat.. hehhe.. :)

^baju kurung^ said...

terkomen, he2

nor amira said...

bace lagi penting. komen penting bila ade pendapat yang bernas dan bila ade perkara yg tak difahami dalam entri tersebut ^^

'Aisya Salim said...

saya suka baca entry kak Atika sebab bermanfaat, tak mcam saya.huhu

mselim said...

Jika kita comment x tentu pasal pn kekadang orang x suka juga,,,
Komen lah ...jika komen membina untuk kita memperbaiki diri yang silap nie....
Bukankan manusia tidak "sunyi" dari melakukan kesilapan?....

Wassalam.....

pls ; Sama suka komen tapi bukan x tentu pasal...setiap komen kita akan melambangkan peribadi kite...kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula