Home » » Moga baik-baik semuanya

Moga baik-baik semuanya


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamu'alaikum..

Dalam musim exam yang tak habis lagi..ada banyak lagi urusan lain yang perlu saya selesaikan. InsyaAllah, akan wujud lagi satu tarikh bermakna dalam kamus hidup saya. Wedding day :)





Orang kata..kena plan awal-awal, setahun awal, setengah tahun awal. Kami hanya sebulan. Sebulan? Mungkin. hehe. Alhamdulillah ada beberapa perkara lagi yang masih perlu diuruskan. Zaman sekarang ni kalau nak nikah tak semudah zaman dulu (mak kata). Memang betul pun..banyak urusan yang perlu dibuat, isi borang, cek darah, itu la ini la.


Sabar dalam kesibukan..


Melangkah ke alam baru..insyaAllah saya dah bersedia. Memandangkan umur dah lanjut.hihi. Bukan masalah umur tapi bergantung kepada diri masing-masing dah bersedia atau belum. Hidup ni hanya sekali dan kita mati pun bila-bila masa je..jadi, kalau dah bersedia tak perlu la tangguh-tangguh lagi kan.


Tinggal satu paper lagi..


Menyusun waktu dan jadual. Bahagikan masa untuk study, untuk uruskan kenduri. Maaf kawan sebab saya tak dapat join program yang dianjurkan. Semoga kalian semua tetap enjoy. 


Harapan semoga menjadi impian..


Teringin sangat nak bisnes online sepenuh masa, saya masih lagi menunggu hingga habis praktikal semester depan. Kemudian, nak kembangkan bisnes yang sekarang ni macam di anak tirikan je.hehe. Nak jadi surirumah dan juga bisnes woman sepenuh masa dan ada butik sendiri satu masa nanti. 


Saya nak jadi isteri solehah, anak yang solehah, ibu mithali, hamba Allah yang solehah..
terlalu banyak impian. Semoga menjadi kenyataan.

Moga Allah sentiasa membuka jalan kejayaan buat kita yang sentiasa berusaha. :)



Wedding Atika & Adnin :

2.2.2013
Sabtu 
Masjid Negeri, Shah Alam 





 والسلام

Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

7 luahan hati:

Cik Izor said...

moga dipermudahkan segala urusan kak ^^

Noura Qifays said...

wahhhhhhhhhhhhhhh...ad jmbtn yg nk terbinaa.... TAHNIAH !

btw,gudluck utk last pper :)

Adibah Nabilah said...

semoga selamat dan dipermudahkan urusan ya :)

Liza said...

Moga semuanya dipermudahkanNya

sea_lavender said...

Tgl 1 paper.. jelesnya.. kte lagi 4 ni mula 13 jan~ heee ~ moga dpermudahkn urusan dalam mendirikn masjid :) tanggjwab baru bermula bergelar seorang isteri ;)

aisyah humaira' said...

tahniah sis. akhirnyaaaa, sis akan ikut jejak langkah kita, menjadi seorang isteri. tapi bezanya, suami dkat, niera suami jauh nun belajar. huhu. moga selamat semuanya :)
amiin :)

ANISRAHIM said...

Tahniah dik. ingat sis PG lagi x? tak sangka dah nak melangkah setapak lebih maju dr akak :D

Moga dipermudahkan semua urusanmu dik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula