بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Saya rasa semua orang dah tahu wujudnya iklan untuk mencari personaliti baru yang akan menjadi ikon muslimah dalam Rancangan Realiti Ustazah Pilihan di Astro Oasis dan Solehah di TV Al Hijrah kan, first impression saya tentang rancangan yang bakal wujud ni ialah saya berpendapat bagus dan elok diadakan bagi menggantikan rancangan realiti tv yang melalaikan yang ada sekarang ni..seolah-olah macam Imam Muda la kan tapi ni untuk muslimah. tapi itu first impression saya ye.
Kemudian, tak lama lepas tu saya jumpa satu page di FB iaitu Haramkan Ustazah Pilihan dan Kami Menolak Program Ustazah Pilihan dan Seumpamanya. Saya like dan baca artikel dan sebab-sebab kenapa mereka menolak program tersebut. Ada benarnya juga..kalau nak baca, klik je link di atas. Mereka juga ada minta pandangan beberapa orang tokoh agama tentangnya.
Pernah kawan saya bertanya kepada salah seorang ustaz tentang program seperti ni, ustaz tu bagi pendapat bahawa kita masih lagi tak dapat nak menilai sebab tak tahu secara detail macam mana program tu akan dilakukan dan mungkin hanya boleh menilai baik atau buruk bila dah dilangsungkan atau tahu secara detail tentang pengisian program tersebut.
Pendapat saya pula, saya rasa ada baik dan ada buruknya program ni..baik : program realiti yang melahirkan pendakwah muslimah. buruknya : ditakuti terlalu menarik perhatian contohnya make up tebal dan penampilan diri yang terlalu menonjol ( tabarruj ).
Jadi, harapan saya terhadap program ni ialah :
- Saya harap ianya berkesan untuk melahirkan para daie hebat-hebat yang terdiri daripada kalangan wanita muslimah
- Dapat menarik minat orang ramai untuk menonton rancangan program realiti yang bercorak keagamaan berbanding hiburan yang melekakan.
- Para ustazah yang bertanding dapat menunjukkan imej dan personaliti sebagai seorang ustazah ( dari segi pakaian dan perhiasan )
- Mereka yang bertanding mudah-mudahan niat yang tulus serta ikhlas untuk menyebarkan dakwah Islamiah dan bukan semata-mata untuk popular dan sebagainya.
P/s : Apa yang saya takut ialah bila ramai lelaki yang menonton semata-mata nak lihat peserta yang mereka minat, bila perempuan yang keluar tv tak sama kesannya dengan lelaki yang muncul kat tv. Betul tak? (*___*)
والسلام
10 luahan hati:
setuju..
Kurangkan sikit glow pada tulisan entri anda..
betol
rancangan ni mungkin berfaedah
tp takut terpesong je lah
karang dok minat2
last2 daie ntah kemana
=.='
ambil dari sudut positif la, lagipun dorg mgkin takkan batalkan dh rancangan ni. dah dihebohkan 1 malaysia, kalau xjadi pelik pulak.
apa2pun, cikpija sokong IMAM MUDA :D
itulah yg saye fikirkan jugak... erm... :/
sy suka pesanan tu..sy pun setuju..jika sy sbg lelaki, mata mesti nak pilih yang mana paling cantik & yg seumpamanya..lgpun jarang sekali program realiti tv yg tak ada make up & kesan effect utk nampak lagi hebat..kadang dari situ kita dh tertarik..dengar iklan yg diwar-warkan pun dh rasa tak sabar nak tengok!
~dunia2.itulah yg paling ditakuti..niat betul, tpi jadi tak betul bila dah nampak kesan yg hebat (mungkin). selama mana kita boleh istiqomah dgn niat tu?
salam...
kaum2 muslimin kna bhati2 dlm hal nie dan pengawasan yg baik sgt perlu spnjg rncgn nie nnt...
wanita 2 fitnah dunia, takut2 lain jadi nya....
hope x lari dr tujuan sbnar...
i follow u..follow me back yer..tq
insyaAllah~ pasti sebelum mereka wujudkan r=program seumpama ni, mereka dah fikirkan baik dan buruknya~:) kan?ape pown ianya juga bergantung pada diri masing-masing..dan yang paling penting, contoh yang baik kita ambil, contoh yang tak baik kita jadikan ianya sebagai pengajaran dan iktibar...:)
semoga program Solehah dan juga Ustazah pilihan dapat meberikan manfaat kepada semua dan buka sebaliknya..
haza kullu ma ladaiya~:)
syukran..:)
well.. memang banyak pon yang menyokong, tak kurang juga yg menentang..
pndapat cik wardah, memetik kata2 seorang ustazah,
hari ni, terlalu banyak program realiti yg berteraskan hiburan... terlalu banyak program realiti yg mengetengahkan konsep menyanyi & mendedahkan aurat.. jadi, if hanya dengan cara macam ni juga yg boleh menarik remaja2 hari ni, utk kembali kepada fitrah beragama, tak salah juga utk menggunakannya..
as for solehah, cik wardah ada 2 org kawan yg menyertainya... alhamdulillah.. syukur sgt2 pada Allah, bila melihat mereka berdua semakin berubah... semakin menjadi 'solehah', yg sebaik2 perhiasan...
jadi, dr sudut positifnya, platform sebegini bukan hanya mengetengahkan wanita sebagai da'ie, malah dlm masa yg sama ia juga sebuah platform yg mana mendidik, mentarbiah mereka bagaimana sebenarnya ciri2 wanita solehah...
wallahu a'lam... apa yg tersirat di sudur(hati) setiap manusia hanya Allah yg tahu.. biar yg hanya menilai tu Allah semata..
smoga mereka smua, baik yg solehah mahupun ustazah pilihan, dilindungi Allah, dan dirahmati Allah... moga juga, jalan mereka tak tersasar dari niat asal sebenar... Allahu a'lam... :)
Post a Comment