بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..
Sekadar sebuah cerita untuk dikongsi bersama. Sekarang bila dah masuk u, terkenang balik zaman sekolah menengah.Ada yang indah, ada yang pahit. Tapi bila waktu sekarang, rasanya semua jadi indah-indah belaka. hehe.
Ok, kita mulakan cerita. Selepas SPM, dengan masa yang agak panjang dan terluang, saya ambil keputusan untuk bekerja sementara di sebuah pasaraya yang berdekatan dengan rumah iaitu Pasaraya Kampung Jawa. Pemiliknya orang Melayu, menyebabkan saya nak bekerja kat situ. Dapat jugalah mengumpul duit dan menimba pengalaman bekerja. Dengan mudahnya saya diterima kerja sebagai seorang cashier. Mudah untuk solat, itu yang saya suka bila bekerja dengan orang Islam.
Pada bulan 3, result SPM keluar. Dengan keputusan yang agak baik. Dapat 6 daripada 12.huhu. Alhamdulillah. Awal-awal lagi saya dah memang reject matrik, atas sebab yang tertentu. Jadi, saya isi borang UPU. Pilihan pertama saya pilih UIA. Memang dari sekolah lagi saya bercita-cita nak masuk UIA. Antara sebab nya ialah :
- Saya minat dengan kumpulan InTeam (bekas pelajar UIA) hehe
- Bangunan dan kawasan persekitaran yang cantik (ada seni Arab)
- Nak kuasai B.Arab dan B.Inggeris dengan lebih baik
Saya terus kerja sebagai cashier di pasaraya sampai keputusan U keluar. Saya ditawarkan untuk masuk UIA kos Ilmu Wahyu. Asasi UIA 2 tahun. Tapi, hati saya berbolak balik. Akhirnya sampai tamat tarikh tawaran, saya tak hantar pun surat jawapan. Saya redha. Nak cakap menyesal, tak menyesal. Nak cakap tak menyesal pun tak jugak. Saya redha je.
Satu hari, waktu kerja di pasaraya, cikgu Hazie telefon saya. Dia ajak saya ambil F6 STPM di sekolah lama. Waktu tu cikgu jadi penyelaras F6 STPM. Cikgu telefon semua ex-student SAMTH (nama dulu) ajak mana-mana yang tak masuk matrik or u, ajak ambil STPM. Balik je rumah, saya bagi tau kat family. Kata putus, akhirnya saya berhenti kerja dan ambil F6 dan jadi student balik. Sambung lagi sekolah dalam setahun lebih.hehe
Semua urusan kemasukan saya, cikgu yang uruskan. Saya masuk goyang kaki je. Senang kan. Saya pelajar STPM yang paling lambat masuk, saya masuk pada awal bulan 7. Dalam kelas STPM, hanya ada beberapa orang je. Pelajar keluar masuk dan akhirnya kami hanya berlima. Lima-lima memang asal student SAMTH (sekarang SAMTSH ). Kawan-kawan percaya tak 1 kelas hanya 5 orang je? Kalau tak percaya pun, mesti kena percaya jugak.hehe
P/s : Nak tau lagi? Tunggu sambungannya...
والسلام
8 luahan hati:
kelas saya form 6 dlu,, 6 orang jer... tp mkin lama mkin ramai sbb byk trun kls time upper 6...
bagusnya pengorbanan tak nak masuk matrik n tolak uia smata2 dpt Form 6..tahniah..form 6 best n kdg2 org yg da masuk 6 rendah terus masuk u,poli dgn alasan da dpt masuk u n form 6 takut xbleh bawa..padahal dr kita je sebenrnya..apa pun, bertuah dpt masuk form 6 n lah ni sdg praktikum mngajar form 6..syukur..
hehe..saya pun masuk form 6....best masuk form6...kdg2 sedih gak bila dengar org perlekeh budak yg ambik form6...
sy msuk f6 gak..
mmg best msuk f6, setuju dgn fitrah..
ble dgr f6 je ad yg pndg rendah..
sedih pulak..
atiqa, aku rindu kat sek kite..heee..dh lame xjmpe ko..last jmpe time form 5
Assalamualaikum Atikah :)
owh,bekas student f6 juga ya,kita sama! hehe bila fikirkan balik,mmg pilihan tepat masuk f6 ni :)
tak apa, belajar kat mana pun, janji kita bersungguh-sungguh saja. Ada hikmah besar tu :)
akak pun form 6 jugak dulu. Masa akak msuk Form 6 sangat sedih sebab ayah salah seorang kwan akak x benarkan anak dia (kawan akak tu)kawan dengan akak. Dia kata budak Form 6 ni bodoh sebab masuk sekolah balik. Kerana tomahan dia tu akak berjaya sehingga sekarang ni sebagai seorang pegawai kerajaan.
Post a Comment