Home » » Kambing dan Telaga Buta

Kambing dan Telaga Buta


بسم الله الرحمن الرحيم 


Kambing, Kambing Senyum, Senyum Kambing, Kambing Comel, Goat

Ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana ingin membantu mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu. Perbincangan mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak temui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut. Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelak bau busuk bangkai si kambing.

Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib si kambing. Bukan sekadar jatuh ke dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung. Pasti tamat riwayat si kambing. Namun kambing tersebut tidak berputus asa. Setiap kali tanah dan pasir di tuang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya. 

Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan sang kambing, sebaliknya dia makin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya si kambing terselamat. Dia melompat keluar dengan girang.

Pengajaran : Allah berfirman yang bermaksud : " Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah 94 : 5-6)

P/s : Diri kita sendiri yang dapat menentukan nasib kita di masa hadapan. Saya salin kisah ni dari dalam buku untuk dijadikan pedoman bersama~


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

2 luahan hati:

Q said...

hensem sungguh en kambing itu. huhu

Musafir Pinggiran said...

sabar..itu yg penting..
klu kita sabar..ujian sekelat mana pun akan jadi manis insyaallah.. ((:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula