Home » » Kapal Karam

Kapal Karam


بسم الله الرحمن الرحيم


Kapal, Kapal Karam, Kapal Laut, Kapal Rosak, Kapal Besar, Kapal Lukisan


Seorang lelaki tersadai dipinggir sebuah pulau. Dia satu-satunya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup. Apabila menyedari bahawa dia hanya seorang diri di pulau kecil dan terpencil itu, dia berdoa kepada Allah setiap hari supaya menyelamatkannya. Di samping itu, dia tidak putus-putus meninjau laut yang bagai tidak berpenghujung itu dengan harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkannya. Namun, segala harapannya tinggal harapan.



Pulau, Pulau Cantik, Pulau Peranginan, Pulau Indah, Pulau Tioman, Pulau Pinang

Akhirnya lelaki tersebut membina pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik matahari di siang hari dan berlindung daripada dingin bayu malam. Satu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya terbakar hangus. Tiada apa yang tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul-kepul naik ke langit. Lelaki tersebut terduduk. Merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpa. "Kenapalah nasib aku begitu malang sekali? Kenapalah Allah uji aku sampai tahap ini? Kenapa aku?" 

Petang itu, sedang dia berehat di bawah sepohon pokok kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke arah pulau itu. Sehabis daya dia menjerit-jerit sambil melambai-lambai dengan harapan pengemudi kapal nampak akan kehadirannya di pulau itu. Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu. Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal dan diberi makanan dan minuman. Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal tahu dia berada di pulau itu. 

Dia bertanya kepada kapten itu : " Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau itu?" Kapten kapal lau menjawab : " Kami ternampak asap dari pulau ini. Sebab itu kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada seseorang yang memerlukan bantuan."


Pengajaran : Jangan sekali-kali mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Boleh jadi sesuatu yang kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yang memberi keuntungan di kemudian hari.

P/s : Beriman dengan Qada' & Qadar Allah merupakan salah satu daripada rukun iman. Kita perlu percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..dengan cara itu, hati kita akan tenang dan tidak akan hadir prasangka buruk kepada Allah s.w.t. Semoga kita semua mendapat kekuatan itu. Amin.

والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

5 luahan hati:

Siti Noraisyah said...

Bagus betul kisah ni.. betul2 memberi motivasi.. terima kasih.. ^^

tomatokering :) said...

betol .. tapi sekarang ramai jugak yg tak percaya pd takdir .. qada dan qadar

= d = said...

betul tu..
setiap sesuatu yg berlaku..
mesti ade hikmah nye..
nyway nice entry..
:)

ain revival said...

pentingnya kita sentiasa mengingati diriNYA...:)

mz_2926 said...

Allah maha mengetahui..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula