Home » » Saya Anak Selangor

Saya Anak Selangor


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Kali ni saya nak cerita sikit tentang sejarah hidup saya..boleh kan? :)

Kalau nak tau nama penuh saya, klik la kat bahagian Diriku tu..saya merupakan anak jati Selangor. Sepanjang hidup saya selama 22 tahun, saya tak pernah menetap di negeri lain kecuali Selangor..jangan cakap saya ni katak bawah tempurung ye.hehe. Setiap sesuatu yang kita lakukan mesti ada sebab yang munasabah kan..kalau nak tau, nanti saya bagi tau..

Mak ayah saya asal daripada Perak Darul Redzuan..dan mak ayah dah berhijrah ke selangor hampir 40 tahun. Lebih kurang la..mak berasal dari Bagan Datoh, Perak dan ayah berasal dari Teluk Intan, Perak.

Saya pula lahir di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, (HBTAR) Klang, Selangor pada tahun 1989 (tarikh lahir sebenar tak perlu la diberitahu). Jadi, secara automatiknya saya jadi anak Selangor.

Waktu tu kami sekeluarga menetap di Klang, Selangor. Di Kampung Jawa. Ramai yang kata kampung ni orang Jawa yang duduk..tapi tak la, ramai orang Melayu je..saya sendiri anak Jawa ( mak Melayu + ayah Jawa) tapi saya tak tau nak cakap Jawa. Sikit-sikit tu tau la..hehe. Rumah saya berdekatan dengan Masjid Dato' Dagang.

Ni la Masjid Dato' Dagang
Waktu 6 tahun, saya masuk sekolah tadika. Tapi dah lupa nama nya.hehe. Darjah 1, saya masuk Sekolah Kebangsaan Klang (SKK) untuk sekolah kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama Kampung Jawa (SRAKJ) untuk sekolah agama.
Masuk tingkatan 1, saya bersekolah di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTiSH). Saya bersekolah di sana dari tingkatan 1 sampai tingkatan 6 atas STPM. Memang banyak kenangan saya kat sekolah ni. Impian saya bila dah tamat belajar, nak jadi guru kat sekolah ni..nak berkhidmat balik kat sekolah sendiri. InsyaAllah~


Dulu sekolah ni namanya Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin je, tapi pada 29 april 2010..DYMM Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj)  merasmikan penukaran nama sekolah ni dan di tambah dengan gelaran "sultan". Sebenarnya sekolah ni ditubuhkan oleh Sultan Hisamuddin (atuk baginda). Jadi, bila letak sultan..baru jelas sikit sejarah penubuhan dan pengasasnya. 



Tamat sekolah menengah lepas 6 STPM, saya menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor. Dalam bidang Pendidikan selama 4 tahun dan saya ditaja oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ( SUK) iaitu khas untuk anak Selangor sahaja.


Bangunan SUK

Dari lahir sampai sekarang saya di Selangor je kan..bagi saya, tak perlu pergi ke tempat lain..sebab di Selangor dah banyak kemudahan. Pelbagai kemudahan..orang dari luar pun datang ke Selangor untuk belajar dan bekerja kan. Lagi pun di Selangor negeri Maju dan Kuala Lumpur pun terletak di dalam Selangor. Setakat ni saya tak terfikir lagi nak keluar menetap dari negeri Selangor. 


Mungkin bila dah bersuami pun masih duduk di Selangor..di Jeram, Selangor. InsyaAllah.hehe

Sekian

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

4 luahan hati:

waRDah a.k.a QiQi said...

uuuuuuuuuu~

cik Wardah juga anak Selangor!! ^_^

cuma slack sket mase kt CFS IIUM dulu, 1 sem duk kat nilai... the rest, smua kat slgr... ^__^

kg jawa?? okeh, sangat dekat itu!! ^_^

nurazlin mohamad said...

saya pon study di selangor. tp anak perak. :)

jom join giveaway yg alin buat.

http://sangselembai.blogspot.com/2011/06/siapa-bertuah-dapat-baju-hari-raya-dari.html

Mohamadazhan.com said...

Selangor negeri terkaya di Malaysia...rakyat Selangor banyak mendapat insentif daripada kerjaan negeri yang kaya...hehe.beruntung org Selangor...

nor amira said...

oo, baru tau selangor negri terkaya kat malaysia.
saya pun anak jati selangor, same.. lahir kat HTAR Klang, tapi duk kat s.alam skang. hehe tapi saye berbeza sbb sye merantau sejak form 4 lagi.. mule2 pulau pinang, perak dan sekarang kat pahang. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula