Home » » Rezeki

Rezeki


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum..


Rezeki..apa itu rezeki? Apa yang dimaksudkan dengan rezeki?

Biasa nya kita nampak rezeki tu dari segi wang ringgit je kan. Kalau orang cakap rezeki, duit la tu. 
Rezeki = Duit

Tapi ramai yang lupa..rezeki yang Allah bagi kepada setiap hambanya bukan hanya wanga ringgit semata-mata. Segala macam nikmat yang Allah bagi kepada kita, itu adalah rezeki kita. Sebagai contoh la, rezeki yang lain ialah zuriat. 

Kadang-kadang kita tengok orang lain tu kaya..tapi anak tak ramai. Tak pun tak ada anak langsung.
Kadang-kadang kita tengok hidup dia sederhana je tapi anak ramai..


Oke,,ni anak buah saya :)

Allah beri kepada kita rezeki dalam pelbagai bentuk dan rupa. 
Kadang-kadang kita lupa atau tak sedar je. Betul tak?

Kadang-kadang jugak..dia kaya, banyak duit tapi hidup tak aman tak tenteram.
Orang yang tak kaya pulak, tak banyak duit..tapi hidup tenang.
Tu pun dikira rezeki..rezeki ketenangan jiwa. Memang la kita perlu mencari, tapi kebiasaannya penyakit yang dihidapi oleh orang kaya, penyakit jiwa. Tapi saya percaya, mereka yang baca entri ni tak macam tu kan?


Ada orang yang hidup sederhana, tapi anak semua menjadi manusia..
Ada anak orang kaya, tapi sorang pun tak menjadi manusia..
Walaupun dididik dan dijaga dengan baik, anak tak nak dengar cakap. 
Tu pun rezeki masing-masing juga.




Rezeki yang Allah bagi, tak mengira siapa.,tak tahu bila, yang paling penting, kita jangan pernah lupa meminta kepadaNya. Hanya Dia yang memiliki segala-galanya, minta pada Allah. Bukan kepada manusia. 
Yang paling penting, jangan pernah lupa kepada Dia. Dia boleh beri kepada sesiapa yang dikehendaki dan Dia juga boleh ambil kembali daripada sesiapa yang Dia kehendaki. 
Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. 



Firman Allah s.w.t yang bermaksud :


“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” 
(Surah Taha  20 : 132)


“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” 
(Surah Ibrahim   14 : 7)


“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. 
(Surah Saba’ 34 : 39)



Usaha + doa + tawakkal 

Thank you Allah :')


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

4 luahan hati:

Dua Qurun said...

comel dak kecik tuh....


nikmat bernafas itu juga rezeki..

Anonymous said...

kerana itu kita kenalah bersyukur, bila manusia mulai kenal bahawa dia tu bukan miliknya tapi sekadar pinjaman, dia akan mengecapi manisnya iman :)

Muz Blog

Unknown said...

Assalammualaikum....terima kasih kerana memberi info yang berguna kepada viewers termasuklah saya...semoga kehidupan lebih diberkati dan teruskan menulis sesuatu yang berguna utk pembaca.

Unknown said...

Assalammualaikum...terima kasih kerana memberi info yang berguna untuk para pembaca. Semoga kehidupan di berkati dan teruskan usaha yang baik ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula